WorksheetsKUIZ SEJARAH TINGKATAN 2 : BAB 1 by Cg Shar
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Dunia Melayu meliputi selatan Vietnam, Kemboja, selatan Myanmar, Segenting Kra, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Filipina. Pendapat ini diutarakan oleh tokoh
Profesor Dr. Ding Choo Ming
Profesor Emeritus Dato' Dr. Nik Hassan Shuhaimi
Profesor Emeritus Tan Sri Dato' (Pendeta) Dr. Ismail Hussein
Profesor Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar
Bukti yang menunjukkan bahawa bahasa di Alam Melayu adalah serumpun dapat dilihat daripada persamaan bunyi.
Pilih padanan yang BETUL berkaitan dengan huruf empat.
Bahasa Jawa (Indonesia) - papat
Bahasa Tagalog (Filipina - ampat
Bahasa Melanau (Sibu, Sarawak) - upat
Bahasa Kadazandusun (Sabah) - ampat
Kepandaian masyarakat di Alam Melayu dalam bidang kesenian yang begitu asli dapat disaksikan dalam
pembuatan tembikar
seni mempertahankan diri
persembahan makyung
tarian joget
Mengapakah kerajaan-kerajaan awal di Alam Melayu muncul di lembah sungai?
kerajaan ini menjalankan aktivit pertanian
Kerajaan ini memilih lokasi yang kaya dengan sumber protein
kerajaan ini inginkan kemudahan pengangkutan
kerajaan ini asalnya merupakan sebuah pelabuhan
Apakah nama kerajaan yang wujud pada abad ke-6 dan berpusat di Pangkalan?
Gangga Negara
Kedah Tua
Angkor
Srivijaya
Kemasyhuran sesebuah kerajaan awal didorong oleh kehebatan pemerintahnya.
Pilih padanan yang BETUL.
Kerajaan Champa - Chu - Lien
Kerajaan Srivijaya - Dapunta Hyang Sri Jayanasa
Kerajaan Funan - Fan Shih Man
Kerajaan Angkor - Jayavarman II
Jelaskan keistimewaan Kedah Tua semasa zaman kemasyhurannya?
Didatangi golongan agama dari Tanah Arab
Menjadi pusat keagamaan agama Buddha
Menjalinkan hubungan diplomatik dengan China
Menjadi pengeluar padi terbesar di Alam Melayu
Empayar Rom, empayar Parsi, empayar Kushan dan dinasti Han adalah sezaman dengan kerajaan
Angkor
Champa
Funan
Srivijaya
Kerajaan Turki Uthmaniyah, empayar Monggol dan Kesultanan Delhi adalah sezaman dengan kerajaan Majapahit. Penyataan ini membuktikan
kerajaan Alam Melayu mencontohi pentadbiran kerajaan luar
kerajaan Alam Melayu setanding dengan kerajaan luar
kerajaan Alam Melayu pernah menghantar utusan kepada kerajaan luar
kerajaan Alam Melayu mengeratkan hubungan melalui perkahwinan
Kerajaan Alam Melayu menjalinkan hubungan perdagangan dengan kerajaan luar kerana didorong oleh faktor-faktor di bawah KECUALI
kedudukan strategik di laluan perdagangan timur dan barat
kekayaan hasil bumi
sikap keterbukaan para pemerintah
amalan konsep orde kosmos
Peranan Asoka iaitu pemerintah Empayar Maurya telah menyebarkan agama Buddha ke Alam Melayu. Apakah strategi beliau?
Menakluk kerajaan di Alam Melayu
Membina rumah ibadat
Menghantar sami-sami
Mempengaruhi para pemerintah
Kerajaan yang menjalin hubungan dengan China untuk mendapatkan pengiktirafan dan memperkukuh hubungan perdagangan dan persahabatan ialah
Srivijaya
Majapahit
Angkor
Kedah Tua
Funan dan Srivijaya menjalinkan hubungan dengan India atas tujuan yang sama iaitu
perdagangan
keagamaan
persahabatan
diplomatik
Apakah kepentingan hubungan diplomatik kepada kerajaan Alam Melayu?
Kesetiaan rakyat
Kemakmuran negara
Peningkatan penduduk
Pengekalan sumber alam
Mengapakah peranan Patih Gajah Mada dianggap penting kepada kerajaan Majapahit?
Meluaskan empayar
Mengasaskan kerajaan
Menyebarkan agama
Menguasai laluan perdagangan
- Kerajaan ini diasaskan oleh Jayavarman II
- Kerajaan ini terletak di lembah Sungai Mekong
Funan
Champa
Angkor
Srivijaya
Penduduk Alam Melayu mempunyai ikatan keserumpunan.
Apakah aspek tersebut?
Agama
Ekonomi
Teknologi
Budaya
Kegemilangan kerajaan Alam Melayu dalam aspek peluasan kuasa dapat dibuktikan melalui
Empayar Majapahit yang meliputi timur Pulau Jawa dan Kepulauan Maluku
Empayar Angkor dari lembah Sungai Mekong hingga selatan Vietnam
Srivijaya menakluk Sumatera dan Kepulauan Borneo
Empayar Champa meliputi wilayah Dai Viet hingga Lembah Sungai Mekong
Bahasa Melayu bersama-sama 200 bahasa yang dipertuturkan di Alam Melayu termasuk dalam golongan bahasa
Austronesia
Austroasia
Tibet - China
Lingua Franca
Angkor Thom merupakan ibu kota kerajaan Angkor.
Penyataan yang manakah BENAR tentang Angkor Thom?
mencakupi kawasan seluas 13 km persegi
didirikan semasa pemerintahan Jayavarman II
Candi terakhir yang dibina di kota ini ialan Candi Bayon
dalam bahasa Khmer bermaksud 'Kota Besar'
