wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TING 4 - Bab 3 (Part 1)

Total questions: 10

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah BUKAN faktor tercetusnya Perang Dunia Pertama

a)

Persaingan kuasa imperialis

b)

Krisis rantau Balkan

c)

Kemelesetan ekonomi Eropah

d)

Pakatan ketenteraan

2.

Pakatan Tengah terdiri daripada negara-negara berikut KECUALI

a)

Bulgaria

b)

Austria-Hungary

c)

Jerman

d)

Romania

3.

Jepun menyerang tanah jajahan kuasa Barat di Asia dalam Perang Dunia Kedua. Apakah tindakan kuasa Barat untuk menamatkan kemaraan Jepun?

a)

Menaja kegiatan subversif

b)

Melakukan serangan bom atom

c)

Membentuk pertubuhan serantau

d)

Mengisytiharkan dasar bumi hangus

4.

· Semangat Asia

· Asia untuk orang Asia

· Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya


Apakah matlamat penggunaan slogan di atas?

a)

Meluaskan kuasa

b)

Menyatukan wilayah

c)

Menyebarkan ideologi

d)

Menamatkan penjajahan

5.

Ekonomi Tanah Melayu semakin merosot semasa pentadbiran Jepun antara tahun 1942 – 1945.

Bagaimanakah pentadbiran Jepun mengatasi keadaan tersebut?

a)

Melahirkan tenaga mahir

b)

Mengimport bahan makanan

c)

Menghentikan perdagangan antarabagsa

d)

Memperkenalkan system ekonomi kawalan

6.

Berikut adalah punca tercetusnya Perang Dunia Kedua KECUALI

a)

Kegagalan Perjanjian Versailles

b)

Keruntuhan pemerintahan beraja di Eropah

c)

Kemunculan ideologi Fasisme

d)

Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa

7.

Gambarrajah di atas menunjukkan kuasa-kuasa yang terlibat dalam Perang Dunia Kedua di Eropah.

Apakah nama pakatan yang berwarna KUNING?

a)

Kuasa Bersekutu

b)

Kuasa Paksi

c)

Negara Berkecuali

d)

Pakatan Bertiga

8.

Ilustrasi di atas menggambarkan kegagalan Perjanjian Pelucutan Senjata 1934.

Apakah mesej sesuai yang cuba disampaikan melalui ilustrasi berkenaan?

a)

Kekuatan tentera menjadi imej megah sesebuah negara

b)

Sikap ego mencerminkan kekuatan sesebuah negara

c)

Kekuatan sesebuah negara bergantung kepada sumber penternakan

d)

Negara yang lemah boleh berjaya jika bersatu

9.

Layanan Jepun terhadap orang Melayu adalah berbeza dengan layanan terhadap orang Cina.

Mengapakah Jepun bertindak sedemikian?

a)

Orang Melayu lebih berkuasa di Tanah Melayu

b)

Orang Melayu merupakan penduduk pribumi Tanah Melayu

c)

Orang Cina lebih menguasai ekonomi di Tanah Melayu

d)

Orang Cina tidak memberikan kerjasama kepada Jepun

10.

Peta di atas merupakan lokasi lapan rejimen MPAJA yang beroperasi di Tanah Melayu.

Apakah kesan jangkamasa panjang penubuhan rejimen MPAJA terhadap masyarakat di Tanah Melayu?

a)

MPAJA berjaya mendapatkan kerjasama orang Melayu untuk menentang Jepun

b)

Bintang Tiga menguasai politik dan ekonomi di Tanah Melayu

c)

Mengancam kerukunan hidup bermasyakat dan kestabilan negara

d)

Penguasaan Parti Komunis Malaya selepas penyerahan tentara Jepun pada tahun 1945