Font size
WorksheetsBab 3 Sistem Pengangkutan
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Ahmad berdarah A, manakah kumpulan darah yang sesuai menerima darahnya?
A dan B
A dan AB
A dan O
semua jenis kumpulan darah
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang arteri?
menerima darah daripada salur darah yang kecil
mempunyai injab sabit
mempunyai dinding tebal yang boleh menahan tekanan darah yang tinggi
berbentuk jaringan di dalam kebanyakan organ
Yang manakah antara berikut bukan komponen dalam darah manusia
Platlet
Sel darah merah
sel darah putih
sumsum tulang
Apakah terjadi jika pesakit menerima kumpulan darah yang tidak sesuai dengannya?
Pesakit akan pengsan
Pesakit akan mengalami anemia
Darah pesakit akan bergumpal
Pesakit akan mendapat kanser darah
Apakah nama salur yang mengangkut air dan garam mineral dari akar ke bahagian lain dalam tumbuhan
Floem
Xilem
Gutasi
Transpirasi
Apa terjadi jika salur floem dibuang dari satu bahagian pada tumbuhan
Bahagian bawah tumbuhan tersebut akan membengkak
Bahagian atas tumbuhan tersebut akan membengkak
tidak terjadi apa-apa
tumbuhan tersebut akan layu
Antara berikut, faktor yang manakah tidak mempengaruhi kadar transpirasi?
Suhu
Kehadiran angin
keamatan cahaya
keadaan tanah
kelembapan udara
Bilakah waktu gutasi berlaku?
Waktu pagi dan kelembapan tinggi
Waktu tengah hari dan panas
Waktu petang dan mendung
Semua di atas
Mengapakah sesetengah tumbuhan menggulungkan daunnya sewaktu cuaca panas?
Layu kerana terkena panas
Mengurangkan kehilangan air sewaktu proses transpirasi
Mengurangkan kadar kehilangan oksigen sewaktu fotosintesis
Tiada yang betul
Rajah menunjukkan sistem peredaran darah ikan. Yang manakah benar tentang sistem peredaran darah ikan?
Darah beroksigen dan terdeoksigen sentiasa bercampur
Atrium mengepam darah beroksigen ke seluruh badan ikan
Ventrikel mengepam darah terdeoksigen ke insang
Ikan mempunyai sistem peredaran darah ganda dua
Apakah kaedah yang digunakan oleh organisma ringkas untuk menyingkirkan bahan kumuh daripada sel badan?
osmosis
resapan
pengangkutan aktif
pengangkutan pasif
Rajah menunjukkan struktur jantung manusia yang mempunyai empat ruang. Ruang manakah menghasilkan tekanan paling tinggi semasa pengecutan jantung manusia.?
Atrium kanan
Atrium kiri
Ventrikal kanan
Ventrikal kiri
Rajah menunjukkan pertukaran gas yang berlaku dalam badan manusia. Di manakah proses ini berlaku?
arteri pulmonari
vena pulmonari
kapilari darah
aorta
Yang manakah merupakan PERSAMAAN antara sistem peredaran darah dan sistem pengangkutan tumbuhan?
menjalankan fungsi untuk mengangkut bahan
melibatkan berkas vaskular
melibatkan proses resapan dan transpirasi
mempunyai organ yang mengepam bahan ke seluruh sel
Mengapakah pesakit dengan kumpulan darah AB mempunyai peluang yang tinggi untuk diselamatkan sekiranya memerlukan peluang yang tinggi?
kumpulan darah AB mempunyai banyak antibodi
kebarangkalian untuk berlakunya pengaglutinatan adalah tinggi
kebarangkalian untuk berlakunya pengaglutinatan adalah rendah
kumpulan darah AB boleh menerima darah dari kebanyakan kumpulan darah yang lain
Mengapakah darah jenis O merupakan penderma universal?
darah O mempunyai anti-A dan anti-B
darah O mempunyai anti-A sahaja
darah O mempunyai anti-B sahaja
darah O tidak mempunyai sebarang antibodi
Rajah menunjukkan tumbuhan mengalami kehilangan air melalui gutasi. Pernyataan yang manakah BENAR tentang gutasi?
berlaku pada waktu siang
kebanyakannya berlaku pada pinggir daun
berlaku apabila kelembapan udara rendah
adalah sejenis embun
Apakah struktur X dan Y?
X- Kambium
Y - Vaskular
X- Floem
Y - Xilem
X- Xilem
Y-Floem
X- Vaskular
Y- Xilem
Rajah menunjukkan keratan rentas batang. Struktur yang manakah mengangkut air dan mineral terlarut?
A
B
C
D
Antara faktor berikut, yang manakah merendahkan kadar transpirasi?
panas dan kelembapan rendah
panas dan kelembapan tinggi
sejuk dan kelembapan rendah
sejuk dan kelembapan tinggi
Antara faktor berikut, yang manakah meningkatkan kadar transpirasi?
keamatan cahaya tinggi dan pergerakan udara laju
keamatan cahaya tinggi dan pergerakan udara perlahan
keamatan cahaya rendah dan pergerakan udara laju
keamatan cahaya rendah dan pergerakan udara perlahan
Yang manakah meningkatkan kadar denyutan nadi?
berenang
tidur
membaca buku
dikejar oleh anjing
Apakah alat yang digunakan oleh doktor untuk mengukur tekanan udara seorang pesakit?
sfigmomameter
termometer
stetoskop
X-ray
Haiwan yang manakah mempunyai sistem peredaran darah yang sama dengan manusia?
salamander
burung unta
ikan paus
kura-kura
Berikut merupakan maklumat bagi salur darah X.
Dinding yang tebal, berotot dan banyak tisu elastik
Saiz lumen kecil
Apakah salur darah X?
arteri
vena
kapilari
floem
Berikut merupakan maklumat bagi salur darah X.
Mempunyai injap
Saiz lumen besar
Apakah salur darah X?
arteri
vena
kapilari
floem
Berikut merupakan maklumat bagi salur darah X.
berfungsi membawa darah terdeoksigen kembali ke jantung dari seluruh badan kecuali vena pulmonari
Apakah salur darah X?
arteri
vena
kapilari
floem
Berikut merupakan maklumat bagi salur darah X.
Ketebalan dinding setebal satu sel
tidak mempunyai injap
Saiz lumen sangat kecil
Apakah salur darah X?
arteri
vena
kapilari
floem
Rajah menunjukkan keratan rentas batang. Struktur yang manakah mengangkut makanan?
A
B
C
D
Yang manakah ciri-ciri sel darah putih?
berbentuk dwicembung
dihasilkan di nodul limfa
berfungsi untuk memusnahkan patogen
membantu dalam penghasillan hormon wanita
