NEW
Font size
WorksheetsKata Ganti Nama Diri
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
"Murid itu selalu mengganggu..........,"kata Ethan dan rakan-rakannya kepada guru disiplin.
saya
kalian
kami
awak
Yu Heng dan Felix bersahabat baik. _____ tinggal sekampung.
dia
kita
kami
mereka
"Ibu, duit _____ hilang." kata Wen Rui kepada ibunya.
kita
kami
saya
mereka
Yong Seng murid Tahun 6. ________ berazam untuk mencapai 8A dalam UPSR.
Dia
kami
awak
saya
"Mari kita ikut _______ ke perpustakaan." kata Zhi Yu kepada Yu Heng.
mereka
awak
saya
kami
"Ampunkan _______ Tuanku," sembah Hang Tuah kepada Raja.
beta
patik
hamba
baginda
Yu Ming sedang bermain bola di padang. ____________ menyepak bola itu dengan kuat.
Patik
Beliau
Dia
Awak
"Sebagai jiran, __________ hendaklah tolong-menolong," kata penghulu kepada anak buahnya.
kita
kami
awak
kamu
"__________ mesti belajar bersungguh-sungguh jika mahu berjaya," kata Cikgu Aziz kepada kami.
Kamu
Anda
Awak
Kalian
"___________ bercadang akan ikut serta dalam lawatan itu," kata Mei Ling dan Siti kepada Cikgu Tan.
Kita
Saya
Kami
Mereka
" _____________hendak ke mana?" tanya Alexia kepada pemuda itu.
Dia
Awak
Baginda
Saya
Jie Xing seorang murid yang bijak. ____________ sering membantu rakan-rakannya dalam pelajaran.
Awak
Saya
Patik
Dia
____________akan mengikuti rombongn sekolah ke Perlis pada minggu hadapan.
Saya
Beta
Tuanku
Awak
Cikgu Phoebe seorang guru yang berdedikasi. ________________ menjadi contoh kepada guru yang lain.
Dia
Baginda
Kita
Beliau
________________ hendaklah mengamalkan sikap hormat-menghormati sesama jiran tetangga.
Saya
Awak
Kita
Mereka
"Ampun ___________, izinkan patik masuk mengadap," sembah laksamana kepada sultan.
beta
tuanku
patik
hamba
"_____________ akan laksanakan segala perintah tuanku," sembah Laksamana Hang Tuah.
Patik
Beta
Saya
Aku
