WorksheetsPERNIAGAAN MPP3 TERENGGANU 2019
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Antara berikut, pernyataan yang manakah menerangkan objektif utama sesebuah perniagaan?
Meningkatkan kuasa beli pengguna
Menawarkan barangan kepada pengguna
Memberikan keselesaan kepada pelanggan
Memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan
Apakah peranan kerajaan negeri Terengganu dalam membantu mengembangkan aktiviti perniagaan keropok di Terengganu ?
Memberikan pelepasan cukai
Mengadakan promosi perniagaan
Menyediakan pembiayaan kewangan
Melaksanakan pengubalan undang-undang
Pernyataan yang manakah yang menunjukkan wujudnya pengangguran kitaran ?
Pekerja menganggur kerana kontrak kerja telah tamat
Majikan mengecilkan bilangan pekerja akibat kemelesetan ekonomi
Majikan mengecilkan bilangan pekerja kerana perubahan teknologi baharu
Perubahan dalam industri yang tidak memerlukan kemahiran pekerja
Antara berikut, pernyataan yang manakah menerangkan kesan deflasi kepada masyarakat ?
Penduduk mengalami kehilangan pekerjaan
Berlaku peningkatan kuasa beli pengguna
Penurunan penawaran barangan dalam pasaran
Penurunan permintaan barangan dalam pasaran
Apakah kelebihan pengambilan sumber manusia dalaman kepada sesebuah organisasi ?
Dapat melahirkan idea baharu
Pekerja bersemangat menjalankan tugas
Organisasi mempunyai kemahiran baharu
Dapat meningkatkan motivasi pekerja
Antara berikut, yang manakah adalah ciri organisasi bukan bermotifkan untung ( OBBU ) ?
I Keuntungan dikenakan cukai pendapatan
II Bertujuan memaksimumkan keuntungan
III Berorientasikan kebajikan untuk ahlinya
IV Sumber kewangan diperoleh daripada
yuran keahlian
I dan II
I dan III
II dan III
III dan IV
Syarikat ABC ingin meningkatkan keuntungan sebanyak 15%
dalam tahun 2019
Antara berikut, yang manakah benar berkaitan dengan visi Syarikat ABC ?
Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi
Merupakan tujuan asas pembentukan sesebuah organisasi
Dibentuk untuk meningkatkan memotivasikan pekerja
Kaedah untuk mencapai matlamat oleh organisasi
Apakah maksud bahagian fungsian dalam sesebuah organisasi ?
Berfungsi umum untuk bahagian tersebut
Bertanggungjawab khusus untuk seluruh organisasi
Merupakan fungsi umum untuk seluruh organisasi
Bertanggungjawab khusus untuk bahagian tersebut
Pernyataan di bawah berkaitan dengan penjabatan mengikut fungsi.
Jabatan kewangan menguruskan segala peruntukan yang diterima dan mengagihkan peruntukan ke jabatan-jabatan lain mengikut kesesuaian
Antara berikut, yang manakah menerangkan objektif fungsian jabatan tersebut ?
Merupakan objektif umum keseluruhan organisasi
Merupakan objektif umum keseluruhan bahagian fungsian
Merupakan objektif khusus jabatan dalam organisasi
Merupakan objektif khusus setiap unit dalam organisasi
Bahagian fungsian yang manakah perlu menganalisis pembekal untuk membandingkan harga?
Bahagian pembelian
Bahagian pemasaran
Bahagian pentadbiran
Bahagian pengeluaran
Yang manakah benar tentang peranan bahagian fungsian kewangan organisasi sesebuah perniagaan ?
Mengurus kewangan setiap bahagian dalam organisasi
Menyimpan data atau maklumat tentang kewangan organisasi
Mencipta perisian untuk digunakan dalam urusan kewangan organisasi
Memperkenalkan sistem baharu untuk pengurusan kewangan organisasi
Pernyataan di bawah berkaitan dengan sumber manusia dalam organisasi
Pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi perlu ditingkatkan kemahiran seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini
Pernyataan yang manakah menerangkan maksud pengurusan sumber manusia di atas ?
Berperanan untuk membina imej baik organisasi
Merupakan usaha untuk membangunkan tenaga kerja dalam organisasi
Berusaha untuk mengurangkan risiko kerugian akibat kemerosotan perniagaan
Berusaha untuk meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran dalam organisasi
Apakah kepentingan perlindungan insurans terhadap sumber fizikal kepada usahawan?
Melindungi nyawa pekerja
Melindungi harta benda pekerja
Melindungi perniagaan daripada risiko kecurian
Melindungi perniagaan daripada persaingan yang tidak sihat
Yang manakah merupakan sumber modal luaran Kedai Nasi Ayam Ahmad ?
Inventori
Pembiayaan bank
Wang tunai
Pengurus kedai
Pernyataan berikut berkaitan dengan Kedai Emas Chalok.
Kedai Emas Chalok merupakan perniagaan barangan kemas yang terkenal di bandar Permaisuri, Setiu Terengganu.
Perniagaan ini sangat berisiko tinggi
Apakah alat kelengkapan yang boleh dipasang pada premis perniagaan dari aspek keselamatan ?
I Pelan lantai
II Alat penggera
III Kamera litar tertutup
IV Pengawal keselamatan
I dan II
I dan III
II dan III
III dan IV
Maklumat dibawah ini berkaitan dengan prosedur mengurus sumber fizikal dalam perniagaan.
Perniagaan Satay Chalok memiliki premis perniagaan yang mengandungi peralatan berteknologi tinggi untuk aktiviti pemprosesan sate.
Apakah jenis insurans yang sesuai diambil
oleh perniagaan tersebut ?
I Insurans kecurian
II Insurans liabiliti am
III Insurans kebakaran
IV Insurans kemalangan
I dan II
I dan III
II dan III
III dan IV
Apakah butiran yang terdapat dalam Akaun Perdagangan dan
Akaun Untung Rugi ?
Liabilit semasa
Jualan bersih
Aset semasa
Ekuiti pemilik
Antara berikut, butiran yang manakah terdapat dalam penyata aliran tunai ?
Jualan kredit
Hutang lapuk
Ambilan barang niaga oleh pemilik
Penerimaan daripada penghutang
Pernyataan berikut berkaitan dengan aktiviti sebuah perniagaan.
Puan Rosmawati mengusahakan perniagaan kek di bandar Setiu, Terengganu. Beliau menghasilkan pelbagai jenis kek seperti kek cokelat, kek pandan dan kek strawberi. Selepas setahun, beliau menghasilkan kek perisa nenas dan keladi untuk pasaran negeri Terengganu.
Apakah ciri usahawan yang ada pada Puan Rosmawati ?
I Inovatif
II Kreatif
III Berani mengambil risiko
IV Berpandangan jauh
I dan II
I dan III
II dan III
III dan IV
Yang manakah merupakan campuran pemasaran yang
terdapat dalam perniagaan ?
Produk
Pesaing
Pembekal
Pelanggan
