WorksheetsSEJARAH T3B1 @ cikguhanna
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Antara yang berikut, yang manakah tugas pembesar?
Menjaga keamanan negeri
Membunuh rakyat sesuka hati
Menjadi lambang kedaulatan negeri
Menyampaikan arahan kepada orang kampung
Apakah kuasa Barat yang terawal meluaskan kuasanya di negara kita?
Britain
Portugal
Belanda
Sepanyol
Pada abad ke-19 dan ke-20, permintaan getah di Tanah Melayu melambung tinggi. Mengapakah berlakunya keadaan sedemikian?
Getah di Tanah Melayu bermutu tinggi
Perkembangan industri kereta di Eropah
Perusahaan mengetin makanan di Amerika Syarikat
Tanah Melayu merupakan pengeluar getah terbesar dunia
Apakah tugas utama pembesar jajahan dan daerah?
Menasihati sultan.
Mempertahankan kedaulatan negeri.
Mengendalikan pendidikan agama.
Melantik bakal pengganti sultan.
Sistem timbangan berikut digunakan oleh masyarakat Melayu untuk menimbang emas. Satu mayam bersamaan dengan _____________________.
1 kati
12 saga
1 bungkal
20 leng
Apakah sistem perundangan yang diamalkan oleh masyarakat tempatan di Sarawak sebelum kedatangan kuasa Barat?
Undang-undang adat
Undang-undang bertulis
Hukum Kanun Melaka
Hukum Kanun Sarawak
Senarai berikut berkaitan dengan sistem pendidikan yang diamalkan dalam kalangan negeri-negeri Melayu.
· Pepatah
· Pantang larang
· Cerita teladan
Pembelajaran tersebut dipelajari melalui __________
pendidikan tidak formal.
pendidikan pondok.
pendidikan madarasah.
pendidikan formal.
Pelajaran berikut dipelajari dalam kalangan masyarakat tempatan di negara kita.
Burung pipit burung kedidi,
Hinggap di pokok di tepi sawah,
Jika hidup tidak berbudi,
Ibarat pokok tidak berbuah.
Pelajaran tersebut dikenalpasti sebagai _________.
peribahasa
pantun
pantang larang
cerita teladan
Apakah negara yang terlibat dengan pembinaan terusan berikut?
Terusan Suez
Itali
Belanda
Perancis
Jerman
Negara Rusia turut terlibat dengan perluasan kuasa di Asia. Apakah kawasan yang cuba dikuasai oleh negara tersebut?
Langkawi
Terengganu
Ujung Salang
Kelantan
