Font size
WorksheetsKESELAMATAN MAKMAL
Total questions: 30
Worksheet time: 16mins
Peralatan perlindungan diri diperlukan semasa menjalankan eksperimen bagi mengelakkan risiko kecederaan di dalam makmal. Antara berikut, yang manakah termasuk dalam senarai alat perlindungan diri (boleh lebih dari satu jawapan)
topeng muka keselamatan
baju makmal
kasut makmal
gogal/ cermin mata keselamatan
sarung tangan
Pencuci tangan, pembilas mata dan penyiram kecemasan ialah contoh peralatan kecemasan. Fungsi pembilas mata adalah untuk
membersihkan tangan daripada kekotoran dan bahan kimia berbahaya
membilas dan mencuci mata yang terkena percikan bahan kimia
membersihkan badan dan membilas bahagian anggota badan atau pakaian yang terkena tumpahan bahan kimia berbahaya
Penyimpanan bahan berbahaya dilakukan di dalam tempat khas di dalam makmal. Fungsi kebuk wasap adalah untuk
Mengelakkan objek simpanan daripada terkena bahan pencemar udara
tempat menjalankan aktiviti yang melibatkan bahan berbahaya yang mudah meruap atau bahan pencemar udara
ruang tertutup untuk melindungi pengguna dan kawasan persekitaran daripada patogen berbahaya
Bahan yang boleh dibuang ke dalam sinki ialah
butiran pepejal yang kecil
cecair yang tidak berbahaya dengan pH 5 hingga 9
bahan toksik
logam berat
Bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam sinki ialah (boleh lebih dari satu jawapan)
alkali dengan pH lebih daripada 9
asid dengan pH kurang daripada 5
minyak
bahan radioaktif seperti fosforus-32
logam berat seperti plumbum
Bahan sisa biologi terbahagi kepada bahan biobahaya dan bahan bukan biobahaya. Apakah maksud bahan sisa biologi biobahaya
tisu hidupan, radas atau bahan yang mengandungi agen biobahaya seperti virus dan bakteria dan bahan toksin seperti bahan kumuh
tisu manusia atau hidupan lain yang tidak mengandungi agen biobahaya dan tidak berjangkit.
Rajah menunjukkan sebuah tong biobahaya. Antara berikut kategori manakah sesuai untuk dibuang ke dalam tong tersebut
Kategori A- sisa tajam
kategori B- Sisa bukan tajam
Kategori C- Sisa bangkai, tisu organisma atau organ
Kategori D- Sisa cecair badan
Bahan sisa biologi biobahaya perlu dilupuskan mengikut Prosedur Operasi Standard (POS). Kebanyakan sisa perlu dinyahkontaminasikan menggunakan mesin autoklaf untuk menyingkirkan sebarang bentuk bahan pencemar. Antara berikut, sisa yang manakah perlu disejuk beku sebelum dilupuskan
Kategori A- Jarum, picagari
Kategori B- Tisu, kapas, sarung tangan
Kategori C- Bangkai haiwan, tisu haiwan
Kategori D- Darah, air liur, serum
Rajah menunjukkan sebuah insinerator yang berfungsi untuk
menyimpan sisa biobahaya
melupuskan sisa biobahaya dengan cara pembakaran yang selamat
menyejuk bekukan sisa biobahaya
mengautoklaf sisa biobahaya
Semasa mengendalikan asid, alkali atau merkuri, langkah keselamatan berikut perlu dilakukan (boleh lebih dari satu jawapan)
Pakai peralatan perlindungan diri yang sesuai
jangan biarkan merkuri terkena kulit kerana boleh meresap ke dalam badan
panik sekiranya berlaku kemalangan
tidak maklum kepada guru atau pembantu makmal dengan serta merta
Jika berlaku tumpahan asid atau alkali, langkah keselamatan berikut perlu dilakukan kecuali
gunakan pembilas mata atau penyiram kecemasan
sekat kawasan tumpahan asid atau alkali daripada merebak menggunakan pasir
maklum kepada guru atau pembantu makmal dengan serta merta
mendekati kawasan kemalangan dan meneruskan eksperimen
Jika bahagian anggota badan terkena tumpahan merkuri, langkah keselamatan berikut perlu dilakukan kecuali
jumpa doktor dengan segera
sekat kawasan tumpahan merkuri daripada merebak menggunakan taburan serbuk sulfur
maklum kepada guru atau pembantu makmal dengan serta merta
hubungi jabatan bomba sekiranya perlu
menyentuh merkuri menggunakan tangan
Berikut merupakan jenis kelas kebakaran yang betul kecuali
Kelas A- pepejal yang mudah terbakar (kain, kayu, kertas)
Kelas B- cecair yang mudah terbakar (alkohol, petrol)
Kelas C- gas yang mudah terbakar (gas asli, metana)
Kelas D- logam reaktif (natrium, kalium)
Kelas E- minyak masak tak tepu, lemak di dapur
Langkah CAPS semasa menggunakan alat pemadam api adalah (boleh pilih lebih dari satu)
C - cabut pin keselamatan
A- acukan pemancut ke sumber api
P- Picit tuli dengan lemah lembut
S - Sembur dari sisi ke sisi
Semasa menjalankan audit alat pemadam kebakaran di sekolah,terdapat _______ butiran utama DINYATAKAN DI ALAT PEMADAM kebakaran yang perlu diaudit.
3
4
5
6
Semua di bawah BUKAN jenis-jenis alat pemadam kebakaran,KECUALI
Buih,Air, Karbon Dioksida, Hidrogen
Sulfur, Serbuk Kering,Air,Buih
Air,Buih, serbuk kering,Karbon Dioksida
Pasir, Karbon Dioksida, Coca Cola, Tanah Liat
Langkah pertama yang harus diambil sekiranya berlaku tumpahan merkuri (akibat termometer jatuh dan pecah) di dalam makmal ialah...
Segera memberitahu guru
Segera memberitahu kawan sebelah
Segera menghubungi Jabatan Bomba
Menabur serbuk sulfur ke atas merkuri
Berikut ialah jenis kemalangan yang biasa berlaku di dalam makmal,KECUALI ...
renjatan elektrik
termometer pecah
terkena serpihan kaca
jam tangan pecah
Rajah menunjukkan sepasang sarung tangan.
Antara berikut yang manakah BUKAN fungsinya?
Melindungi tangan daripada bahan kimia
Melindungi tangan semasa melakukan eksperimen
Melindungi tangan supaya tidak kasar
Melindungi badan apabila mengangkat benda berat
Arsenik, Kromium, Plumbum, dan Merkuri merupakan logam yang berbahaya. Apakah nama kumpulan logam tersebut?
Logam berat
Logam ringan
Logam alkali
Logam Berasid
K,L,M dan N merupakan langkah-langkah menggunakan alat pemadam kebakaran untuk memadamkan api
K - Arahkan muncung alat pemadam kebakaran ke pangkal api
L - Cabut pin keselamatan daripada pemadam kebakaran
M- Ratakan semburan ke seluruh sumber api dengan menggerakkan muncungnyan dari sisi ke sisi
N- Tekan pemicit atas alat pemadam
Antara berikut yang manakah merupakan urutan langkah yang betul?
K,L,M,N
L,K,N,M
L,M,K,N
N,M,L,K
Kenapa pemakaian baju makmal penting semasa menjalankan uji kaji?
Untuk kelihatan menarik
Untuk kelihatan seperti seorang ahli sains
Untuk melindungi pemakai dari terkena bahan kimia dan kerosakan pakaian
Untuk memudahkan menjalankan uji kaji
Apakah kemungkinan yang akan berlaku jika murid tidak memakai peralatan perlindungan semasa menjalankan uji kaji?
Murid berasa sukar menjalan kan uji kaji
Murid berasa tidak selesa semasa menjalankan uji kaji
Murid dapat mengelak kemalangan yang tidak diingini
Kemalangan mudah berlaku semasa menjalankan uji kaji
Apakah kelebihan alat pemadam api jenis serbuk kering?
Boleh memadamkan semua jenis kebakaran
Hanya memadam kebakaran yang disebabkan elektrik
Hanya memadam kebakaran yang di sebabkan bahan pepejal
Bahan memadam kebakaran jenis cecair
Mengapakah minyak tidak boleh dibuang ke dalam singki?
Minyak merupakan bahan yang mudah meruap
Minyak merupakan pelarut organik
Minyak adalah contoh bahan reaktif
Minyak merupakan bahan kimia yang tidak larut dalam air
Susun langkah berikut dengan betul sekiranya berlaku tumpahan bahan kimia di dalam makmal
P : Segera memberitahu guru/ pembantu makmal
Q : Kaut tumpahan bahan kimia
R : Jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan larangan
S : Buang dengan selamat
T : Sekat kawasan tumpahan daripada merbak menggunakan pasir
P, Q, R, S, T
T, S, R, Q, P
P, R T, Q, S
P, R, Q, T, S
Antara yang berikut, apakah bahaya merkuri?
Merkuri boleh menyerang sistem saraf, saluran pencernaan, sistem pembiakan dan ginjal
Merkuri boleh menyebabkan kemandulan
Merkuri boleh menyebabkan diabetes
Merkuri bole menyebabkan kanser
Berikut adalah simptom keracunan merkuri kecuali
Pengsan
Cirit - birit
sesak nafas
kerengsaan mata
Antara yang berikut, yang manakah merupakan langkah yang betul bagi menguruskan pembuangan sisa bangkai?
Sisa hendaklah disimpan sementara di tempat khas
Sisa hendaklah dibungkus dengan cermat dan disimpan sementara di dalam penyejuk beku
Sisa hendaklah ditanam dengan baik
Sisa hendaklah dibungkus kemuduiannya dibuang di tempat pembungan sampah.
Rajah 1 menunjukkan beberapa orang murid menjalankan eksperimen di dalam makmal.
Nyatakan dua peralatan perlindungan diri yang digunakan oleh murid ini.
GOGAL
KASUT KESELAMATAN
PENGEPIT TABUNG UJI
TOPENG MUKA
