WorksheetsSinopsis Novel Chot
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Kenyataan di bawah mungkin betul dan mungkin salah.
Som dan Alias masuk ke dalam barisan darjah lima di perhimpunan. Tambahan pula, Cikgu Sunan sedang memerhatikan barisan kelasnya pada masa itu.
Betul
Salah
Alias mencari Chot di merata-rata tempat termasuk di sekitar kebun Pak Harun, kebun Mak Miah, ke hujung kampung, pinggir sungai dan di tepi sawah tetapi masih tidak menemuinya.
Betul
Salah
Alias berterus terang sebab dia hadir lewat ke sekolah kepada Cikgu Sunan dengan mengatakan beruknya telah hilang dan dia berusaha mencari beruknya itu di sekeliling kampung. Jawapan Alias itu membuatkan Cikgu Sunan marah.
Betul
Salah
Pandangan Alias menjadi berpinar-pinar hingga terdorong ke belakang dan jatuh terlentang. Telinga kirinya terkena bucu meja murid.
Betul
Salah
Alias berasa sangat gembira apabila Som memberitahunya bahawa dia terlihat Chot sedang mengintai-intai dicelah-celah ranting dan daun pokok cenerai.
Betul
Salah
Kehadiran Mak Su Kiah datang membawa sepinggan nasi dan semangkuk gulai telah mematikan hasrat Alias untuk memasak. Mak Su Kiah ialah jiran sebelah rumah Alias yang telah kematian anak.
Betul
Salah
Denyutan di telinga Alias semakin kuat dan Alias berasa seperti ada benda yang hendak meleleh keluar dari telinganya. Alias kemudian tertidur di sebelah ibunya sambil menahan kesakitan.
Betul
Salah
Alias sememangnya tidak mahu ponteng sekolah dan dia mahu belajar bersungguh-sungguh. Cikgu Sunan pernah memujinya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Betul
Salah
Sedang Alias berehat setelah penat memetik kelapa, tiba-tiba muncul Budin, Kamal dan Talib. Mereka mengambil kelapa milik Pak Din untuk dijual.
Betul
Salah
Alias pergi ke rumah Pak Din untuk meminta Pak Din membelikan ubat batuk untuknya dan memberitahu jumlah buah kelapa yang telah dipetik.
Betul
Salah
Sudah dua minggu Alias tidak hadir ke sekolah sejak telinganya bengkak dan bernanah. Namun demikian, dia akan pergi ke rumah Som untuk menyalin nota
dan kerja rumah.
Betul
Salah
Cikgu Sunan menasihati murid-murid di dalam kelasnya supaya bersikap seperti Alias yang sering bersama-sama beruknya.
Betul
Salah
Guru besar sedia maklum perihal Alias sebagai seorang murid yang miskin dan mempunyai seekor beruk.
Betul
Salah
Miah dan Budin datang ke rumah Alias dengan membawa setandan pisang emas yang sudah rosak dan menuduh Chot telah merosakkan pisang di kebunnya itu.
Betul
Salah
Cikgu Sunan mengambil keputusan untuk ke rumah Alias. Cikgu Sunan ingin melihat telinga Alias. Chot berang lalu menerkam dan menggigit peha Cikgu Sunan.
Betul
Salah
