wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Unit 7 Tahun 6 Kelajuan Cikgu Nora 013-2261461

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah merupakan definisi secara operasi bagi kelajuan?

a)

Kelajuan adalah sejenis gerakan

b)

Kelajuan ialah kepantasan sesuatu objek

c)

Kelajuan ialah unit piawai untuk pergerakan objek

d)

Kelajuan ialah jarak yang dilalui oleh sesuatu objek dalam satu unit masa

2.

Sebuah kereta mengambil masa tiga jam untuk melalui satu jarak sejauh 330 km. Kira kelajuan kereta itu dalam km/j

a)

100

b)

110

c)

330

d)

990

3.

Satu aktiviti dijalankan untuk menentukan kelajuan larian beberapa orang murid. Antara langkah berikut, yang manakah tidak diperlukan?

a)

Tetapkan jarak yang akan dilalui oleh murid

b)

Ukur ketinggian dan berat badan setiap murid

c)

Tandakan garisan permulaan dan garisan penamat pada jarak yang ditetapkan

d)

Catat masa yang diambil untuk melalui jarak yang ditetapkan dengan jam randik

4.

Aisyah menunggang basikal dari pekan P ke pekan Q pada kelajuan 30km/j. Aisyah mengambil masa 1 jam 30 minit untuk sampai ke pekan Q. Berapakah jarak antara pekan P dan pekan Q?

a)

60 kilometer

b)

50 kilometer

c)

45 kilometer

d)

40 kilometer

5.

Adik masuk pertandingan lumba lari di sekolah. Apakah yang perlu dicatat semasa mengukur kelajuan setiap peserta lumba lari?

a)

Umur dan masa

b)

Masa dan jarak

c)

Jarak dan umur

d)

Ketinggian dan jarak

6.

Seekor tikus dapat bergerak sejauh 4 meter dalam masa 2 saat. Apakah unit kelajuan yang sesuai digunakan?

a)

m/s

b)

cm/s

c)

km/j

d)

km/m

7.

Kethy memandu 240 km dalam masa 3 jam. Berapakah kelajuan keretanya?

a)

40km/j

b)

80 km/j

c)

120 km/j

d)

160 km/j

8.

Jarak antara bandar P dan bandar Q ialah 300 km. Sebuah kereta mengambil masa 4 jam untuk bergerak dari bandar P ke bandar Q. Berapakah kelajuan kereta itu?

a)

60 km/j

b)

65 km/j

c)

70 km/j

d)

75 km/j

9.

Sebuah bas bergerak pada kelajuan 95 km/j. Berapakah jarak yang dilalui oleh bas itu dalam masa 4 jam?

a)

280 km

b)

320 km

c)

360 km

d)

380 km

10.

Antara berikut, yang manakah ukuran bagi laju?

a)

cm 22

b)

m/s

c)

km 33

d)

saat