NEW
Font size
WorksheetsLatihan tatabahasa
Total questions: 22
Worksheet time: 11mins
______ hari tidak hujan, latihan bola keranjang itu akan diadakan di gelanggang terbuka.
Namun
Sekiranya
Walaupun
Sungguhpun
Semua murid dikehendaki hadir ke perkhemahan itu ______ Anisa kerana dia sakit.
lalu
kerana
kecuali
manakala
Anita bukan sahaja biijak, _________ dia suka menolong kawan yang berada dalam kesusahan.
lalu
maka
sambil
malahan
Siew Ling mencuci buah betik dengan air yang bersih __________ memotongnya.
lalu
untuk
kerana
sungguhpun
Puan Aini memasukkan surat khabar lama ke dalam kotak _____ besar itu untuk dikitar semula.
serta
yang
untuk
bahawa
Pasu bunga ini sesuai diletakkan di __________ dewan.
atas
utara
antara
penjuru
Murid-murid suka berkejar-kejaran di _________ padang pada waktu rehat.
atas
sudut
tengah
selatan
Hana dan Farid tidak terlibat ___________ perbincangan itu.
di
atas
dalam
antara
________ datang ke rumah saya lagi jika ada kelapangan.
Silalah
Tolonglah
Mintalah
Janganlah
“___________ dikenang akan peristiwa yang sedih itu lagi,” pujuk Faizah kepada sepupunya.
Sila
Usah
Minta
Tolong
______ masuk, majlis akan dimulakan sebentar lagi.
Usahlah
Tolonglah
Jemputlah
Janganlah
Pasukan bola sepak yang menang dalam pertandingan itu berlari __________ padang dengan gembiranya.
sekeliling
dikelilingi
berkeliling
mengelilingi
Abang Lina _________ pelajaran di Universiti Sains Malaysia.
lanjutan
melanjut
berlanjutan
melanjutkan
Suasana di kampung itu menjadi _________ kerana semua penghuni pulang ke kampung untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri.
haru-biru
riuh-rendah
senyap-sunyi
gotong-royong
Lampu yang dipasang di sepanjang jalan menjadikan kawasan perumahan itu __________.
haru-biru
kucar-kacir
berwarna-warni
terang-benderang
Puan Julia membeli ___________ di kedai Encik Siva untuk memasak kari ayam.
kuih-muih
lauk-pauk
rempah-ratus
rumput-rampai
Li Hong membeli sebuah __________ yang berwarna hitam sebagai hadiah hari lahir ibunya.
beg tangan
jam tangan
kanta tangan
campur tangan
Susila yang rajin sering mengulang kaji pelajarannya hingga ___________.
tengah hari
larut malam
malam minggu
malam panjang
“________ adikku sayang, jagalah dirimu baik-baik semasa berada di luar rumah!” pesan Khairul kepada adiknya.
Aduh
Amboi
Wahai
Aduhai
“__________, malang sungguh mangsa kebakaran yang tinggal sehelai sepinggang itu!
Wah
Amboi
Wahai
Aduhai
“_________, kamu mendapat johan dalam pertandingin pidato!
Aduh
Amboi
Syabas
Aduhai
Rahman dan Kumar ________ dibenarkan masuk ke dalam dewan kerana mereka ______ peserta Program Jati Diri.
tidak … tidak
tidak … bukan
bukan … bukan
bukan … tidak
