Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Islam Tingkatan 2

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apabila tanwim bertemu dengan huruf hijaiyah akan lahirlah hukum berikut KECUALI

a)

izhar syafawi

b)

ikhfa' hakiki

c)

idgham maal ghunnah

d)

iqlab

2.

Cara bacaan bagi iqlab ialah

a)

Bunyi nun jelas dan nyata

b)

Menukarkan bunyi nun kepada mim serta dengung

c)

Menggabungkan bunyi nun dengan huruf selepasnya serta dengung

d)

Bunyi nun dibaca secara samar antara izhar dengan idgham serta dengung

3.

Pilih hukum bagi mim sakinah apabila bertemu dengan huruf hijaiyah

a)

idgham mislain dan izhar syafawi

b)

iqlab dan izhar halki

c)

ikhfa' syafawi dan idgham maal ghunnah

d)

izhar syafawi dan iqlab

4.

Sebab nuzul ayat ini merujuk kepada dua puak yang sering bergaduh semasa zaman jahiliyah dahulu. Siapakah puak tersebut.

a)

Aus dan Khazraj

b)

Mekah dan Madinah

c)

Muhajirin dan Ansar

d)

Arab dan ‘Ajam

5.

Sikap ini boleh mencetuskan pergaduhan dalam masyarakat.

a)

Bersangka baik

b)

Bertanya khabar

c)

Sombong

d)

Mengucapkan salam

6.

Yang manakah merujuk kepada hikmah persaudaraan.

a)

Masyarakat hidup kucar kacir

b)

Imej masyarakat tercemar

c)

Membentuk keluarga yang bahagia

d)

Negara menjadi mundur

7.

Pilih jawapan yang paling tepat.

a)

Saya bertaubat kerana saya takut dibenci oleh orang ramai

b)

Saya bertaubat kerana saya ingin membersihkan dosa yang dilakukan

c)

Saya bertaubat kerana disuruh oleh ibu ayah

d)

Saya bertaubat kerana saya ingin berhenti melakukan dosa

8.

Berikut adalah cara menguruskan kemarahan KECUALI..

a)

Membaca Ta’awuz

b)

Berwuduk

c)

Membaca surah An-Nas

d)

Duduk jika berdiri

9.

Hukum mencegah kemungkaran ialah .

a)

sunat

b)

harus

c)

makruh

d)

wajib

10.

"Memberi nasihat atau teguran yang baik agar tidak melakukan lagi perbuatan jahat itu"


Cara mencegah kemungkaran tersebut ialah mencegah dengan ......

a)

tangan

b)

lisan

c)

kaki

d)

hati

11.

X adalah cara mencegah kemungkaran yang diajar oleh Rasulullah SAW, namun mencegah dengannya adalah selemah-lemah iman kerana kemungkaran tetap berlaku.


Mencegah dengan X adalah ................................

a)

dengan lisan

b)

dengan tangan

c)

dengan hati

d)

dengan kaki

12.

Pilih padanan yang betul bagi nama-nama Allah di bawah

a)

Al Musawir - Yang Mencipta

b)

Al Qawiy- Yang Mencipta pelbagai rupa

c)

Al Qadir- Yang Menentukan

d)

Al Khaliq- Yang Kuat

13.

Antara yang berikut BUKAN bukti yang khusus bagi Allah bersifat Al Qadir.

a)

Allah berkuasa menukarkan siang dan malam

b)

Allah berkuasa mencipta langit dan bumi

c)

Allah menguasai seluruh alam meliputi matahari, bulan dan bintang

d)

Allah berkuasa mengazab sesiapa yang melakukan dosa dengan azab yang pedih.

14.

Pilih padanan yang BETUL di bawah.

a)

Mikail – Meniup sangkakala

b)

Nakir - Mencatat kebaikan

c)

Ridwan- Menjaga neraka

d)

Atid – Mencatat kejahatan

15.

Malaikat dicipta daripada

a)

api

b)

tanah

c)

cahaya

d)

air

16.

Berikut adalah tugas lain bagi malaikat KECUALI

a)

Menanggung Arasy

b)

Bertasbih kepada Allah

c)

Membisikkan kejahatan ke hati manusia

d)

Mendoakan kesejahteraan dan keampunan kepada orang Islam yang taat

17.

Pernyataan yang manakah BETUL berkaitan malaikat.

a)

Tidak berjantina dan tidak memiliki sayap

b)

Tidak makan dan tidak minum tetapi bernafsu

c)

Ada yang taat dan ada yang ingkar terhadap perintah Allah

d)

Menjalankan tanggungjawab tanpa balasan pahala

18.

Antara hikmah beriman kepada malaikat ialah

a)

Menjadikan seseorang sentiasa berwaspada dalam setiap amalannya

b)

Semakin takut untuk melakukan kebaikan

c)

Berlumba-lumba untuk melakukan larangan Allah

d)

Iman semakin menipis

19.

Syarat sah solat berjamaah ialah ..............

a)

Imam lelaki bagi semua jamaah.

b)

Makmum berada di belakang imam

c)

Imam boleh membaca Al Fatihah dengan sempurna

d)

Imam dilantik oleh pemerintah

20.

Hukum solat berjamaah bagi setiap individu muslim ialah...

a)

sunat

b)

sunat muakkad

c)

fardhu kifayah

d)

wajib

21.

Aminah tiba di masjid semasa imam sedang sujud. Aminah terus takbiratul ihram dan sujud. Aminah adalah makmum...............

a)

Makmum muafik

b)

imam

c)

Makmum Masbuk

d)

Ahli Jamaah

22.

"Islam, baligh, berakal, lelaki, merdeka, sihat tubuh badan"


Perkara di atas adalah merujuk kepada....................

a)

Syarat wajib solat jumaat

b)

Syarat sah solat jumaat

c)

Syarat sah khatib

d)

Syarat sah solat berjamaah

23.

Yang manakah antara berikut merujuk kepada Syarat Sah solat Jumaat


I. Didirikan di masjid

II. Bilangan jamaah sekurang-kurangnya 40 orang tidak termasuk imam

III. Hanya satu solat jumaat bagi satu tempat

IV. Di akhiri solat dengan dua khutbah.

a)

I dan III

b)

I dan II

c)

II dan IV

d)

I, II dan III

24.

Berikut adalah syarat khutbah jumaat KECUALI .............

a)

Di dirikan di masjid

b)

Rukun khutbah disampaikan dalam bahasa Arab

c)

Khatib hendaklah suci daripada hadas dan najis

d)

Rukun khutbah didengari oleh sekurangnya 40 ahli jamaah.

25.

Berikut adalah Rukun Khutbah jumaat KECUALI

a)

Memuji Allah sekurangnya Alhamdulillah

b)

Berselawat ke atas nabi

c)

Memberi nasihat supaya bertakwa kepada Allah

d)

Menguatkan suara agar khutbah didengari sekurangnya 40 orang

26.

Berikut adalah amalan sunat hari jumaat KECUALI

a)

Memotong kuku dan misai

b)

Memperbanyakkan bersalawat ke ata nabi Muhammad SAW

c)

Membaca surah Al Kahfi

d)

Meninggalkan solat-solat sunat

27.

Hukum khutbah jumaat adalah wajib kerana..

a)

Syarat wajib solat jumaat

b)

Syarat sah solat jumaat

c)

Hikmah solat jumaat

d)

Rukun khutbah jumaat

28.

Antara yang berikut, yang manakah BUKAN rukun tayammum

a)

Niat

b)

Menyapu debu ke dua tangan

c)

Menyapu debu ke muka

d)

Menyapu debu ke kedua kaki

29.

Berikut adalah sebab diharuskan tayammum KECUALI

a)

Tiada air

b)

Sejuk yang memudaratkan

c)

Mencari air apabila masuk waktu

d)

Sakit yang tidak boleh kena air

30.

Yang manakah SUNAT TAYAMMUM.

a)

Menyapu debu ke tangan

b)

Mencari air selepas masuk waktu solat

c)

Menipiskan debu

d)

Menyapu debu ke muka