Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ TATABAHASA

Total questions: 14

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

"Encik Mustaqim sangat lesu setelah dia disahkan dijangkiti virus covid-19 sejak pagi tadi". Nyatakan pola ayat di atas.

a)

FN+FN

b)

FN+FK

c)

FN+FA

d)

FN+FS

2.

"Kereta itu di dalam longkang selepas terbabas" Nyatakan pola ayat di atas.

a)

FN+FN

b)

FN+FK

c)

FN+FA

d)

FN+FS

3.

"Malaysia menjadi negara Asia Tenggara yang mencatatkan kes positif covid 19 tertinggi di rantau ini. Nyatakan pola ayat di atas.

a)

FN+FN

b)

FN+FK

c)

FN+FA

d)

FN+FS

4.

"Pihak polis dan Rela telah berkawal di semua laluan masuk pusat bandar". Antara berikut, yang manakah ayat songsang yang betul?

a)

Pihak polis dan Rela telah berkawal di semua laluan masuk pusat bandar.

b)

Di semua laluan masuk pusat bandar pihak polis dan Rela telah berkawal.

c)

Pihak polis dan Rela telah mengawal semua laluan masuk ke pusat bandar.

d)

Di semua laluan masuk ke pusat bandar telah dikawal oleh pohak polis dan Rela.

5.

"Kepada rakyat Malaysia kerajaan akan menyalurkan sumbangan kewangan untuk membantu mengurangkan beban". Berikut adalah ayat songsang, sila kenalpasti ayat bersusunan biasa yang betul.

a)

Sumbangan kewangan untuk membantu mengurangkan beban kepada rakyat Malaysia kerajaan akan menyalurkan

b)

Untuk membantu mengurangkan beban rakyat Malaysia, kerajaan akan menyalurkan sumbangan kewangan

c)

Kerajaan akan menyalurkan sumbangan kewangan untuk membantu mengurangkan beban kepada rakyat Malaysia

d)

Rakyat Malaysia akan disalurkan sumbangan kewangan oleh kerajaan untuk membantu mengurangkan beban.

6.

"Saya telah menerima sepucuk surat daripada pihak universiti semalam". Sila pasifkan ayat di atas menjadi ayat pasif.

a)

Sepucuk surat saya telah terima semalam daripada pihak universiti

b)

Pihak universiti telah menghantar sepucuk surat kepada saya semalam

c)

Sepucuk surat telah diterima oleh saya daripada pihak universiti semalam

d)

Sepucuk surat telah saya terima daripada pihak universiti semalam.

7.

Sila masukkan kata hubung yang betul dalam ayat di bawah.


"Kita seharusnya mematuhi perintah pengerakan kawalan ini ________ kita dapat memutuskan penularan wabak ini".

a)

jika

b)

supaya

c)

walaupun

d)

atau

8.

Pilih kata hubung yang sesuai dengan ayat di bawah.


"Perkhemahan itu telah dibatalkan pada saat akhir _______ semua persiapan telah diaturkan dengan baik oleh penganjur".

a)

kerana

b)

walaupun

c)

akibat

d)

dengan

9.

Berdasarkan ayat-ayat di bawah, kenal pasti ayat yang menggunakan kata hubungan keterangan akibat "hingga" dengan betul.

a)

Orang menunggu kamu hingga petang di sini.

b)

Hingga ke saat ini saya masih rindu akan arwah adik saya.

c)

Pertandingan itu akan berlangsung pada 1 April hingga 4 April 2020.

d)

Saya akan belajar bersungguh-sungguh hingga saya memperoleh keputusan yang cemerlang.

10.

Berdasarkan ayat-ayat di bawah, sila kenalpasti ayat yang menggunakan kata hubungan keterangan tujuan "untuk" dengan betul.

a)

Untuk masa depan, Ali harus belajar bersungguh-sungguh.

b)

Hashim pergi ke kedai untuk membeli barang dapur yang dipesan oleh emaknya.

c)

Untuk pengetahuan anda, peraduan tersebut telah ditutup.

d)

Saya hadiahkan bunga ini untuk kamu.

11.

Berikan maksud peribahasa tersebut


"Air dicincang tidak akan putus"

a)

Hubungan sahabat yang sangat akrab

b)

Hubungan suami isteri yang sangat erat

c)

Pergaduhan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan

d)

Pergaduhan antara rakan baik yang tidak akan berpanjangan

12.

"Bagai bulan di pagar bintang" bermaksud...

a)

Seorang wanita yang dikasihi

b)

Seorang wanita yang jelita

c)

Seorang wanita yang manja

d)

Pemandangan malam yang sangat indah

13.

"Digunakan ketika ada keperluan, selepas itu ditinggalkan".


Kenal pasti peribahasa yang sesuai dengan maksud di atas.

a)

Berpaling tadah

b)

Talam dua muka

c)

Harapkan pegar, pegar makan padi

d)

Habis madu sepah dibuang

14.

"Lelaki itu sangat sombong dan berlagak kerana bapanya orang berpengaruh".


Kenal pasti Simpulan Kata yang sesuai dengan ayat di atas.

a)

Hidung tinggi

b)

Tinggi diri

c)

Keramat hidup

d)

Masuk bakul angkat sendiri