Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGGUNAAN KATA TEPAT 1

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Tukang kebun itu sedang ______________ air ke arah pokok bunga dengan menggunakan paip getah.

a)

memancut

b)

menyiram

c)

menyimbah

d)

menjirus

2.

Datuk _________________ air ke arah cucunya semasa mandi di telaga itu.

a)

menjirus

b)

menuang

c)

menyimbah

d)

mencurah

3.

Mak Timah ____________ sebuah bakul sewaktu hendak ke pasar tani.

a)

menjinjing

b)

mengendong

c)

mengelek

d)

mengepit

4.

Encik Zarul _______________ anaknya semasa membeli-belah di pasar raya itu.

a)

mendukung

b)

mengelek

c)

menggalas

d)

menggendong

5.

Pekerja-pekerja di ladang itu ________________ sebuah bakul semasa memungut daun teh.

a)

memikul

b)

menggalas

c)

mengandar

d)

mengelek

6.

Azrul ____________ sebuah beg semasa berjalan kaki ke sekolah.

a)

menjinjing

b)

mengelek

c)

menyandang

d)

membimbit

7.

Shazwan _______________ rakannya yang cedera pada bahagian kaki keluar dari kawasan padang.

a)

memapah

b)

mengusung

c)

mengepit

d)

memikul

8.

Pak Yusman sedang ___________ kayu untuk dijadikan kayu api.

a)

memotong

b)

membelah

c)

menetak

d)

menakik

9.

Penjual daging itu sedang _________________ tulang rusuk itu kepada beberapa bahagian.

a)

mencantas

b)

menetak

c)

membelah

d)

menakik

10.

Beberapa orang lelaki sedang ____________ lembu yang baru disembelih itu untuk membuang kulitnya.

a)

menghiris

b)

mengelar

c)

menarah

d)

melapah

11.

Pemuda yang cuba ______________ seutas rantai seorang perempuan di perhentian bas itu telah diberkas oleh pihak polis.

a)

merampas

b)

meragut

c)

mengugut

d)

memeras

12.

Kakak _____________ mi kuning yang baru dibelinya itu di dalam periuk yang berisi air panas supaya mi itu lembut sedikit.

a)

mengukus

b)

merebus

c)

mencelur

d)

merendam

13.

Puan Intan selalu ______________ jagung yang dibelinya kerana dia mahu mengurangkan penggunaan minyak dalam masakan.

a)

menanak

b)

merebus

c)

menjerang

d)

mengukus

14.

Pemuda itu sedang ____________ warna pada kain kanvas itu dengan menggunakan berus khas.

a)

memalit

b)

mencalit

c)

membancuh

d)

meletak

15.

Nenek sedang _____________ lada dan bawang untuk dijadikan rencah dalam masakannya.

a)

menumbuk

b)

mengisar

c)

menggiling

d)

menggelek

16.

Puan Salimah ____________ adunan tepung itu bulat-bulat untuk dijadikan kuih siput.

a)

meramas

b)

mengepal

c)

menggentel

d)

menggenggam

17.

Salmi ____________ kertas yang tidak dipakai itu lalu membuangnya ke dalam tong sampah.

a)

menggenggam

b)

merenyuk

c)

meramas

d)

memeras

18.

Ibu ___________ nasi di dalam pinggan, itu bulat-bulat sebelum menyuapkannya ke dalam mulut adik.

a)

mengerpal

b)

menggenggam

c)

menggentel

d)

meramas

19.

Nenek Hasnah sedang _____________ daun pisang itu untuk dijadikan pembungkus kuih lepat.

a)

melayur

b)

menyalai

c)

mendiang

d)

menyinggang

20.

Kakak sedang membaca majalah di dalam bilik sambil ___________________ rambutnya.

a)

mengait

b)

menyirat

c)

memintal

d)

menggulung

21.

Projek pembinaan jambatan kedua di Pulau Pinang yang ______________ belanja kira-kira 4 bilion itu akan tetap diteruskan oleh pihak kerajaan.

a)

memakan

b)

menelan

c)

menyusut

d)

mengumpul

22.

Negara kita dijangka menjadi sebuah negara maju _____________ tahun 2025.

a)

menjelang

b)

mencapai

c)

menghampiri

d)

mencecah

23.

Pak Andak ______________ minyak panas pada sekeliling perut betisnya yang kejang itu sebelum mengurutnya.

a)

melumur

b)

menyapu

c)

mengelap

d)

mengesat

24.

Ayah menggunakan sebatang kayu yang bercabang untuk ______________ sebatang dahan pokok mangga yang rendang.

a)

mengampu

b)

menopang

c)

menyendal

d)

menyangkut

25.

Para guru sewajarnya memberi ______________ kepada pelajar-pelajar supaya berusaha dengan gigih dalam pelajaran.

a)

perhatian

b)

dorongan

c)

pertolongan

d)

bantuan

26.

Piring yang ____________ itu telah pun terbelah dua apabila terkena air panas.

a)

pecah

b)

retak

c)

rekah

d)

patah

27.

Para pelancong _____________ oleh keindahan pemandangan di Pulau Redang.

a)

terpikat

b)

terpesona

c)

terpukau

d)

tertarik

28.

Anak-anak pokok di kawasan tapak semaian itu ____________ pertumbuhannya akibat kekurangan baja dan air.

a)

tersekat

b)

terhalang

c)

terbantut

d)

terganggu

29.

Pihak polis akhirnya dapat ________________ pergaduhan antara dua kumpulan penduduk kampung itu.

a)

memisahkan

b)

meleraikan

c)

menghindarkan

d)

menceraikan

30.

Beberapa orang anggota polis yang berpakaian preman itu sedang ______________ kegiatan pengedar dadah di premis persendirian itu.

a)

meneliti

b)

mengintip

c)

mengintai

d)

meninjau