WorksheetsKata Adjektif
Total questions: 20
Worksheet time: 4mins
Hasniah memakai cermin mata kerana penglihatannya yang kurang ____________.
betul
jelas
senang
tepat
Pada minggu lepas, angin bertiup agak _________ sehingga menyebabkan beberapa pokok tumbang.
pantas
cepat
kencang
laju
Kampung Madelin _________ dengan padang kelapa sawit dan sungai.
nyaris
cepat
dekat
bengkok
Nasi ayam yang dijual oleh Pak Saadi sangat laku kerana rasanya yang __________.
murah
wangi
lazat
masin
Rumah yang ditinggalkan bertahun-tahun itu kelihatan begitu __________.
busuk
usang
mewah
baharu
Encik Ethan kelihatan _________ apabila memakai pakaian seragamnya.
cantik
segak
besar
tinggi
Sarah berasa __________ kerana terpaksa berpisah dengan keluarganya.
gembira
seram
takut
sedih
Air di dalam perigi itu sangat __________ pada waktu pagi.
dalam
hangat
panas
sejuk
Samiha berasa ________ kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
sedih
gembira
marah
sayu
Kenangan ____________ itu masih diingatinya walaupun sudah 20 tahun berlalu.
lupus
lampau
pupus
hapus
"Wajah bayi perempuan itu memang _________," puji ibu berkali-kali.
jelita
cantik
ayu
comel
Puan Siti memandikan anaknya yang baru berusia dua bulan itu dengan air ______________.
beku
batu
panas
suam
Nasi yang dimasak oleh adik tidak boleh dimakan kerana sudah ____________.
hanyir
busuk
buruk
basi
Suara penyanyi wanita yang separuh abad itu masih ___________seperti dulu.
sumbang
nyaring
garau
merdu
Bot itu telah dihanyutkan oleh arus sungai yang ________.
lekas
kemas
deras
cepat
Han Jun berasa _________ berada di dalam bilik yang sempit itu.
lemas
kemas
rimas
cemas
Wajah kakak __________ sahaja sejak kematian arnab kesayangannya.
cengkung
murung
kurus
letih
Rasa buah mangga muda yang dibeli oleh ibu itu sungguh ___________.
pahit
masin
manis
masam
Penduduk kampung gemar membeli di kedai Pak Saiful kerana harga barangnya yang ___________.
mewah
mahal
lasak
murah
Bola itu menjadi ____________kerana dipijak oleh adik.
kemik
pendek
besar
kecil
