Font size
WorksheetsRBT TING 1 - BAB 1
Total questions: 13
Worksheet time: 10mins
Apakah maksud rekabentuk dan teknologi?
Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk.
Pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber untuk dijadikan alat atau sistem.
Proses menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baharu serta belum pernah wujud.
Proses pengubahsuaian produk sedia ada supaya menjadi lebih baik.
Antara yang berikut yang manakah adalah prinsip reka bentuk?
Garisan
Warna
Harmoni
Bentuk
Antara berikut yang manakah produk reka bentuk dan teknologi berbentuk abstrak?
Arca
Lukisan
Peralatan
Pengangkutan
Warna terbahagi kepada 3 kumpulan. Antara yang berikut yang manakah warna primer ?
Merah
Jingga
Ungu
Hijau
Terdapat dua jenis rupa di dalam elemen reka bentuk. Apakah rupa bagi gambarajah di atas?
Rupa Geometri
Rupa Organik
Antara prinsip reka bentuk yang manakah menunjukkan perbezaan ketara yang jelas pada elemen yang digunakan ?
Keseimbangan
Kepelbagaian
Kontras
Keringkasan
Yang manakah kriteria reka bentuk yang menerangkan ciri keselesaan yang ada pada sesuatu produk ?
Kekuatan kualiti
Ergonomik
Kreativiti
Kecenderungan inovasi
Berdasarkan gambar rajah di atas, yang manakah menunjukkan teknik pembinaan objek yang sesuai.
Pembuangan
Penyatuan
Peleraian
Pembenaman
Etika adalah nilai murni yang menjadi pegangan dan amalan seseorang pereka. Pilih 3 etika dalam reka betuk
Keaslian
Mesra alam sekitar
Keuntungan
Bermanfaat
Pilih kerjaya dalam reka bentuk yang berkaitan merancang reka bentuk dan pelan pembangunan.
Pereka bentuk kejuruteraan
Arkitek
Pereka bentuk industri
Pereka bentuk hiasan dalaman
Kaedah atau proses mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baharu serta belum pernah wujud. Kenyataan berikut menerangkan maksud ?
Invensi
Inovasi
Yang manakah antara berikut merupakan peranan reka bentuk terhadap masyarakat? Pilih 3 jawapan yang betul
Melindungi dan memelihara etika sosial
Melahirkan nilai-nilai estetika
Menjadi aset negara yang berharga
Melahirkan masyarakat yang kreatif dalam penggunaan sumber
Yang manakah antara berikut merupakan peranan reka bentuk terhadap pengeluar dan negara ? Pilih 3 jawapan yang betul
Membentuk masyarakat yang lebih bertamadun dan berdaya maju
Mengeluarkan produk yang berjenama negara
Menjaga maruah dan keselamatan negara
Meningkatkan pendapat negara
