Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains Kuiz Bab 1 dan 2 (Ting.4)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Antara peralatan perlindungan diri berikut, yang manakah berfungsi melindungi mata daripada terkena bahan kimia?

a)

Gogal

b)

Baju makmal

c)

Topeng muka

d)

Kaca mata hitam

2.

Umairah ditugaskan untuk mencampurkan asid pekat dan air semasa menjalankan satu eksperimen di dalam makmal. Di manakah tempat sesuai digunakan oleh Umairah untuk menjalankan tugas tersebut?

a)

Di dalam sinki

b)

Di dalam kebuk wasap

c)

Di atas meja makmal

d)

Di dalam kabinet aliran laminar

3.

Semasa menjalankan eksperimen kesan bendasing terhadap takat didih air, mata Zarif terkena percikan larutan air garam. Sebagai ahli kumpulan Zarif, apakah tindakan yang perlu anda dilakukan?

P : Meniup mata Zarif

Q : Memaklumkan guru

R : Membilas mata menggunakan air

S : Mengelap mata Zarif menggunakan tuala

a)

P dan Q

b)

Q dan R

c)

Q dan S

d)

R dan S

4.

Antara bahan berikut, yang manakah boleh dibuang ke dalam sinki?

a)

Air garam

b)

Minyak masak

c)

Asid hidroklorik pekat

d)

Sabun yang mempunyai pH 12

5.

Pelupusan bahan sisa X dilakukan dengan :

  1. Dibalut dengan bahan penyerap
  2. Dibungkus dengan rapi di dalam beg plastik biobahaya dan disejuk beku

Apakah bahan sisa X?

a)

Kaca

b)

Jarum

c)

Darah

d)

Bangkai tikus yang diguna dalam ekperimen

6.

Nayli telah menjalankan eksperimen menggunakan darah ayam. Apakah yang perlu dilakukan oleh Nayli untuk melupuskan sisa selepas dia habis menjalankan eksperimen?

a)

Dimasukkan ke dalam bekas khas.

b)

Dibungkus dan dimasukkan ke dalam beg plastik biobahaya.

c)

Dinyahkontaminasi secara autoklaf dan dilupuskan terus ke dalam sinki makmal.

d)

Dibungkus dengan rapi di dalam beg plastik biobahaya dan dibuang ke dalam tong sampah biasa.

7.

Susun langkah menguruskan tumpahan bahan kimia di bawah dengan betul.

W : Sekat tumpahan minyak daripada merebak

menggunakan pasir untuk membentuk sempadan.

X : Kaut tumpahan bahan kimia.

Y : Segera memberitahu guru.

Z : Buang dengan selamat.

a)

W → X → Y → Z

b)

Z → W → X → Z

c)

Y → W → X → Z

d)

X → W → Y → Z

8.

Mengapakah merkuri berbahaya kepada manusia?

a)

Merkuri boleh menyerang sistem saraf, saluran pencernaan, sistem pembiakan dan ginjal.

b)

Merkuri boleh menyebabkan saluran pernafasan tersumbat.

c)

Merkuri boleh menyebabkan strok.

d)

Merkuri boleh menyebabkan sawan.

9.

Apakah maksud Resusitasi Kardiopulmonari?

a)

Bantuan kecemasan

b)

Hembusan nafas ke dalam mulut mangsa

c)

Teknik tekanan di bahagian dada terhadap mangsa

d)

Bantuan kecemasan yang melibatkan gabungan teknik tekanan di bahagian dada dan hembusan ke dalam mulut mangsa

10.

Antara berikut, yang manakah merupakan tujuan melakukan CPR?

a)

Memulihkan sistem pencernaan mangsa.

b)

Mengelakkan mangsa tercekik.

c)

Mengembalikan degupan jantung dan pernafasan.

d)

Membantu mangsa bercakap semula dengan lancar.

11.

Siapakah individu yang sepatutnya memberikan bantuan CPR?

a)

Doktor sahaja

b)

Paramedik sahaja

c)

Guru dan kakitangan sekolah sahaja

d)

Semua individu yang tahu akan teknik yang betul memberikan bantuan CPR.

12.

Anda ternampak seorang lelaki rebah secara tiba-tiba lalu pengsan di pondok bas. Apakah langkah pertama yang perlu anda ambil apabila berhadapan dengan situasi itu?

a)

Telefon talian 999.

b)

Terus berikan bantuan pernafasan mulut ke mulut.

c)

Kejutkan mangsa dengan menepuk bahunya dan memanggilnya.

d)

Menjerit meminta tolong dengan orang yang ada di sekitar kawasan berkenaan.

13.

CPR perlu dilakukan untuk mencegah kerosakan otak mangsa sementara menunggu bantuan perubatan tiba. Apakah faktor yang boleh menyebabkan kerosakan pada otak itu berlaku?

a)

Tiada pengudaraan di otak.

b)

Luka di bahagian kulit kepala menghalang kemasukan udara.

c)

Oksigen tidak sampai ke otak bagi suatu tempoh masa tertentu.

d)

Karbon dioksida tidak dapat dikeluarkan dari otak untuk suatu tempoh tertentu.

14.

Apakah dua teknik yang penting semasa melakukan CPR?

a)

Menekan dada dan memberikan bantuan pernafasan.

b)

Menekan dada dan mengepam darah.

c)

Membuang objek tersumbat dan menekan dada.

d)

Memberikan bantuan pernafasan dan mengepam darah.

15.

Apakah maksud Heimlich Manoeuvre?

a)

Bantuan kecemasan kepada mangsa kemalangan jalan raya.

b)

Teknik tekanan di bahagian dada kepada seseorang mangsa.

c)

Bantuan kecemasan yang diberikan kepada mangsa yang tercekik.

d)

Bantuan kecemasan yang melibatkan teknik tekanan di dada dan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut mangsa.