wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Protokol dan Pengacaraan Majlis

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud protokol?

a)

kebiasaan, resam, lembaga, peraturan, hukum, norma yang dijunjung oleh kelompok masyarakat

b)

etika diplomasi dan hal ehwal negeri dan panduan yang menentukan bagaimana sesuatu aktiviti patut dilakukan

c)

penafsiran tentang peristiwa, masyarakat dan tamadun

d)

satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat

2.

Padanan jenis majlis yang TIDAK BENAR ialah:

a)

Majlis rasmi dan formal

b)

Majlis rasmi dan tidak formal

c)

Majlis tidak rasmi tetapi formal

d)

Majlis tidak rasmi dan separa formal

3.

Apakah maksud majlis rasmi?

a)

Majlis/aktiviti yang sumber peruntukannya dari Kerajaan seperti program turun padang, lawatan dan majlis perasmian dan terdapat sedikit kelonggaran dari segi protokol.

b)

Majlis/aktiviti yang sumber peruntukannya bukan dari Kerajaan seperti individu atau pertubuhan/kelab

c)

Majlis/aktiviti seperti kejohanan sukan dan riadah di mana sebahagian sumber peruntukan dari Kerajaan dan sebahagiannya daripada sumbangan oleh wang kelab sukan atau pertubuhan

d)

Sesebuah majlis yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang mendapat kelulusan peruntukan Kerajaan.

4.

Apakah maksud majlis tidak rasmi?

a)

Merupakan majlis yang dianjurkan oleh Agensi-agensi Kerajaan /swasta yang tidak melibatkan peruntukan Kerajaan serta aspek protokol sepenuhnya.

b)

Majlis/aktiviti seperti kejohanan sukan dan riadah di mana sebahagian sumber peruntukan dari Kerajaan dan sebahagiannya daripada sumbangan oleh wang kelab sukan atau pertubuhan.

c)

Sesebuah majlis yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang mendapat kelulusan peruntukan Kerajaan

d)

Majlis/aktiviti yang sumber peruntukannya bukan dari Kerajaan seperti individu atau pertubuhan/kelab.

5.

Terdapat 4 elemen penting dalam pengurusan majlis. Antara berikut, yang manakah BENAR.

a)

Pengacaraan majlis, susunan tempat duduk

b)

Jenis dan bilangan tetamu

c)

Warna dan fesyen pakaian

d)

Jenis makanan dan minuman

6.

Mengapakah penyediaan kertas kerja penting?

a)

menentukan fitrah kejadian manusia

b)

memberi kebenaran kepada seseorang individu untuk mengendalikan sesebuah majlis

c)

mendapatkan keuntungan yang berlipat-ganda

d)

menentukan hala tuju sesuatu majlis/acara yang akan diadakan

7.

Dalam penyediaan kertas kerja, perkara dalam bahagian Maklumat Majlis penting kerana terdapat

a)

nama jemputan

b)

kod etika pakaian

c)

tarikh, masa dan tempat

d)

anggaran kewangan

8.

Bilakah susunan bendera keutamaan ini mula diamalkan?

a)

14 April 1945

b)

31 Ogos 1957

c)

12 September 2017

d)

16 September 1963

9.

Nyatakan bendera yang mewakili Yang Dipertuan Agong.

a)

bendera Malaysia

b)

bendera negeri kelahiran sendiri

c)

bendera berwarna jingga

d)

bendera berwarna putih

10.

Susunan bendera di Malaysia sangat unik. Pada pendapat anda, bagaimanakah bendera ini disusun?

a)

mengikut budi bicara YANG DIPERTUAN AGONG

b)

mengikut senioriti tarikh lantikan bagi Raja/Sultan bagi 9 negeri.

c)

mengikut susunan abjad negeri di Malaysia

d)

mengikut sistem giliran pada setiap tahun