Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pangkalan Data 2

Total questions: 25

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

________ adalah perisian atau program yang boleh menguruskan koleksi data berstruktur yang disusun untuk membolehkan pengguna menambah, mencari, menyusun, meringkaskan dan mencetak data.

a)

Sistem Maklumat Eksekutif

b)

Sistem Sokongan Pengurusan

c)

Sistem Maklumat Pengurusan

d)

Sistem Pengurusan Pangkalan Data

2.

Hubungan yang melibatkan dua entiti dinamakan sebagai ___________.

a)

binari

b)

unari

c)

ternari

d)

kuarternari

3.

Berikut adalah jenis-jenis atribut, kecuali

a)

atribut mudah.

b)

atribut tunggal.

c)

atribut komposit.

d)

atribut sekunder.

4.

_________ merupakan kunci yang menentukan keunikan setiap entiti. Fungsinya adalah untuk menentukan semua sifat-sifat bagi entiti.

a)

Super key

b)

Primary key

c)

Foreign key

d)

Combined key

5.

Yang manakah takrifan berikut adalah TIDAK tepat?

a)

Bilangan rangkap atau rekod di dalam sesuatu jadual dinamakan kardinaliti.

b)

Atribut tunggal boleh dipecahkan kepada unit-unit atau komponen-komponen kecil.

c)

Kunci utama adalah atribut yang dipilih untuk mengenalpasti rangkap dengan unik dalam sesuatu hubungan.

d)

Entiti ialah sesuatu objek yang menjadi sumber data dan wujud dalam suatu persekitaran.

6.

Bahasa Takrifan Data (Data Definition Language - DDL) ialah komponen di dalam SQL yang membenarkan kita mentakrif set hubungan dan juga mentakrifkan maklumat mengenai setiap hubungan.

Maklumat berikut diperlukan untuk membuat takrifan, KECUALI

a)

skema hubungan

b)

struktur jadual

c)

bilangan rekod yang dikehendaki

d)

jenis data dan domain bagi setiap atribut / lajur.

7.

SQL merupakan bahasa yang digunakan dalam proses meminta data dari pangkalan data dan menerima semula hasilnya.

SQL adalah akronim bagi __________.

a)

Strong Question Language

b)

Strong Query Language

c)

Structured Query Language

d)

Structured Question Language

8.

Arahan __________digunakan untuk menyisip data baru kepada jadual dalam pangkalan data.

a)

SELECT

b)

MODIFY

c)

DELETE

d)

INSERT INTO

9.

"Arahan ini akan menghapuskan keseluruhan jadual." Pernyataan di atas merujuk kepada arahan __________.

a)

DROP TABLE

b)

CREATE TABLE

c)

ALTER TABLE

d)

DESCRIBE TABLE

10.

"Ini merupakan kaedah formal yang mengenalpasti hubungan berdasarkan kunci utama (primary key) dan sandaran fungsian antara atribut".

Pernyataan di atas menerangkan tentang ______.

a)

penormalan

b)

permodelan E-R

c)

kekangan integriti

d)

pengecaman anomali

11.

"Satu hubungan atau jadual yang mengandungi satu atau lebih kumpulan berulang".

Pernyataan di atas menerangkan tentang _____.

a)

Bentuk tidak normal (UNF)

b)

Bentuk penormalan pertama (1NF)

c)

Bentuk penormalan kedua (2NF)

d)

Bentuk penormalan ketiga (3NF)

12.

Nyatakan jenis kekardinalan bagi pernyataan "Seorang pelumba kereta hanya boleh mempunyai sebuah kereta lumba sahaja".

a)

1 : 0

b)

1 : 1

c)

1 : M

d)

M : N

13.

Rajah menunjukkan Gambarajah Perhubungan Entiti (Entity Relational Diagram - ERD).

Yang manakah berikut merupakan entiti dan kunci primer (primary key) yang tepat?

a)

Guru & NoKP

b)

Guru & Nama

c)

NoKP & KodSub

d)

Subjek & NamaSub

14.

Berikut adalah jenis data numerik KECUALI

a)

INT

b)

CHAR

c)

FLOAT

d)

DECIMAL

15.

Yang manakah atribut berikut boleh dikategorikan sebagai "Atribut Nilai Komposit"?

a)

Jawatan

b)

KodPekerja

c)

AlamatKerja

d)

KelayakanAkademik

16.

Pernyataan berikut adalah kegunaan CREATE TABLE, kecuali

a)

membina jadual

b)

menakrifkan jadual

c)

membina pangkalan data

d)

menakrifkan lajur / column

17.

Arahan _________ akan mengisih data mengikut susunan menaik.

a)

SELECT

b)

GROUP BY

c)

ORDER BY ASC

d)

ORDER BY DESC

18.

Yang manakah pernyataan berikut adalah untuk memaparkan medan-medan yang telah ditakrifkan dalam jadual "pelajar"?

a)

SHOW pelajar;

b)

DESCRIBE pelajar;

c)

DROP TABLE pelajar;

d)

ALTER TABLE pelajar ADD TarikhLahir DATE;

19.

Yang manakah pernyataan SQL berikut akan memaparkan semua maklumat dalam jadual "Pekerja"?

a)

SELECT Pekerja;

b)

SELECT * Pekerja;

c)

SELECT * FROM Pekerja;

d)

SELECT pekerja FROM Pekerja;

20.

Yang manakah pernyataan SQL berikut dapat memaparkan semua maklumat pelanggan yang namanya bermula dengan huruf "M"?

a)

SELECT * FROM pelanggan WHERE nama = '%M';

b)

SELECT * FROM pelanggan WHERE nama = 'M';

c)

SELECT * FROM pelanggan WHERE nama LIKE 'M%';

d)

SELECT * FROM pelanggan WHERE nama LIKE '%M%';

21.

Yang manakah berikut BUKAN fungsi agregat (Aggregate Functions) SQL?

a)

SUM - mengembalikan jumlah nilai di dalam lajur.

b)

MAX - mengembalikan nilai terbesar dalam lajur.

c)

COUNT - mengemablikan bilangan nilai di dalam lajur.

d)

ROUND - membundarkan lajur nombor kepada nombor desimal yang spesifik.

22.

Yang manakah arahan SQL berikut paling tepat untuk menghasilkan jadual "SUBJEK"?

a)

CREATE TABLE SUBJEK (KodSubjek CHAR(3) NOT NULL, Subjek CHAR(10), Aliran CHAR(20) NOT NULL);

b)

CREATE TABLE SUBJEK (KodSubjek CHAR(3) NOT NULL, Subjek VARCHAR(20), Aliran VARCHAR(20));

c)

CREATE TABLE SUBJEK (KodSubjek CHAR, Subjek VARCHAR, Aliran VARCHAR);

d)

CREATE TABLE SUBJEK (KodSubjek CHAR(3) NOT NULL PRIMARY KEY, Subjek VARCHAR(20), Aliran VARCHAR(20));

23.

Jadual di bawah merujuk kepada jadual "Barang" dalam sebuah pangkalan data. Pilih arahan SQL yang tepat untuk memaparkan nama barang dan kuantitinya yang terdapat dalam stok. Harga barang tersebut hendaklah melebihi 100.

a)

SELECT NamaBarang, Kuantiti FROM Barang;

b)

SELECT * FROM Barang WHERE Harga >= 100;

c)

SELECT NamaBarang, Kuantiti FROM Barang WHERE Harga = 100;

d)

SELECT NamaBarang, Kuantiti FROM Barang WHERE Harga > 100;

24.

Rajah menunjukkan jadual "Jurujual" dan arahan SQL. Apakah outputnya setelah arahan SQL berikut dilaksanakan?

SELECT Nama, Gaji FROM Jurujual

WHERE Umur > 30 AND Gaji BETWEEN 50000 AND 150000;

a)
b)
c)
25.

Rajah menunjukkan senarai pangkalan data yang terdapat pada komputer.

Apakah arahan SQL untuk menggunakan pangkalan data / database "penjualan"?

a)

SELECT penjualan;

b)

RENAME penjualan;

c)

USE penjualan;

d)

DROP penjualan;