wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Permintaan pemilik rumah setinggan terhadap kerajaan itu_________

a)

Seperti api dalam sekam

b)

Seperti gajah masuk kampung

c)

Bagai Belanda meminta tanah

d)

Bagai menatang minyak yang penuh

2.

Leman dikatakan ________kerana tidak tahu menghargai hadiah yang diberi kawannya.

a)

Bagai itik pulang petang

b)

Bagai kera dapat bunga

c)

Bagai bertepuk sebelah tangan

d)

Bagai menatang minyak yang penuh

3.

Sikap Connie menganiaya Corrie yang telah banyak membantunya diibaratkan sebagai_________

a)

Bagai kumbang putus tali

b)

Seperti cincin dengan permata

c)

Bagai kelip-kelip terbang malam

d)

Bagai melepaskan anjing tersepit

4.

Perasaan Encik Lee ________apabila anaknya hanya lulus dua mata pelajaran dalam peperiksaan PT3.

a)

Seperti rusa masuk kampung

b)

Seperti belut pulang ke lumpur

c)

Seperti pungguk rindukan bulan

d)

Seperti kaca terhempas ke batu

5.

Mak Cik itu_________ apabila dompetnya hilang.

a)

Bagai ayam berak kapur

b)

Bagai ayam disambar helang

c)

Bagai kucing kehilangan anak

d)

Bagai rusa masuk kampung

6.

Cik Xing selalu menyamar menjadi orang kaya untuk menipu, sedangkan dia hanya seorang suri rumah.Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah

a)

Jauhari yang mengenal manikam

b)

Cacing hendak menjadi naga

c)

Alah sabung menang sorak

d)

Air digenggam tiada tiris

7.

Sarima menulis novel pada waktu malam kerana dia sibuk bekerja pada siang hari.

a)

Yang dikejar tidak dapat,yang dikendong berciciran.

b)

Sehari selembar benang,lama-lama menjadi kain.

c)

Untung sabut timbul,untung batu tenggelam.

d)

Tegak sama tinggi, duduk sama rendah.

8.

Mak Siti telah menjaga anak kandung dan anak tirinya dengan sama kasih sayang, tetapi.

a)

Dada manusia tidak dapat diselam

b)

Enggang lalu ranting patah

c)

Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga

d)

Enggan seribu daya, mahu sepatah kata

9.

Mulut Gunalan________ apabila tiada guru di dalam kelas.

a)

Bagai dihiris sembilu

b)

Bagai murai tercabut bulu

c)

Bagai menarik rambut di dalam tepung

d)

Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

10.

Gambar menunjukkan peribahasa yang sesuai ialah

a)

Bagai aur dengan tebing

b)

Berat sama dipikul ringan sama dijinjing

c)

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan

d)

Bulat air kerana pembentung,bulat manusia kerana muafakat

11.

Gambar menunjukkan simpulan bahasa yang sesuai.

a)

Kepala angin

b)

Makan angin

c)

Ada hati

d)

Buah tangan

12.

Dari putus mata pencariannya hidup Encik Basri tiada perubahan bagai kerakap tumbuh di batu_________

a)

Hapus panas setahun kerana hujan

b)

Ikan di hulu, tuba di hilir

c)

Ikan di kuali, habis melompat

d)

Hidup segan,mati tak mahu

13.

Johan suka menyampuk perbualan orang dan akan bercerita seolah-olah semua perkara diketahuinya walhal sebenarnya dia tidak tahu langsung tentang perkara itu.

a)

Air beriak tanda tak dalam

b)

Indah khabar dari rupa

c)

Lubang lama belum ditimbus,lubang baru digali pula

d)

Air digenggam tiada tiris

14.

Orang yang berkelakuan tamak mestilah selalu_______apabila dituruti kemahuannya

a)

Nasi masak,periuk pecah

b)

Makin murah,makin menawar

c)

Mabuk di enggang lalu

d)

Naik tak bertangga,turun tak berpintu

15.

Penat lelah Maki Kiah membesarkan anaknya selama ini berbayar kerana semua anaknya telah berjawatan tinggi.

a)

Berakit-rakit ke hulu, berenang- renang ke tepian

b)

Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya

c)

Diam-diam ubi berisi,diam besi berkarat

d)

Bagaimana acuan begitulah kuihnya