WorksheetsKuiz Bab 1 Sains KSSM
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Antara peralatan perlindungan diri berikut, yang manakah berfungsi untuk melindungi mata daripada terkena bahan kimia?
Baju makmal
Gogal
Topeng Muka
Kaca Mata Hitam
Umairah ditugaskan untuk mencampurkan asid pekat dan air semasa menjalankan satu eksperimen di dalam makmal. Di manakah tempat yang sesuai digunakan oleh Umairah?
Di dalam singki
Di dalam kabinet aliran laminar
Di dalam kebuk wasap
Di atas meja makmal
Semasa menjalankan eksperimen kesan bendasing terhadap takat didih air, mata Zarif terkena percikan larutan garam. sebagai ahli kumpulan Zarif, apakah tindakan yang perlu anda lakukan?
P: Mengelap bahagian mata Zarif menggunakan tuala.
Q: Memaklumkan guru.
R: Membilas menggunakan penyiram mata
S: Meniup mata Zarif
P dan Q
P dan S
Q dan R
Q dan S
Antara bahan yang berikut, yang manakah boleh dibuang ke dalam singki?
Air garam
Minyak Masak
Asid hidroklorik pekat
Ammonia yang mempunyai pH 12
Pelupusan bahan sisa X:
- Dibalut dengan bahan penyerap
- Dibungkus dengan rapi dalam beg plastik biobahaya dan disejuk beku
Apakah bahan sisa X?
Jarum
Kaca
Agar-agar kering
Bangkai tikus yang digunakan dalam eksperimen.
Nayli telah menjalankan eksperimen menggunakan darah ayam. Apakah yang perlu dilakukan oleh Nayli untuk melupuskan sisa selepas dia habis menjalankan eksperimen?
Dinyahkontaminasi secara autoklaf dan dilupuskan terus ke dalam singki makmal.
Dibungkus dengan rapi di dalam beg plastik biobahaya dan disejuk beku.
Dimasukkan ke dalam bekas khas.
Dibungkus dan dimasukkan ke dalam beg plastik biobahaya.
Susun langkah menguruskan tumpahan kimia di bawah dengan betul.
W: Sekat tumpahan daripada merebak menggunakan pasir untuk membentuk sempadan.
X: Kaut tumpahan bahan kimia.
Y: Segera memberitahu guru
Z: Buang dengan selamat
W - X - Y - Z
Z - W - X - Y
Y - W - X - Z
X - W - Y - Z
Mengapakah merkuri berbahaya kepada manusia?
Merkuri boleh menyerang sistem saraf, saluran pencernaan, sistem pembiakan dan ginjal.
Merkuri boleh menyebabkan saluran pernafasan tersumbat.
Merkuri boleh menyebabkan strok.
Merkuri boleh menyebabkan sawan.
Apakah jenis pemadam api yang sering digunakan di sekolah?
Jenis air
Jenis buih
Jenis karbon dioksida
Jenis serbuk kering
Nyatakan kenapa pemadam kebakaran jenis ABC sering digunakan?
Tidak mencemarkan tanah
Diperbuat daripada dua lapisan gentian kaca
Mudah diselenggara (sekurang-kurangnya sekali setahun)
Kelembapan yang dihasilkan adalah lebih lama
Mampu memadamkan api yang kecil atau sederhana yang susah dipadamkan oleh air
