NEW
Font size
WorksheetsBiologi (Revision)
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Antara yang berikut, yang manakah merupakan komponen biotik dalam suatu ekosistem?
I Pengurai
II pH
III Keamatan cahaya
IV Mikroiklim
I sahaja
II dan III
I, II dan IV
Semua di atas
Rajah 1 menunjukkan ekosistem dalam sebuah kolam.
Antara organisma berlabel A, B, C dan D, yang manakah yang berada pada aras trof tertinggi?
A
B
C
D
Rajah 2 menunjukkan proses pengkolonian dan sesaran dalam sebuah kolam.
Urutan yang betul ialah
Z → W → Y → X
X → W → Z → Y
W → X → Y → Z
X → Z → Y → W
Maklumat yang berikut adalah tentang satu proses yang berlaku dalam suatu ekosistem.
• Proses berlaku beranser-ansur pada jangka masa yang
panjang
• Spesies perintis diganti oleh spesies baru yang lebih mengadaptasi dengan habitat
Apakah proses tersebut?
Pengkolonian
Sesaran
Sesaran
Evolusi
Apakah urutan yang betul bagi pembentukan hutan primer di suatu tanah bekas lombong yang tidak diguna?
Penyesar, perintis, komuniti klimaks
Komuniti klimaks, perintis, penyesar
Perintis, penyesar, komuniti klimaks
Perintis, komuniti klimaks, penyesar
Jadual di bawah menunjukkan keputusan satu kajian ke atas populasi siput dalam satu kebun.
Apakah anggaran saiz populasi siput?
10
50
200
300
Maklumat berikut adalah tentang teknik persampelan untuk menganggar saiz populasi siput dalam suatu habitat.
W - Lepaskan semula siput dalam habitat yang sama
X - Tangkap sejumlah besar siput dan tandakan setiap cengkerang
Y - Hitung populasi siput
Z - Tangkap secara rawak siput dan catat bilangan yang bertanda
Urutan yang betul ialah
Y → X → W → Z
W → X → Y → Z
X → W → Z → Y
W → Y → Z → X
Jadual 1 menunjukkan keputusan satu kajian ke atas populasi rumput X di padang sekolah. Luas kuadrat ialah 1 m2.
Berapakah peratus litupan rumput X di padang sekolah tersebut?
3.19%
5.32%
31.9%
53.2%
Rajah 3 menunjukkan satu tasik yang terletak berhampiran dengan kawasan pertanian.
Apakah kesan pertumbuhan cepat alga?
Mengurangkan keperluan oksigen biokimia
Menyediakan habitat untuk organisma lain
Menyediakan makanan kepada ikan
Menghalang penembusan cahaya ke dalam tasik
Keperluan oksigen biokimia (BOD) ialah
penunjuk jumlah bahan pencemar dalam air
kuantiti oksigen yang digunakan oleh organisma akuatik
kuantiti oksigen yang dihasilkan oleh organisma akuatik
penunjuk untuk mengukur tahap pencemaran air
Antara langkah-langkah berikut, yang manakah mengurangkan masalah pemanasan global?
i. Berkongsi kenderaan
ii. Mengurangkan penggunaan bahan api fosil
iii. Mengurangkan pembuangan sisa pepejal industri
iv. Menanam semula pokok
II dan IV
III dan IV
I, II dan IV
I, III dan IV
Rajah 4 menunjukkan pembentukan hujan asid.
Apakah X?
Hidrogen
Karbon dioksida
Wap air
Asid cair
Antara graf berikut, yang manakah menunjukkan perubahan nilai pH air tasik jika bahan buangan berasid daripada sebuah kilang disalurkan ke dalam tasik tersebut?
Jadual 2 menunjukkan keputusan satu eksperimen untuk membandingkan kualiti air dari dua kawasan, P dan Q.
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar?
i. Sampel air yang mempunyai nilai B.O.D yang lebih tinggi menyebabkan pelunturan warna metilena biru
ii. Sampel air dari kawasan P mempunyai bilangan mikroorganisma yang kurang dari kawasan Q
iii. Sampel air dari kawasan P mempunyai nilai B.O.D yang lebih rendah dari kawasan Q
iv. Sampel air dari kawasan P lebih tercemar dari kawasan Q
IV sahaja
I dan II
I dan IV
II dan III
Kesan-kesan daripada satu fenomena alam sekitar ditunjukkan di bawah.
• Pencairan ais di kutub
• Kenaikan aras laut
Fenomena alam sekitar tersebut ialah
hujan asid
pemanasan global
penipisan lapisan ozon
pencemaran terma
Berikut adalah langkah-langkah dalam tindak balas semasa pemusnahan lapisan ozon.
Urutan yang betul semasa pemusnahan ozon ialah
Y, Z, W, X
X, W, Y, Z
W, Y, X, Z
X, W, Z, Y
Haiwan yang mempunyai nisbah luas permukaan per isi padu yang paling besar ialah
kucing
cacing pita
tikus
kuda
Mengapakah organisma unisel tidak memerlukan sistem pengangkutan?
Ia mempunyai membran plasma
Ia mempunyai jumlah luas permukaan per isi padu yang besar
Ia mempunyai struktur khas untuk pertukaran bahan
Ia mempunyai sistem pengangkutan dalaman
Rajah 5 di bawah menunjukkan suatu keratan membujur jantung manusia.
Antara bahagian berlabel A, B, C dan D, yang manakah mengepam darah ke peparu?
A
B
C
D
Antara keterangan berikut, yang manakah benar tentang sel-sel darah?
Eritrosit - Berbentuk dwicekung supaya boleh berubah bentuk semasa melalui kapilari darah
Platlet - Tanpa nukleus dan terlibat dalam mekanisme pembekuan darah
Monosit - Dihasilkan di sumsum tulang dan menghasilkan antibodi untuk memusnahkan patogen
Neutrofil - Tanpa granul dan memusnahkan patogen secara fagositosis
