wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Biologi T4 Bab 9 : Ekosistem Terancam Siri 2

Total questions: 15

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Penyahutanan akan menyebabkan..

I- banjir kilat

II- tanah runtuh

III- pemanasan global

IV- penipisan lapisan ozon

a)

I,II dan III

b)

II,III dan IV

c)

I,II dan IV

d)

I,II,III dan IV

2.

Aktiviti manakah yang menyebabkan hakisan tanah?

a)

penyahutanan

b)

pertanian

c)

penternakan lembu

d)

kerja-kerja pembinaan

3.

Bahan cemar manakah yang tidak menyebabkan pencemaran air?

a)

baja berlebihan

b)

bahan buangan domestik

c)

kumbahan yang tidak dirawat

d)

klorofluorokarbon

4.

Baja tak organik berlebihan yang mengalir ke sungai menyebabkan

a)

pencemaran terma

b)

pertumbuhan alga secara besar-besaran

c)

peningkatan kepekatan oksigen terlarut

d)

penurunan keperluan oksigen biokimia

5.

Antara berikut,yang manakah merujuk kepada fenomena haba dipantul semuladaripada pemukaan bumi dan diperangkap dalam atmosfera?

a)

penipisan lapisan ozon

b)

kesan rumah hijau

c)

pemanasan global

d)

peningkatan suhu

6.

Pernyataan ini menunjukkan peringkat-peringkat eutrofikasi.


K- Kolam dilitupi oleh alga

L- Bilangan bakteria meningkat

M- Baja berlebihan mengalir kedalam sungai

N- Bilangan organisma akuatik berkurang

O- Nilai BOD bertambah

Antara berikut,yang manakah menunjukkan susunan peringkat-peringkat eutrofikai yang betul?

a)

K,L,N,O,M

b)

L,O,K,M,N

c)

K,N,M,L,O

d)

M,K,L,O,N

7.

Antara yang berikut,yang manakah bukan merupakan kesan penyahutanan terhadap ekosistem?

a)

kemusnahan habitat beribu-ribu spesies flora dan fauna

b)

pemendapan tanah di sungai dan tasik

c)

kemunculan spesies-spesies perintis yang baharu

d)

pengurangan kesuburan tanah

8.

Sampel air di tasik menunjukkan aras BOD yang tinggi.Ini disebabkan oleh

a)

peningkatan suhu tasik

b)

pencemaran oleh kumbahan yang tidak dirawat

c)

kandungan oksigen terlarut yang tinggi dalam tasik

d)

peningkatan kadar aktiviti mikroorganisma dalam tasik

9.

Apabila sebuah tasik dicemari dengan baja organik,selepas satu tempoh tertentu,haiwan akuatik dalam kolam akan mati kerana...

a)

kekurangan oksigen dalam kolam

b)

kekurangan cahaya matahari yang menembusi kolam

c)

terlalu banyak bahan toksik dalam kolam

d)

pertumbuhan bakteria menyebabkan penyakit dalam kolam

10.

Bilangan perosak semakin bertambah daripada satu generasi kepada generasi lain selepas satu tempoh penyemburan racun serangga disebuah ladang.

Apakah sebab utama kejadian ini berlaku?

a)

Perosak berupaya mengelakkan diri daripada terkena racun

b)

Kadar pertumbuhan serangga meningkat selepas penyemburan

c)

Penggunaan racun serangga yang cair dan tidak berkualiti

d)

Perosak yang tidak mati mempunyai rintangan terhadap racun serangga dan keupayaan ini diwariskan kepada zuriatnya

11.

Apakah kesan hujan asid?

a)

P dan Q

b)

P,R dan S

c)

Q,R dan S

d)

P,Q,R,S

12.

Apakah yang menyebabkan pencemaran air?

a)

P dan R

b)

Q dan S

c)

P,R dan S

d)

P,Q,R,S

13.

Apakah yang menyebabkan penurunan kepekatan oksigen didalam sebuah tasik yang dicemari oleh kumbahan?

a)

penurunan kepekatan nitrat terlarut

b)

tindakbalas kimia antara oksigen dengan bahan organik dalam kumbahan

c)

peningkatan bilangan pengurai

d)

penurunan bilangan tumbuhan hijau

14.

Mengapakah pengurusan ekosistem mesti dimasukkan dalam rancangan pembangunan?

I- mewujudkan persekitaran yang stabil

II- mengurangkan pencemaran air dan udara

III- memelihara kekayaan biokepelbagaian

IV- memastikan kualiti persekitaran tidak merosot

a)

I dan III

b)

I,II dan III

c)

I,II dan IV

d)

I,II,III dan IV

15.

Antara langkah berikut,yang manakah mengurangkan kesan pemanasan global?

I- penanaman semula pokok

II- berkongsi kereta

III- mengurangkan penggunaan bahan api fosil

IV- mengurangkan pembuangan bahan buangan industri

a)

I,II dan III

b)

I,II dan IV

c)

I,III dan IV

d)

II,III dan IV