wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TING3 BAB 6 KESAN PENTADBIRAN BARAT - EKO SOSIAL

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tanaman utama yang diusahakan di lokasi berikut pada tahun 1830-an?


"Seberang Perai"

a)

Padi

b)

Ubi Kayu

c)

Buah Pala

d)

Tebu

2.

Galian Antimoni banyak ditemui di Sarawak.

Galian tersebut dilombong untuk pasaran................

a)

Siam

b)

Burma

c)

Britain

d)

Singapura

3.

Ordinan VIII telah diperkenalkan oleh pentadbiran British pada tahun 1897.


Ordinan tersebut berkaitan dengan ........

a)

Perlombongan

b)

Perhutanan

c)

Kewangan

d)

Kesihatan

4.

Mengapakah sekolah Inggeris dianggap sebagai sekolah elit?

a)

Lokasinya terletak di bandar

b)

Muridnya mestilah beragama kristian

c)

Keputusan yang cemerlang sahaja diterima

d)

Lulusan sekolah mendapat jawatan kerajaan

5.

Bagaimanakah British menjaga kebersihan di bandar Kuala Lumpur pada tahun 1890-an

a)

Membina hospital

b)

Menubuhkan sanitary Board

c)

Membina pusat kesihatan kecil

d)

Menubuhkan Institut Penyelidikan Perubatan

6.

Sistem pendidikan berikut diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu.


SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR


Mengapakah sistem pendidikan tersebut tidak dapat memupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu?

a)

Kemudahan asas terhad

b)

Peruntukan kewangan terhad

c)

Bahasa ibunda digunakan

d)

Sukatan pelajaran sama

7.

Antara berikut, yang manakah BENAR mengenai Sistem Kontrak?


I Buruh dibawa dari China

II Tambang perjalanan, makanan, pakaian dan tempat tinggal disediakan oleh majikan

III Buruh dibawa masuk ke negara untuk bekerja di ladang getah

IV Buruh dikehendaki bekerja dengan pemilik ladang sehingga hutang tambang mereka selesai

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Maklumat di bawah berkenaan sekolah-sekolah di Sarawak.


-Angelican St. Agustine School

-Sekolah St. Mary

-Sekolah St. Teresa


Apakah persamaan di antara sekolah tersebut?

a)

Di tubuhkan oleh mubaligh

b)

Dihadiri oleh anak-anak golongan elit

c)

Sekolah khas untuk anak-anak perempuan

d)

Lulusan sekolah ini boleh melanjutkan pelajaran ke luar negeri

9.

Mengapakah kurang pembinaan jalan raya di Sarawak berkurang daripada di negeri-negeri Melayu?

a)

Kurang kegiatan pembukaan ladang getah

b)

Bentuk muka bumi yang berbukit, paya dan sungai

c)

Memilih kawasan yang mempunyai sumber ekonomi dan pelabuhan

d)

Memilih kawasan sebelah pantai barat yang kaya dengan hasil bumi sahaja

10.

Apakah yang dimaksudkan dengan istilah berikut?


PENDIDIKAN SEKULAR

a)

Pendidikan berkaitan dengan ilmu keduniaan

b)

Pendidikan berkaitan dengan keakhiratan

c)

Pendidikan yang berorientasikan kurikulum

d)

Pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda

11.

Apakah faktor yang membawa kepada kemunculan bandar berikut di negara kita?


BANDAR MIRI

a)

Perladangan getah

b)

Perlombongan bijih timah

c)

Penghijrahan penduduk

d)

Penemuan petroleum

12.

H.N Ridley

Mengapakah tokoh berikut membungkus anak-anak pokok getah di dalam arang yang lembap?

a)

Pokok tidak mudah rosak

b)

Hayat pokok lebih tahan lama

c)

Mudah diangkut ke tempat jauh

d)

Tidak mudah dijangkiti penyakit

13.

Pernyataan berikut berkaitan dengan undang-undang tanah yang dilaksanakan oleh British di Tanah Melayu.


AKTA TANAH SIMPANAN MELAYU


Apakah muslihat British memperkenalkan undang-undang tersebut?

a)

Memudahkan orang Melayu bercucuk tanam

b)

Menjamin kelangsungan ekonomi dan politik British

c)

Meningkatkan pengeluaran pertanian orang Melayu

d)

Menudahkan tanah tersebut dijual kepada orang asing

14.

Mengapakah sistem tersebut dipilih oleh para imigran?


-SISTEM KONTRAK

-SISTEM KANGANI

a)

Keselamatan dijamin oleh pihak berkuasa

b)

Latihan kemahiran disediakan oleh kerajaan

c)

Tambang pengangkutan dibayar oleh majikan

d)

Tempat penginapan disediakan oleh agensi yang dilantik

15.

1897 - British menubuhkan Lembaga Pesuruhjaya Wang di bawah Ordinan XIII


Mengapakah institusi tersebut ditubuhkan oleh British?

a)

Melicinkan urusan kewangan

b)

Mengeluarkan mata wang kertas

c)

Menghapuskan mata wang tradisional

d)

Menyediakan pinjaman kepada pemodal

16.

Senarai berikut merupakan syarikat perwakilan asing yang menanam modal di Tanah Melayu.


-Guthrie

-Sime Darby

-Harrison and Crosfield


Apakah sumbangan syarikat tersebut?

a)

Perkapalan

b)

Perkilangan

c)

Perladangan

d)

Perlombongan

17.

Antara berikut yang manakah BUKAN ciri-ciri ekonomi moden.

a)

Teknologi moden

b)

Buruh yang ramai

c)

Pengeluaran skala kecil

d)

Modal yang besar

18.

Maklumat berikut berkaitan dengan aktiviti pertanian di negara kita.


Tahun 1917 - Pemodal Perancis terlibat dalam penanaman kelapa sawit


Penanaman kelapa sawit tersebut diusahakan di negeri

a)

Johor

b)

Melaka

c)

Pahang

d)

Selangor

19.

Graf di atas menunjukkan pengeluaran bijih timah oleh pelombong Eropah.

Apakah faktor yang mempengaruhi peningkatan pengeluaran tersebut?

a)

Upah yang tinggi

b)

Penggunaan kapal korek

c)

Tenaga buruh yang ramai

d)

Sokongan pembesar tempatan

20.

Antara berikut, yang manakah BENAR tentang kandungan Akta Tanah Simpanan Melayu.


I Tidak boleh dijual kepada orang bukan melayu

II British boleh mengisytiharkan mana-mana kawasan untuk dijadikan hak orang melayu

III Boleh di pajak gadai kepada orang lain

IV Sesuai untuk aktiviti pertanian

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Apakah matlamat British menubuhkan Kolej Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1905?

a)

Memberi pendidikan Inggeris kepada anak-anak raja dan golongan bangsawan Melayu

b)

Memajukan pendidikan orang Melayu

c)

Melatih pendudukan tempatan ke arah berkerajaan sendiri

d)

Memberi tumpuan dalam bidang pendidikan

22.

Mengapakah British membina landasan kereta api di negeri-negeri Melayu?


I Memudahkan pentadbiran

II Memajukan industri tempatan

III Memenuhi desakan pembesar tempatan

IV Memenuhi keperluan ekonomi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

23.

Apakah kesan pertambahan tersebut?

a)

Kewujudan masyarakat berbilang kaum

b)

Kemerosotan kuasa pembesar tempatan

c)

Perkembangan pertanian sara diri

d)

Petempatan setinggan bertambah

24.

Apakah sumbangan H.N Ridley terhadap perusahaan getah?

a)

Memberikan subsidi baja

b)

Membawa masuk imigran luar

c)

Memajak tanah peribumi untuk ditanam getah

d)

Memperkenalkan sistem torehan tulang ikan hering

25.

Mengapakah pemodal Eropah menguasai perlombongan bijih timah pada abad ke-20?


I Sokongan pembesar

II Buruh mencukupi

III Teknologi moden

IV Modal besar

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV