wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Unit 2 Manusia

Total questions: 15

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Nyatakan organ pernafasan manusia.

a)

Telinga, peparu, hidung

b)

Peparu, trakea, jantung

c)

Peparu, trakea, hidung

2.

Berikan laluan udara yang betul ketika proses menarik nafas berlaku.

a)

Trakea - Hidung - Peparu

b)

Hidung - Trakea - Peparu

c)

Peparu - Trakea - Hidung

3.

Apakah yang berlaku kepada pergerakan dada ketika proses menghembus nafas berlaku?

a)

Dada bergerak ke atas dan mengembang.

b)

Dada bergerak ke bawah dan mengecut.

c)

Dada tidak bergerak

4.

Pernyataan manakah yang benar tentang kandungan oksigen dan karbon dioksida semasa pernafasan.

a)

Udara yang disedut mengandungi lebih oksigen berbanding udara yang dihembus keluar.

b)

Udara yang dihembus keluar mengandungi lebih banyak oksigen berbanding dengan udara yang disedut masuk.

c)

Udara yang disedut masuk mengandungi lebih banyak karbon dioksida berbanding dengan udara yang dihembus keluar.

5.

Nyatakan kadar pernafasan bagi aktiviti berlari.

a)

Tinggi

b)

Rendah

c)

Sederhana

6.

Apakah pemerhatian terhadap pergerakan dada dalam satu minit semasa melakukan suatu aktiviti cergas?

a)

Pergerakan dada lebih perlahan.

b)

Pergerakan dada lebih laju.

c)

Dada mengempis dan mengembang.

7.

Manakah antara yang berikut BUKAN situasi yang memberikan kesan terhadap pernafasan.

a)

Asap daripada pembakaran sampah.

b)

Orang ramai pergi ke pasar malam.

c)

Taman rekreasi yang kosong.

8.

Nyatakan organ yang telibat dalam proses perkumuhan.

a)

Ginjal, mulut, kulit

b)

Peparu, ginjal, kulit

c)

Tangan, usus, ginjal

9.

Pilih pasangan yang betul bagi organ perkumuhan dan bahan buangannya.

a)

Kulit : Air kencing

b)

Ginjal : peluh

c)

Peparu: Karbon dioksida dan wap air

10.

Apakah maksud penyahtinjaan?

a)

Proses penyingkiran tinja melalui dubur.

b)

Proses penyingkiran air kencing.

c)

Proses menarik dan menghembus nafas.

11.

Mengapakah perkumuhan dan penyahtinjaan penting?

a)

Untuk mengeluarkan peluh.

b)

Untuk mengelakkan penyakit.

c)

Untuk kebersihan diri.

12.

Padankan gerak balas terhadap rangsangan yang tepat bagi situasi dibawah.

a)

Situasi: Budak perempuan memegang pokok bunga ros.

Rangsangan: tersentuh duri.

Gerak balas: terus memegang.

b)

Situasi: Terdengar bunyi petir.

Rangsangan: bunyi petir

Gerak balas: terkejut

c)

Situasi: Ibu memasak di dapur

Rangsangan: bunyi bising

Gerak balas: menghidu bau makanan

13.

Ahmad tersentuh cerek panas di dapur.


Apakah rangsangan, gerak balas dan organ deria yang terlibat dalam situasi ini.

a)

Rangsangan: Cerek panas berbunyi.

Gerak balas: Menutup telinga.

Organ deria: Telinga.

b)

Rangsangan: Tersentuh cerek panas.

Gerak balas: Terus memegang cerek.

Organ deria: Kulit.

c)

Rangsangan:Tersentuh cerek panas.

Gerak balas: Tangan terangkat.

Organ deria: Kulit

14.

Semua di bawah adalah kepentingan gerak balas terhadap rangsangan KECUALI...

a)

Mengelakkan kecederaan.

b)

Mengelakkan mendapat penyakit.

c)

Menyelamatkan diri.

15.

Nyatakan satu tabiat yang dapat mengganggu proses gerak balas manusia terhadap rangsangan.

a)

Makan makanan seimbang.

b)

Menghidu gam.

c)

Melakukan senaman.