wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji BM 3

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Raja Ahmad berasa badannya melekit setelah pulang daripada berburu. Justeru, baginda perlu __________ .

a)

beradu

b)

bersiram

c)

bersantap

d)

bersemayam

2.

Puan Zainora sedang __________ anak kecilnya di ruang tamu.

a)

menimang

b)

menjunjung

c)

mendukung

d)

melambung

3.

Shah kelihatan __________ apabila memakai baju Melayu semasa ke masjid.

a)

jelita

b)

indah

c)

segak

d)

anggun

4.

Fahmi bukan __________ orang untuk ditandingi dalam acara lompat tinggi.

a)

handal-handal

b)

calang-calang

c)

hebat-hebat

d)

baik-baik

5.

Peserta itu mendayung kayak mereka dengan __________ untuk tiba di garisan penamat.

a)

ligat

b)

deras

c)

pantas

d)

kencang

6.

Penduduk Taman Cempaka mementingkan cara kehidupan yang mementingkan perpaduan melalui aktiviti Rukun Tetangga.

Pilih perkataan seerti bagi mementingkan.

a)

membaiki

b)

memelihara

c)

melaksanakan

d)

mengutamakan

7.

Dia meneruskan perjalanan dengan bas dari utara ke selatan tanah air.

Perkataan berlawan bagi meneruskan ialah …

a)

melewatkan

b)

melengahkan

c)

memendekkan

d)

menangguhkan

8.

Mahaguru silat itu telah memberikan __________ tentang cara-cara mempertahan diri daripada serangan musuh.

a)

gerak geri

b)

gerak kaki

c)

tunjuk ajar

d)

tunjuk langkah

9.

Farid akan mewakili sekolahnya dalam acara olahraga. __________, dia terpaksa berlatih dengan bersungguh-sungguh sebagai persediaan awal.

a)

Namun begitu

b)

Tambahan pula

c)

Walaupun begitu

d)

Dengan demikian

10.

Ibu meminta saya mengambilkan __________ jam tangan dan __________ kalung mutiara di dalam laci di biliknya.

a)

seutas … seuntai

b)

sebuah … seutas

c)

sebutir … seurat

d)

sebiji … sebutir

11.

Adik memetik __________ bunga di taman itu sambil mendukung patung beruang.

a)

seikat

b)

sejambak

c)

sekuntum

d)

setangkai

12.

Puan Azizah sedang __________ ubi kayu di dapur untuk membuat kuih lepat ubi.

a)

mengisar

b)

menyagat

c)

mengikis

d)

mengukur

13.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.


Nenek sedang menganyam tikar mengkuang di ruang tamu rumahnya.

a)

Tikar mengkuang sedang dianyam oleh nenek di ruang tamu rumahnya.

b)

Tikar mengkuangnya sedang nenek anyam di ruang tamu rumahnya.

c)

Tikar mengkuang nenek sedang dianyam olehnya di ruang tamu.

d)

Tikar mengkuang di ruang tamunya sedang nenek anyam.

14.

Pilih ayat yang betul.

a)

Pramugara itu kelihatan segak ketika memandu kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing.

b)

Saya membeli dua kilogram gula dan sebungkus garam di kedai itu.

c)

Kakak memiliki koleksi minyak wangi-minyak wangi yang pelbagai dari luar negara.

d)

Jenau makan empat biji roti canai telur pagi tadi bersama-sama dengan rakannya.

15.

I Tolong belikan saya kertas pembalut hadiah di kedai buku itu.

II Apup akan menunggu kita di bas stesen pada petang ini bersama ibunya.

III Pak Ujang mempelawa kami supaya makan goreng pisang yang garing itu.

IV Kerja sekolah adik saya tidak dapat disiapkan kerana komputernya rosak.


Pilih ayat yang betul.

a)

I dan II sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

III dan IV sahaja

d)

I dan IV sahaja