WorksheetsBahasa Melayu (Antonim - Berlawanan Makna)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Selepas Tan berpindah tempat duduk, penglihatannya menjadi jelas.
kabur
pudar
terang
senang
Kevin sering datang ke rumah saya, kata Muniandy.
jarang-jarang
kadangkala
selalu
kerap
Persembahan budak itu mendapat pujian daripada orang ramai.
sokongan
galakan
sindiran
cacian
Orang yang berbaju merah itu gila.
baik
waras
berguna
sempurna
Barang-barang itu telah diambil oleh tuannya semalam.
diserahkan
dirampas
dipinjam
diterima
Nada suara ayah tegang sahaja ketika memarahi abang.
longgar
lembut
kendur
ringan
Persahabatan mereka memang rapat semenjak kecil .
renggang
lama
jauh
baik
Projek pembinaan rumah pangsa itu terbengkalai sejak setahun yang lalu.
tertangguh
separuh
selesa
siap
Hubungan Fiza dengan Arni menjadi renggang selepas peristiwa itu.
akrab
baik
putus
mesra
Kanak-kanak yang tidak siuman itu berlari-lari di hadapan pusat beli belah.
gila
waras
mabuk
terencat
Anis mempelawa bapa saudaranya yang baru tiba dari Ipoh.
mempersilakan
mengundang
menjemput
menghalau
Sebagai ketua pasukan, Hafiz masih yakin bahawa pasukannya akan menang dalam perlawanan itu.
tulus
setuju
sangsi
berharap
Lee Lian berasa amat gembira setelah mendengar keputusan yang diumumkan oleh juruacara.
seronok
marah
sedih
ceria
Kapal terbang itu akan mendarat dua jam lagi.
tiba
sampai
berlepas
bergerak
Kebanyakan penduduk kampung itu amat daif kehidupannya.
fakir
mewah
melarat
merempat
Penyerahan kuasa tersebut akan dijalankan pada petang ini di Dewan Orang Ramai Kampung Sentosa.
Penutupan
Pengambilan
Penyampaian
Penganugerahan
Helmi mendongak apabila terdengar deruman kapal terbang.
mengangguk
menggeleng
menunduk
memaling
Pemuda itu meluahkan hasrat hatinya untuk memperisteri gadis yang cantik itu.
mengumumkan
memberitahu
memendam
merendam
Ketika kami sampai, kapal tangki itu sedang berlabuh.
belayar
bergerak
mendarat
bertambat
Cadangan pembinaan lebuh raya bertingkat dibantah oleh penduduk kampung.
disukai
dihalang
disenangi
dipersetujui
