NEW
Font size
WorksheetsUji Bahasa 5
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Fiona ingin _______ kemampuannya bermain alat muzik itu kepada rakan-rakannya.
pembuktian
membuktikan
berbukti
dibuktikan
Perbincangan itu _______ dengan isu-isu keselamatan yang melanda negara.
bertepatan
berkedudukan
berkehendakkan
berkaitan
Usia yang sudah lanjut bukanlah _________ bagi Imam Salleh untuk berbakti kepada masyarakat.
penahan
pelindung
penghalang
pencegah
Aireen membuka pintu ___________ menjenguk ke dalam bilik itu.
seraya
dan
dengan
sedangkan
Semua murid dalam kelas itu sudah mendapat keputusan masing-masing ______Dania.
sedangkan
seterusnya
selanjutnya
melainkan
_________ digunakan untuk mengangkat batu-batu kecil.
penyodok
cop
pongkes
nyiru
Pekerja ladang itu _______ daun teh menggunakan jari sahaja.
mencabut
mengerat
menarik
menggentas
Dia ________ dan enggan menerima nasihat daripada sesiapa pun.
patah hati
panas hati
sakit hati
keras hati
Kakak menerima hadiah _______ kerana berjaya menjawab soalan kuiz.
misteri
aneh
ganjil
pelik
Shahriman menyepak bola itu dengan kencang _________.
paling
sekali
teramat
Majlis itu akan dihadiri oleh Menteri Pendidikan. _______________, persiapan rapi dijalankan sejak awal lagi.
Sesungguhnya
Selain itu
Oleh itu
Walaubagaimana pun
Bagi mengenang jasa Allahyarham Sudirman sebagai penghibur, jalan itu dinamakan dengan nama beliau.
Kata berlawan bagi mengenang ialah…
mengingat
melupakan
memperingati
merestukan
Sultan Abdullah didapati _______. Baginda dirawat di sebuah hospital.
beradu
berkenan
santap
gering
Mungkin Lian Hoe _______ jadi datang ke sini.
bukan
entah
tidak
jangan
Farid tidak terpengaruh oleh _______ penjual itu.
jemputan
sapaan
pujukan
ajakan
Adik menggunakan beberapa ________ warna krayon dalam pertandingan mewarna anjuran sekolah.
kotak
batang
bilah
puntung
Cikgu Samprizal menerima se________ sijil penghargaan daripada Pengarah Pendidikan Perak.
lembar
helai
pucuk
keping
Harraz dan adiknya ________ internet untuk memperolehi maklumat tentang sejarah negara.
menggunakan
melayari
menjejaki
membaca
Ahmad dan Aina cuba mengangkat sebuah ______ yang dipamerkan di Muzium Negeri Perak.
jangkar
perisai
pedang
rantai
Razlan abang saya. _______belajar di Tahun Enam Jasa.
kalian
kamu
mereka
dia
Kelas tambahan itu diadakan bagi mengatasi masalah ________ pelajar dalam pelajaran tertentu.
kelupusan
kematian
keciciran
kekosongan
Pihak bomba __________ memadam kebakaran hutan itu.
bersimpang-perenang
bertungkus-lumus
berbolak-balik
berlekuk-lekak
Yang Berhormat exco Pendidikan Negeri Perak memberi ________ sebanyak RM25 ribu kepada sekolah ini.
persembahan
peruntukan
pemberian
penghormatan
Sekawan kerbau sedang __________ di dalam lumpur di hujung kampung.
bergelimpang
bergelupur
bergelumang
bergelora
Saya percaya _______ Ramu seorang yang jujur.
supaya
bahawa
ialah
akan
