Font size
WorksheetsRobotic Fundamental
Total questions: 20
Worksheet time: 5hrs 0mins
Labelkan bahagian-bahagian Arm Robot berikut
(1)servo 1, (2)servo 2, (3)servo 3, (4)servo 4
(1)servo 4, (2)servo 1, (3)servo 2, (4)servo 3
(1)servo 3, (2)servo 4, (3) servo 1, (4) servo 2
(1)servo 4, (2)servo 3, (3)servo 2, (4)servo 1
Nyatakan fungsi servo motor
untuk mencengkam objek atau beban
untuk mengangkat objek atau beban
mengawal pergerakan robot
untuk menggerakkan robot ke kiri-kanan dan atas-bawah
Manakah antara berikut merupakan robot industri
Manufacturing robot
Military robot
Enterprise robot
Consumer robot
Apakah undang-undang yang perlu dipatuhi dalam penggunaan robot menurut
‘Asimov’sThree Laws Of Robotics’:
i. Robot tidak boleh memudaratkan manusia atau
penggunanya.
ii. Robot mesti sentiasa mematuhi kehendak manusia.
iii.Robot mesti diletakkan di bilik yang tidak panas.
iv.Robot mesti melindungi dirinya daripada punca-punca
bahaya.
i, ii & iii
i, iii & iv
i, ii & iv
i, ii, iii & iv
Di antara berikut, manakah punca kemalangan pada robot
Pemasangan yang tidak sempurna
Robot murah
Tiada juruteknik menjaga robot
Tiada penyelenggaraan robot
Pilih pernyataan yang BETUL berkenaan zon keselamatan robot
Zon 1 dikenali sebagai zon pengawasan pencerobohan dalam sel kerja. Ia merupakan zon dimana operator bekerja.
Zon 2 dikenali juga sebagai zon pengawalan pencerobohan dalam zon kerja robot. Ia merupakan zon liputan kerja robot.
Zon 3 pula dikenali sebagai zon pengawalan pencerobohan
keliling. Zon ini selalunya menempatkan unit kawalan sistem.
Zon 4 berada di luar jangkauan lengan pengolah. Zon ini selalunya menempatkan alatan-alatan seperti rak untuk penstoran bahan mentah.
Pelbagai jenis suis digunakan untuk mempastikan keselamatan berkesan untuk robot dan juga operator.Di antara berikut yang manakah jenis suis yang digunakan untuk robot?
Suis mekanikal, Suis ‘proximity’ dan Suis ‘vane-type’.
Suis tekan ( push button swiches ), Suis had ( limit switches ) dan Suis tekanan ( pressure switches ).
‘Flush head switch’, ‘Extended head switch’ dan ‘Keylock switch’.
‘Bourdon tube pressure switch’, ‘ Piston-type pressure switch’ dan ‘Diaphragm-type pressure switch’
Gambar menunjukkan zon keselamatan robot. Labelkan kedudukan mekanisma keselamatan dengan betul.
1-pagar electrical interlock , 2-hamparan tekanan, 3-adang dan garisan kuning & 4-suis kecemasan
1-suis kecemasan , 2-hamparan tekanan, 3-suis kecemasan & 4-adang dan garisan kuning
1-hamparan tekanan, 2-pagar electrical interlock, 3-suis kecemasan & 4-adang dan garisan kuning
1-hamparan tekanan, 2-pagar electrical interlock, 3-adang dan garisan kuning & 4-suis kecemasan
Rajah blok yang menunjukkan hubungan antara setiap unsur di dalam sistem robot. Pilih jawapan yang BETUL.
A-pengolah, B-unit kawalan, C-penderia, D-bekalan kuasa,
E-pengesan hujung
A-penderia, B-unit kawalan, C-pengolah, D-pengesan hujung, E-bekalan kuasa
A-pengolah, B-penderia, C-unit kawalan, D-bekalan kuasa,
E-pengesan hujung
A-bekalan kuasa, B-unit kawalan, C-pengolah, D-pengesan hujung, E-penderia
Unit kawalan terdiri dari TIGA komponen penting iaitu :
Kabinet kawalan ( control cabinet )
Kotak Mengajar ( Teach pendant )
Pengkalan komputer (computer terminal )
Aturcara komputer
‘Walk Through Programming’ ialah....
Kaedah ini selalunya digunakan untuk robot yang
mengendalikan proses yang berterusan seperti kerja-kerja kimpalan dan penyemburan cat.
Kawalan jenis ini memerlukan aturcara yang sesuai dengan
jenis pengolah yang digunakan. Selalunya sesuatu sistem robot akan dibekalkan dengan bahasa aturcara yang khas untuknya.
Satu aturcara khas yang dibuat oleh pengaturcara untuk melakukan pergerakan yang telah direkodkan.
Pergerakan pengolah di dalam kaedah ini dilakukan dengan
menekan butang-butang pada kotak mengajar. Penyimpanan
data juga dilakukan melalui kotak mengajar.
Sistem pacuan diperlukan untuk mewujudkan pergerakan
pengolah. Terdapat TIGA jenis sistem pacuan pergerakan yang utama iaitu:
Mekanikal
Pneumatik
Hidraulik
Elektrik
Berikut merupakan kelemahan sistem pneumatik KECUALI
Udara mesti bersih dan berpelincir.
Minyak perlu bersih.
Kawalan pergerakan yang rumit.
Terhad kepada kerja ringan.
Sistem elektrik menggunakan motor elektrik sebagai sumber kuasa .Berikan kelebihan-kelebihan bagi sistem elektrik.
i. Pergerakan dan kawalannya lebih lancar.
ii. Memberikan kebolehulangan yang tinggi.
iii. Kawasan pemasangan yang kecil.
iv. Kos operasi yang rendah.
i, ii & iii
i, ii & iv
i & iv
Semua di atas
Berikut merupakan kebaikan penderia KECUALI
Dapat mengurangkan kos pengeluaran.
Dapat mengelakkan berlakunya kemalangan dan kerosakan
alatan
Memudahkan kerja-kerja penyenggaraan.
Mempunyai keupayaan atau kuasa yang tinggi .
Namakan jenis pencengkam di dalam gambar di atas.
Pencengkam dua jari ( Two finger gripper )
Pencengkam objek selinder ( Cylindrical object gripper )
Pencengkam tiga jari ( Three finger gripper )
Pencengkam objek mudah pecah/rosak (Fragile object gripper )
Berikan maksud penderia dalaman.
Penderia ini mengesan kehadiran sesuatu bahan samada melalui sentuhan ataupun tidak melalui sentuhan
Penderia yang terletak pada semua sendi robot dan ia
digunakan untuk mengawal kedudukan dan kelajuan ‘tool- center point’ robot tersebut.
Penderia yang mengesan kehadiran objek dan dapat
mengukur kedudukan antara objek dan penderia dengan tepat.
Penderia yang mengesan sesuatu objek yang menyentuhnya.
Berikut merupakan kebaikan penggunaan penderia KECUALI
Ia dapat mengurangkan kos pengeluaran.
Ia dapat mengelakkan berlakunya kemalangan dan kerosakan alatan
Memberikan kebolehulangan yang tinggi.
Memudahkan kerja-kerja penyenggaraan.
Bagaimanakah sistem pacuan pneumatik berfungsi?
Sistem yang melibatkan penggabungan beberapa komponen mekanikal yang berfungsi untuk menyelesaikan sesuatu tugas.
Sistem ini menggunakan motor elektrik sebagai sumber
kuasa, daya kilas ditingkatkan dengan pacuan gear.
Minyak yang bertekanan tinggi digunakan untuk menggerakkan robot melalui tindakan selindar bagi pergerakan linear
manakala pergerakan berputar pula menggunakan
‘rotary actuator’.
Kuasa pacuan ini dihasilkan oleh udara termampat yang diagihkan melalui paip atau tiub ke lokasi robot. Pergerakan linear dan membulat dihasilkan dengan menggunakan
silinder yang dipasang pada persendian pengolah.
Pengesan hujung terdiri daripada DUA jenis utama iaitu:
Switching
Perkakasan ( tools )
Pencengkam ( gripper )
Perisian komputer (software)
