wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Kerja

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

1. Ali dan Kamal sedang ..................... bola di padang.

a)

bersukan

b)

melukis

c)

bermain

d)

menumbuk

2.

Khairul dan abangnya rajin ________ dinding yang telah pudar warnanya.

a)

memberus

b)

mengelap

c)

mengecat

d)

menggosok

3.

Ai Lian menolong ibunya _________________ di atas ampaian.

a)

melipat baju

b)

membasuh baju

c)

menjemur pakaian

d)

menjahit pakaian

4.

Kamaliah sedang _______________kain untuk dijadikan pakaian semasa perayaan Hari Raya.

a)

menggosok

b)

menggunting

c)

menjemur

d)

membasuh

5.

Bapa ________________ radio yang telah rosak.

a)

menonton

b)

menjahit

c)

membasuh

d)

membaiki

6.

Kami sekeluarga bekerjasama _____________________ pada setiap hujung minggu.

a)

membersihkan rumah

b)

mencuci longkang

c)

membasuh baju

d)

menonton televisyen

7.

Tukang masak sedang ___________ bawang dengan sebatang pisau yang tajam.

a)

menghiris

b)

menoreh

c)

mencincang

d)

menetak

8.

Puan Rosnah ________________ air panas di dapur.

a)

menanak

b)

membakar

c)

menatang

d)

menjerang

9.

Mak Cik Hasnah sedang___________cili di dapur untuk dijadikan sambal.

a)

mengetuk

b)

menumbuk

c)

memalu

d)

memukul

10.

Gadis itu _____________meja tulis setiap hari supaya tidak berhabuk.

a)

menjahit

b)

memotong

c)

mengelap

d)

menulis

11.

Tukang kebun ____________ bunga agar tumbuh segar dan subur.

a)

menanam

b)

memetik

c)

menyiram

d)

mencangkul

12.

Emak sibuk _____ baju di ruang tamu.

a)

mencuci

b)

melipat

c)

membasuh

d)

mengelap

13.

Mika_____secawan kopi untuk neneknya.

a)

memasak

b)

menjerang

c)

mengacau

d)

membancuh

14.

Wei Hong dan kawannya _________________ basikal mengelilingi taman permainan.

a)

menolak

b)

menuntun

c)

memandu

d)

menunggang

15.

Dia _____________ sampah yang bertaburan di atas lantai lalu memasukkannya ke dalam beg plastik.

a)

membuang

b)

menyapu

c)

mengutip

d)

mengambil