Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

JOM UJI MINDA

Total questions: 16

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah alat keselamatan ini?

a)

Penyiram keselamatan

b)

Pembilas mata

c)

Kabinet keselamatan biologi

d)

Kabinet aliran laminar

2.

Apakah jenis bahaya yang diwakili oleh simbol pada beg plastik tersebut?

a)

Bahan merengsa

b)

Bahan radioaktif

c)

Bahan mengakis

d)

Bahan biobahaya

3.

Apakah fungsi penyiram kecemasan dalam makmal?

a)

Melindungi mata daripada bahan toksik

b)

Melindungi badan dari terkena bahan kimia

c)

Melindungi hidung daripada zarah-zarah halus.

d)

Membersihkan badan yang terkena tumpahan bahan kimia

4.

Apakah bahan yang boleh digunakan untuk menguruskan tumpahan merkuri?

a)

Pasir

b)

Sulfur

c)

Air

d)

Alkohol

5.

Rajah menunjukkan label pada alat pemadam api. Apakah maksud tarikh luput (expiry date) tersebut?

a)

Tarikh alat pemadam masih dapat berfungsi dengan baik.

b)

Tarikh pembuatan alat pemadam api

c)

Tarikh penukaran bekas alat pemadam api

d)

Tarikh untuk menukar pemadam api kepada jenis yang lain.

6.

Antara bahan api atau punca kebakaran yang berikut, yang manakah tergolong dalam kelas kebakaran A?

a)

Natrium

b)

Plastik

c)

Petrol

d)

Gas metana

7.

Apakah kaedah paling efektif untuk menguruskan bahan sisa biologi seperti jarum?

a)

Tanam dalam tanah

b)

Mengguna semula

c)

Mengitar semula

d)

Buang dalam bekas sisa tajam

8.

Apakah bahagian badan yang akan ditolak melengkung ke atas semasa Heimlich Manoeuvre?

a)

Peparu

b)

Diafragma

c)

Rusuk

d)

Pinggang

9.

Apakah bantuan kecemasan yang biasanya diberikan kepada mangsa kemalangan?

a)

CPR

b)

Heimlich Manoeuvre

c)

Kejutan elektrik

d)

Tepukan kuat pada badan

10.

Mengapakah tekanan diberikan semasa CPR?

a)

Mengisi peparu mangsa dengan udara

b)

Menolak diafragma keatas

c)

Mengepam darah keluar dari jantung ke seluruh badan

d)

Menghalang darah terdeoksigen mengalir ke jantung

11.

Individu yang manakah perlu diberikan Heimlich Manoeuvre?

a)

Bernafas tetapi tidak dapat bercakap

b)

Tidak dapat batuk tetapi dapat bercakap

c)

Bernafas tetapi tidak dapat batuk

d)

Tidak dapat bernafas dan tidak dapat bercakap

12.

Apakah termometer ini?

a)

Termometer makmal

b)

Termometer klinik

c)

Termometer inframerah

d)

Termometer rektal

13.

Mengapakah hipoterma boleh berlaku pada seseorang?

a)

Terdedah kepada cuaca sejuk

b)

Berjemur di bawah matahari yang panas

c)

Senaman berlebihan

d)

Demam tinggi

14.

Yang manakah benar tentang kadar denyutan nadi?

a)

Kadar denyutan nadi bayi lebih rendah daripada orang dewasa

b)

Terdapat hanya tiga titik nadi di badan manusia

c)

Perempuan mempunyai kadar denyutan nadi yang lebih tinggi daripada lelaki

d)

Atlet mempunyai kadar denyutan nadi yang lebih rendah

15.

Bacaan tekanan darah En.Lim ialah 150/90 mmHg. Berapakah tekanan diastoliknya?

a)

60 mmHg

b)

90 mmHg

c)

150 mmHg

d)

240 mmHg

16.

Jisim badan Halim ialah 55 kg dan tingginya ialah 1.65 m. Berapakah BMI Halim?

a)

20.20

b)

33.33

c)

53.35

d)

56.65