wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kerja, Tenaga dan Kuasa

Total questions: 15

Worksheet time: 1hrs 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah unit SI bagi kerja?

a)

meter per saat

b)

kilogram per meter

c)

Joule

d)

Pascal

2.

Rajah menunjukkan seorang lelaki menolak keretanya dengan dengan daya 500 N dan kereta tersebut tidak berganjak walau seinci pun. Berapakah kerja yang dilakukan oleh lelaki tersebut.

a)

0 Nm

b)

250 Nm

c)

500 Nm

d)

1000 Nm

3.

Rajah menunjukkan seorang pelajar membuka pelajar membuka pintu. Sudut putaran yang dikenakan ialah 1.571 rad. Kirakan jumlah kerja yang dilakukan jika tork adalah 13 Nm.

a)

0.121 J

b)

8.275 J

c)

20.423 J

d)

40.846 J

4.

Tenaga keupayaan kenyal dapat ditakrifkan sebagai

a)

Tenaga yang diperolehi oleh objek kenyal apabila diregangkan atau dimampatkan

b)

Tenaga yang tersimpan di dalam sesuatu objek akibat daripada kedudukannya

c)

Tenaga yang dipunyai oleh suatu jasad disebabkan oleh gerakannya

d)

Tenaga yang dipunyai oleh suatu jasad disebabkan oleh gerakannya dalam bentuk putaran.

5.

Gelang getah yang dibelit mengelilingi aci kereta mainan diregang sepanjang 2 cm apabila roda ditarik ke belakang. Berapakah jumlah tenaga keupayaan kenyal yang tersimpan di dalam gelang getah yang mempunyai pemalar spring sebanyak 10 Nm-1?

a)

0.01 J

b)

0.002 J

c)

10 J

d)

20 J

6.

Sebuah kapal terbang berjisim 200 kg terbang dengan kelajuan 200 ms-1. Hitungkan tenaga kinetik kapal terbang tersebut.

a)

20 000 J

b)

40 000 J

c)

4 000 000 J

7.

Diberikan kuantiti fizik,

Daya = 300 N dan Sesaran = 50 N

Apakah kuantiti terbitan yang menggunakan kuantiti fizik tersebut?

a)

Momentum

b)

Kerja

c)

Tenaga Kinetik

d)

Kuasa

8.

Rajah menunjukkan sebuah roda sedang berputar dengan kuasa 4500 W pada halaju 60 rads-1. Hitungkan momen inertia jika roda berputar dalam masa 1 jam.

a)

200 kgm2

b)

150 kgm2

c)

4 500 kgm2

d)

9 000 kgm2

9.

Antara berikut, yang manakah faktor-faktor yang mempengaruhi kuasa bagi gerakan helikopter?

a)

Graviti, Halaju, Masa

b)

Jisim, Jarak, Momen Inersia

c)

Jisim, Halaju, Masa

d)

Jisim, Graviti, Masa

10.

Ramalkan kesan kepada kerja sekiranya terdapat peningkatan daya menolak troli di pasar raya.

a)

Kerja akan semakin berkurang

b)

Kerja yangterhasil tidak berubah

c)

Kerja yang terhasil semakin meningkat

d)

Tiada kerja yang dilakukan

11.

Seorang petani sedang menaikkan sebaldi air berjisim 6.8 kg dari dasar sebuah perigi sedalam 500 cm dalam masa 20 saat. Tentukan kuasa petani tersebut jika daya graviti adalah 10 ms-2.

a)

17 W

b)

34 000 J

c)

340 J

d)

1 700 W

12.

Satu roda berputar mempunyai momen inersia 4.6 kgm2. Berapakah tenaga kinetik putaran roda jika roda berputar pada halaju sudut 30 rads-1?

a)

317.4 J

b)

69 J

c)

138 J

d)

2070 J

13.

Manakah pernyataan yang berikut benar tentang kuasa?

a)

Unit bagi kuasa adalah Joule

b)

Kuasa dalam sistem linear adalah bersamaan dengan kerja yang dilakukan terhadap masa

c)

Peralatan elektrik berkuasa tinggi menggunakan kurang tenaga elektrik

d)

Kuasa yang dibekalkan pada setiap peralatan elektrik adalah sama

14.

Sebuah lif menjalankan kerja sebanyak 24000 J dalam masa 20 s. Kira kuasa lif tersebut.

a)

2400 W

b)

1200 W

c)

48000 W

d)

1800 W

15.

Sebiji bola berjisim 500 g bergolek di atas satu permukaan. Jika tenaga kinetik yang terhasil adalah 200 J, hitungkan halaju bola tersebut.

a)

0.89 ms-1

b)

2.50 ms-1

c)

28.28 ms-1

d)

800.00 ms-1