Font size
WorksheetsBAB 1: SEJARAH TINGKATAN 4
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Kerajaan manakah yang mewariskan ciri-ciri negara bangsa kepada Kesultanan Melayu Melaka?
Kerajaan Srivijaya
Kerajaan Majapahit
Kerajaan Johor-Riau
Kerajaan Kedah Tua
Apakah sistem pentadbiran yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?
Sistem Pembesar Berpusat
Sistem Pembesar Empat Lipatan
Sistem Pentadbiran Melayu Melaka
Sistem Pembesar Enam Belas Lipatan
Undang-undang manakah yang digunakan dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka?
I Undang-undang Pelabuhan Melaka
II Undang-undang Adat Melaka
III Undang-undang Laut Melaka
IV Hukum Kanun Melaka
A. I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pelbagai lambang kebesaran seperti nobat dan adat istiadat
Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut?
Membuktikan keturunan raja
Menunjukkan kedaulatan raja
Mengambarkan kemewahan raja
Menandakan kawasan pemerintahan
Kerajaan manakah yang mewarisi ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka iaitu.........
Kerajaan Srivijaya
Kerajaan Majapahit
Kerajaan Johor -Riau
Kerajaan Kedah Tua
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem pentadbiran,peraturan,masyarakat yang tersusun dan corak politiknya yang tersendiri bagi membentuk negara bangsa.
Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka.
I Wilayah naungan
II Wilayah taklukan
III Kerajaan
IV Undang-undang
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Terdapat beberapa syarat orang yang ingin menjalankan perniagaan mengikut Hukum Kanun Melaka.
Apakah syarat tersebut?
Melafazkan niat jual beli
Orang Islam
Akil Baligh
Mempunyai barang dagangan
Bendahara Tun Perak merupakan bendahara yang paling lama berkhidmat dalam Kesultanan Melayu Melaka.
Antara berikut,yang manakah merupakan tugas dan peranan
I Mengurus perbendaharaan
II Menjaga keselamatan Kota Melaka
III Ketua pentadbir
IV Pemangku Sultan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Hamba terdiri daripada pelbagai golongan iaitu....
I Hamba raja
II Hamba biasa
III Hamba miskin
IV Hamba dagangan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Kemunculan dan kemasyhuran kerajaan Alam Melayu membuktikan asas negara bangsa bermula
sebelum kedatangan Barat
selepas kedatangan Barat
semasa pemerintahan Barat
sewaktu penjajahan Barat
Raja menjadi tonggak utama kerajaan. Pernyataan di bawah berkaitan dengan raja sebelum kedatangan Barat KECUALI
Pentadbiran raja dibantu oleh pembesar
Raja memperoleh ketaatan daripada rakyatnya
Raja sentiasa ditaati dan dianggap suci
Raja disembah sebagai wakil dewa
Bagaimanakah rakyat kerajaan Srivijaya membuktikan kesetiaan mereka kepada Raja Srivijaya?
Pilih DUA jawapan yang betul.
Upacara persetiaan
Meminum air sumpah
Menyerahkan emas dan beras
Menjadi orang suruhan di istana
Kerajaan Funan mempunyai wilayah pengaruh yang luas meliputi kawasan berikut KECUALI
Sungai Mekong
Teluk Cam Ranh
Langkasuka
Segenting Kra
Srivijaya dalam bahasa Sanskrit membawa maksud
cahaya kemenangan
semenanjung emas
lingkaran keagungan
jaringan emas
Berikut merupakan pembesar berempat dalam Sistem Pembesar Empat Lipatan Kesultanan Melayu Melaka KECUALI
Syahbandar
Bendahara
Temenggung
Laksamana
Kerajaan Dinasti di China yang manakah telah menghantar Laksamana Cheng Ho untuk mengeratkan hubungan antara China dengan Melaka?
Dinasti Shang
Dinasti Chou
Dinasti Han
Dinasti Ming
Antara berikut, pilih DUA lambang kebesaran yang menjadi simbol kedaulatan sultan yang memerintah.
Nobat
Regalia
Pedang
Tepak Sirih
Antara berikut, undang-undang manakah yang dipengaruhi oleh undang-undang Kesultanan Melayu Melaka? Pilih DUA jawapan yang tepat.
Undang-Undang Pahang
Undang-undang 99 Perak
Hukum Kanun Melaka
Hukum Kanun Mahkota Alam
Pilih padanan jawatan dan bidang tugas yang tepat.
Penghulu Bendahari = mengutip cukai di kawasan pegangan
Temenggung = panglima angkatan laut Melaka
Syahbandar = menjaga keselamatan kota Melaka
Bendahara = ketua turus angkatan tentera
Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal.
Fasal 4 menyatakan perkara berkaitan
Tugas sultan, Bendahara, Temenggung dan Penghulu Bendahari
Hukuman bunuh dikenakan kepada sesiapa yang ingkar arahan dan memalsukan titah sultan
Pernikahan memerlukan empat orang saksi, jika tidak cukup memadai dua orang sahaja
Amalan riba diharamkan dalam urusan perniagaan
Undang-undang Laut Melaka diusahakan oleh beberapa nakhoda Melaka KECUALI
Nakhoda Jenal
Nakhoda Diri
Nakhoda Sahak
Nakhoda Yusof
Apakah maksud waadat?
Kecelakaan yang menimpa seseorang
Perjanjian yang dimeterai
Hubungan antara pemerintah dan rakyat
Kesetiaan rakyat kepada raja
Dalam Hukum Kanun Melaka, terdapat beberapa perkataan yang hanya boleh digunakan oleh raja KECUALI
titah
murka
kurnia
sahaya
Dalam upacara persetiaan rakyat kepada pemerintah, air dituang ke atas Inskripsi Telaga Batu, ditadah dan diminum. Dalam kerajaan manakah upacara ini diamalkan?
Kerajaan Majapahit
Kerajaan Srivijaya
Kerajaan Funan
Kerajaan Champa
Berikut ialah peranan seorang Malim dalam Fasal 9 Undang-undang Laut Melaka.
Perlu mengetahui keadaan ombak dan arus.
Perlu mengetahui kedudukan matahari.
Perlu mengetahui kedudukan bulan dan bintang.
Perlu mengetahui kedalaman air laut.
