WorksheetsTingkatan 4: Bab 1 Warisan Negara Bangsa
Total questions: 10
Worksheet time: 20mins
Kerajaan manakah yang mewarisi ciri-ciri negara bangsa kepada Kesultanan Melayu Melaka?
A. Kerajaan Srivijaya
B. Kerajaan Majapahit
C. Kerajaan Johor-Riau
D. Kerajaan Kedah Tua
Apakah sistem pentadbiran yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?
A. Sistem Pembesar Berpusat
B. Sistem Pembesar Empat Lipatan
C. Sistem Pembesar Melayu Melaka
D. Sistem Pembesar Enam Belas Lipatan
Undang-undang manakah yang digunakan dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka?
I. Undang-undang Pelabuhan Melaka
II. Undang-undang Adat Melaka
III. Undang-undang Laut Melaka
IV. Hukum Kanun Melaka
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pelbagai lambang kebesaran seperti nobat dan adat istiadat.
Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut?
A. Membuktikan keturunan raja
B. Menunjukkan kedaulatan raja
C. Mengambarkan kemewahan raja
D. Menandakan kawasan pemerintahan
Berikut merupakan ciri-ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu kecuali
A. Raja
B. Kedaulatan
C. Wilayah Pengaruh
D. Undang-undang
Mengapakah undang-undang penting dalam sesebuah kerajaan dan negara?
I. Menunjukkan kekuasaan pembesar
II. Menunjukkan kebijaksanaan rakyat
III. Memastikan kesejahteraan negara
IV. Menjadi panduan dalam pentadbiran negara
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
X merupakan wilayah yang menerima ketuanan Kesultanan Melayu Melaka sama ada melalui perkahwinan atau persahabatan.
X ialah_____________________
A. Perolehan wilayah melalui perkahwinan
B. Wilayah taklukan
C. Wilayah naungan
D. Wilayah pegangan
Lambang kebesaran merupakan identiti sesebuah kerajaan dan keistimewaan Sultan Melaka.
Berdasarkan penyataan di atas, kesemua dibawah merupakan alat kebesaran Diraja kecuali...
A. Cop Mohor
B. Alat Regalia
C. Kereta Kuda
D. Nobat
Sultan Melaka memberikan memberikan kuasa memerintah atau mentadbir sesuatu wilayah, sungai atau pulau kepada para Pembesar Berempat. Setiap kawasan pentadbiran ini dikenali sebagai____________________
A. Kawasan Pegangan
B. Kawasan Milikan
C. Kawasan Pengaruh
D. Kawasan Naungan
Sultan Melaka telah melantik dua orang pembesar utama dalam memastikan keselamatan Kerajaan Melaka di darat dan di laut agar tidak diganggu. Siapakah dua orang pembesar tersebut?
I Temenggung
II Bendahara
III Penghulu Bendahari
IV Laksamana
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
