Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Interaksi antara hidupan

Total questions: 35

Worksheet time: 35mins

Name
Class
Date
1.

Interaksi ialah ......

a)

hubungan pasif antara hidupan yang saling bergantung antara satu sama lain

b)

hubungan aktif antara hidupan yang saling bergantung antara satu sama lain

c)

hubungan antara dua pihak yang saling memberi manfaat

2.

Interaksi intraspesies ialah...............

a)

interaksi yang berlaku antara spesies yang sama

b)

interaksi yang berlaku antara spesies yang berlainan

c)

Hubungan aktif antara kedua-dua pihak

3.

Haiwan manakah yang hidup secara berkumpulan?

a)
b)
c)
4.

Pilih haiwan yang hidup bersendirian.

a)

Harimau

b)

Singa

c)

Dubuk

5.

Haiwan manakah bekerjasama untuk mencari makanan?

a)

Burung belatuk

b)

Semut

c)

Tapir

6.

Rusa dan zirafah bersaing untuk mendapatkan __________ yang terhad.

a)

air

b)

udara

c)

pasangan

7.

Antara berikut, yang manakah bukan kelebihan haiwan hidup berkumpulan?

a)

Dapat berkerjasama mencari makanan

b)

Dapat bekerjasama membina sarang

c)

Dapat bekerjasama mendapatkan pasangan

8.

Kelebihan haiwan hidup bersendirian ialah .....

a)

sukar mempertahankan diri

b)

mengelakkan persaingan mendapatkan makanan

c)

kesukaran mencari pasangan

9.

Antara yang berikut, yang manakah menerangkan tentang persaingan INTRASPESIES dengan betul?

a)

Anak-anak ayam berebut cacing

b)

Serigala dan harimau mengejar rusa

c)

Anai-anai membina sarang

d)

Semut mengangkat makanan bersama-sama ke sarang

10.

Haiwan manakah yang hidup secara berkumpulan?

a)

W dan X

b)

X dan Y

c)

W dan Z

d)

Y dan Z

11.

Apakah interaksi antara ikan jerung dan ikan remora?

a)

Mutualisme

b)

Komensalisme

c)

Parasitisme

d)

Intraspesies

12.

Apakah faktor persaingan tumbuhan?

a)

Makanan

b)

Ruang

c)

Air

d)

Cahaya matahari

e)

Nutrien

13.

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan interaksi sama seperti tumbuhan di atas?

a)

Cendawan tumbuh pada pokok getah

b)

Paku langsuyar di atas pokok mangga

c)

Rafflesia dan pokok meranti

d)

Pokok dedalu di atas pokok rambutan

14.

Antara yang berikut, yang manakah bukan faktor persaingan interspesies?

a)

Air

b)

Makanan

c)

Pasangan

d)

Kawasan

15.

Pernyataan yang manakah benar menerangkan tentang gambar di atas?

a)

Persaingan interspesies

b)

Persaingan untuk mendapatkan makanan

c)

Persaingan untuk mendapatkan pasangan

d)

Persaingan untuk mendapatkan ruang

16.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'Mutualisme'?

a)

Interaksi yang membawa manfaat kepada kedua-dua haiwan

b)

Interaksi yang tidak memberi manfaat kepada mana-mana spesies

c)

Interaksi yang membawa manfaat kepada satu spesies tetapi tidak pada yang lain

d)

Interaksi yang memberi manfaat kepada satu spesies sahaja dan merugikan satu spesies yang lain

17.

Pernyataan yang manakah betul tentang interaksi itu?

a)

Persaingan hebat sedang berlaku antara kerbau dan burung gembala

b)

Kerbau tidak mendapat faedah daripada interaksi ini

c)

Haiwan lemah akan kalah dalam persaingan

d)

Kedua-dua pihak mendapat manfaat

18.

Apakah yang menyebabkan wujudnya persaingan antara hidupan dalam sesuatu habitat?

a)

Sumber makanan di kawasan tersebut di kongsi bersama

b)

Terdapat pelbagai spesies di habitat tersebut

c)

Sumber keperluan adalah terhad

d)

Terlalu banyak haiwan herbivor

19.

Apakah kepentingan haiwan tinggal berkumpulan?


P-Mudah untuk mendapatkan makanan

Q-Dapat melindungi diri daripada musuh

R-Dapat bersaing untuk mendapatkan makanan

S-Dapat bersaing untuk mendapatkan ruang

a)

P dan Q

b)

P dan R

c)

Q dan S

d)

R dan S

20.

Antara yang berikut, yang manakah dapat mengurangkan persaingan antara anak benih itu?

P- Menambah baja setiap hari

Q- Menjirus lebih banyak air

R- Memindahkan anak benih cili ke tempat yang lebih luas

S- Membuang beberapa pohon anak benih cili

a)

P dan Q

b)

P dan S

c)

Q dan R

d)

R dan S

21.

Antara yang berikut manakah menunjukkan interaksi komensalisme antara haiwan?

a)
b)
c)
22.

Rajah menunjukkan satu situasi antara dua spesies hidupan.

Berdasarkan maklumat, apakah bentuk interaksi simbiosis yang ditunjukkan?

a)

Interspesis

b)

Komensalisme

c)

Mutualisme

d)

Parasitisme

23.

Rajah menunjukkan dua ekor rusa jantan bersaing untuk mendapatkan rusa betina.

Apakah bentuk persaingan tersebut?

a)

Interspesis

b)

Intraspesis

c)

Komensalisme

d)

Mutualisme

24.

Antara berikut, manakah contoh kerjasama antara haiwan?

a)

Babun dan antelop

b)

Singa dan harimau

c)

Ular dan tikus

d)

Musang dan anjing

25.

Berikut merupakan faktor persaingan kecuali......

a)

tumbuhan bersaing untuk mendapatkan ruang

b)

tumbuhan bersaing untuk mendapatkan udara

c)

tumbuhan bersaing untuk mendapatkan nutrien

d)

tumbuhan bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari

26.

Antara berikut, haiwan manakah yang hidup secara berkumpulan?

a)
b)
c)
27.

Apakah yang dimaksudkan dengan komensalisme?

a)

Satu haiwan mendapat manfaat, satu lagi haiwan mendapat kerugian

b)

Kedua-dua haiwan mendapat kerugian

c)

Satu haiwan mendapat manfaat, satu lagi haiwan tidak mendapat manfaat dan kerugian

d)

Kedua-dua haiwan mendapat manfaat

28.

Apakah simbiosis yang ditunjukkan oleh haiwan di dalam gambar di atas?

a)

Komensalisme

b)

Mutualisme

c)

Parasitisme

29.

Parasitisme pada tumbuhan bermaksud..

a)

Pokok yang menumpang mendapat faedah dan pokok yang ditumpang tidak mati

b)

Kedua-dua pokok akan mati

c)

Pokok yang menumpang akan memberi faedah kepada pokok yang ditumpang

d)

Pokok yang menumpang mendapat faedah tetapi lama kelamaan pokok yang ditumpang akan mati.

30.

Interaksi intraspesies dan interspesies boleh berlaku dalam bentuk ......

a)

persaingan sahaja.

b)

kerjasama sahaja.

c)

kerjasama atau persaingan.

31.

Haiwan ini hidup berkumpulan

a)
b)
32.

Pokok Orkid hutan menumpang di atas pokok lain untuk mendapatkan cahaya matahari.

Namakan jenis interaksi ini.

a)

Konstruktisme

b)

Parasitisme

c)

Mutualisme

d)

Komensalisme

33.

Dua ekor rusa jantan bertarung untuk menunjukkan kekuatannya bagi menarik perhatian rusa betina.

Apakah faktor yang menyebabkan persaingan tersebut?

a)

Air

b)

Pasangan

c)

Makanan

d)

Ruang / wilayah

34.

Rajah menunjukkan sejenis interaksi antara paku langsuyar dan pokok mangga.

Apakah jenis interaksi yang ditunjukkan ?

a)

Mangsa-pemangsa

b)

Mutualisme

c)

Parasitisme

d)

Komensalisme

35.

Rajah menunjukkan pokok-pokok di hutan hujan tropika.

Mengapakah ketinggian pokok-pokok tersebut berbeza?

a)

Pokok-pokok tersebut bersaing untuk mendapatkan air.

b)

Pokok-pokok tersebut bersaing untuk mendapatkan ruang.

c)

Pokok-pokok tersebut bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari.

d)

Pokok-pokok tersebut bersaing mendapatkan nutrien