wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Tahun 6 - Pasangan Kata Sendi Nama

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pengawal keselamatan yang menjaga bangunan itu berada di situ __________ pagi __________ tamat masa bertugasnya.

a)

dari ... ke

b)

sejak ... ke

c)

dari ... hingga

d)

dari ... kepada

2.

Zainal dipukul __________ lebam kerana dengan sengaja memecahkan pasu bunga yang baru dibeli __________ ibunya.

a)

sampai ... dari

b)

sampai ... oleh

c)

hingga ... dengan

d)

hingga ... daripada

3.

Majlis perkahwinan kakak akan diadakan __________ hari Rabu ini dan seluruh penduduk kampung telah dijemput __________ memeriahkan majlis itu.

a)

di … bagi

b)

di …demi

c)

pada … bagi

d)

pada … demi

4.

Resit pembayaran akan diberikan __________ murid apabila ibu bapa telah menjelaskan yuran __________ hari Isnin minggu depan.

a)

oleh ... pada

b)

oleh ... kepada

c)

kepada ... pada

d)

kepada ... kepada

5.

Adik suka mendengar cerita __________ kisah-kisah nabi yang diceritakan __________ ayah semasa menidurkannya.

a)

tentang ... oleh

b)

dari ... daripada

c)

daripada ... dari

d)

antara ... kepada

6.

Pak Ramli menganggap Sameon __________ anaknya sendiri dan menjaganya __________ anak emas.

a)

bagai ... sebagai

b)

seperti ... seperti

c)

umpama ... pada

d)

seperti ... sampai

7.

"Mereka berjuang __________ bangsa, negara, dan tanah air. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mengingati __________ perjuangan semua parajurit negara," kata ayah pada Suria.

a)

demi ... kepada

b)

demi ... tentang

c)

kepada ... kepada

d)

kepada ... tentang

8.

Kotak yang berisikan set pinggan mangkuk itu dibeli __________ abang __________ dihadiahkan kepada emak.

a)

oleh ... pada

b)

dari ... untuk

c)

oleh ... untuk

d)

daripada ... demi

9.

Badrul menempah sepasang baju Melayu Johor khas __________ datuknya supaya dapat dipakai __________ majlis kenduri nanti.

a)

untuk … di

b)

kepada … di

c)

untuk … pada

d)

kepada … pada

10.

Hari Guru Peringkat Kebangsaan tahun ini akan disambut __________ pertengahan bulan Mei __________ di Melaka.

a)

pada ... di

b)

pada ... pada

c)

kepada ... di

d)

kepada ... kepada

11.

Kedua-dua ukiran itu diperbuat __________ tembaga dan akan dijual __________ orang ramai yang berminat untuk memilikinya.

a)

dari ... kepada

b)

oleh ... kepada

c)

dengan ... kepada

d)

daripada ... kepada

12.

Salmiah sungguh terpesona __________ keindahan pantai Telok Chempedak semasa lawatan __________ sana baru-baru ini.

a)

oleh … ke

b)

akan … ke

c)

oleh … dari

d)

akan … dari

13.

Datuk selalu berceritakan __________ pengalaman masa mudanya __________ cucu-cucunya.

a)

oleh ... dengan

b)

akan ... kepada

c)

tentang ... pada

d)

tentang ... kepada

14.

"Kami sekeluarga akan pergi bercuti ke Jepun __________ cuti semester pertama dan pulang __________ akhir cuti nanti," kata emak kepada kawannya.

a)

dari ... pada

b)

pada ... pada

c)

daripada ... ke

d)

pada ... seperti

15.

Jamal selalu menerima poskad __________ London yang dikirimkan __________ abangnya yang sedang belajar di sana.

a)

dari ... dari

b)

dari ... oleh

c)

daripada ... dari

d)

daripada ... oleh

16.

Pak Kamil keluar __________ Balai Polis __________ perasaan marah.

a)

dari ... seperti

b)

dari ... dengan

c)

daripada ... seperti

d)

daripada ... dengan

17.

Para pelancong Eropah memang tertarik __________ keindahan reka bentuk bangunan __________ negara kita.

a)

akan ... di

b)

kepada ... di

c)

dengan ... di

d)

dengan ... pada

18.

Berita __________ kemalangan ngeri di lebuh raya yang menghubungkan Kuala Krai dengan Gua Musang telah memeranjatkan seluruh rakyat __________ negeri Kelantan.

a)

akan ... di

b)

tentang ... di

c)

akan ... pada

d)

tentang ... pada

19.

__________ kedua-dua beradik itu, Saad adalah yang paling disayangi oleh ayahnya, kerana dia mengingatkan ayahnya __________ zaman mudanya dahulu.

a)

Daripada … pada

b)

Antara … tentang

c)

Antara … daripada

d)

Daripada … tentang

20.

"Tolong berikan bungkusan ini __________ Tamby dan katakan kepadanya bahawa bungkusan ini ialah hadiah __________ adiknya," kata Fuad kepada Lijah.

a)

pada ... dari

b)

pada ... pada

c)

kepada ... dari

d)

kepada ... daripada