wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

bab 5 Metabolisme dan enzim

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

antara tindak balas berikut, yang manakah melibatkan proses anabolisme?

a)

Pengoksidaan glukosa semasa respirasi sel

b)

sintesis glukosa semasa fotosintesis

c)

hidrolisis protein oleh enzim pencernaan

d)

penguraian kanji kepada maltosa

2.

Kepingan betik muda digunakan untuk melembutkan daging. Langkah manakah yang mempercepatkan proses tersebut?

a)

menyimpannya pada suhu 40C

b)

menambah sedikit garam

c)

menambah sedikit larutan gula

d)

menyimpannya di dalam peti sejuk

3.

aktiviti enzim dipengaruhi oleh suhu. Antara proses berikut, yang manakah akan dipengaruhi sekiranya seseorang mengalami demam panas?

a)

pencernaan

b)

penyerapan

c)

asimilasi

d)

peristalsis

4.

Rajah di bawah menunjukkan kesan pH terhadap kadar tindakan enzim Y di dalam salur alimentari manusia. Apakah enzim Y?

a)

Pepsin

b)

Amilase

c)

Tripsin

d)

Lipase

5.

Rajah di bawah menunjukkan satu molekul enzim. Manakah berikut adalah substrat untuk enzim tersebut?

a)
b)
c)
d)
6.

Pernytaaan di bawah menerangkan tentang satu ciri enzim maltase.

Maltase boleh mempercepatkan kedua-dua tindakbalas hidrolisis dan kondensasi.

Yang manakah antara berikut merujuk kepada ciri tersebut?

a)

Spesifik dalam tindakan

b)

Tindakbalas berbalik

c)

Diperlukan dalam kuantiti yng kecil

d)

Tidak termusnah diakhir tindakbalas

7.

Rajah di bawah menunjukkan baju dengan kesan darah sebelum dan selepas dibasuh dengan pencuci mengandungi enzim. Yang manakah enzim dan suhu yang paling sesuai untuk menghasilkan keputusan seperti di atas?

a)

Lipase, 37°C

b)

Protease,18°C

c)

Lipase,18°C

d)

Protease, 37°C

8.

Rajah di bawah menunjukkan tindakan satu enzim ke atas satu molekul substrat. Apakah S jika P ialah laktase, Q ialah laktosa dan R ialah glukosa?

a)

Maltosa

b)

Glukosa

c)

Fruktosa

d)

Galaktosa

9.

Rajah di bawah menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji tentang aktiviti enzim. Semua tabung uji tersebut dibiarkan pada suhu 37°C selama 1 jam. Antara berikut manakah tidak benar berkaitan eksperimen tersebut?

a)

Pepsin boleh mencernakan pepejal telur putih.

b)

Pepsin aktif dalam medium berasid.

c)

Pepsin aktif dalam medium beralkali

d)

Pepsin bertindak paling aktif pada suhu 37°C.

10.

Rajah di bawah menunjukkan proses hidrolisis oleh enzim. Antara struktur berlabel A,B, C dan D, manakah mewakili enzim?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

11.

Yang berikut menunjukkan pembentukan molekul sukrosa. Apakah molekul R?

a)

Glukosa

b)

Laktosa

c)

Fruktosa

d)

Galaktosa

12.

Seorang suri rumah menggunakan beberapa keping hirisan buah betik muda untuk melembutkan daging yang dimasak untuk makan malam. Yang manakah antara berikut urutan yang betul?

P - tambahkan hirisan betik muda

Q - rebus daging itu

R - biarkan daging tersebut selasa satu jam setengah

S - potong daging kepada hirisan kecil

a)

Q → R → S → P

b)

S → P → R → Q

c)

P → Q → R → S

d)

R → S → Q → P

13.

Yang manakah antara graf berikut menunjukkan kesan pH ke atas kadar metabolisma enzim pepsin?

a)
b)
c)
d)
14.

Beberapa enzim telah dimasukkan ke dalam serbuk pencuci biologi untuk menanggalkan kekotoran. Manakah enzim yang paling berkesan untuk menanggalkan kekotoran susu coklat?

a)

Amilase dan maltase

b)

Amilase dan katalase

c)

Protease dan lipase

d)

Protease dan katalase

15.

Rajah di bawah menunjukkan struktur substrat dan enzim. Antara A, B, C dan D, yang manakah tapak aktif?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

16.

Rajah menunjukkan tindakbalas enzim berdasarkan hipotesis ‘mangga dan kunci’. Berdasarkan rajah, kenalpasti sifat-sifat enzim.

a)

Tindakan enzim tidak spesifik.

b)

Enzim kekal tidak berubah di akhir tindakbalas

c)

Tindakan enzim adalah berbalik.

d)

Enzim mempercepatkan kadar tindakbalas kimia

17.

Rajah menunjukkan perkaitan antara kadar tindak balas enzim dan kepekatan substrat. Pernyataan manakah yang benar?

a)

Kadar tindak balas enzim berkadar terus dengan kepekatan substrat.

b)

Apabila kepekatan substrat bertambah, kadar tindak balas enzim bertambah hingga mencapai kepekatan tertentu.

c)

Apabila kepekatan substrat bertambah, kadar tindak balas enzim berkurang hingga mencapai kepekatan tertentu

d)

Apabila kepekatan substrat berkurang, kadar tindak balas enzim bertambah hingga mencapai kepekatan tertentu.

18.

Antara berikut, yang manakah merupakan enzim ekstrasel?

(jawapan lbh dari satu)

a)

amilase

b)

pepsin

c)

tripsin

19.

Graf di atas diplotkan untuk menunjukkan proses hidrolisis kanji oleh amilase pada suhu yang berbeza. Di antara lengkung graf yang diplotkan, lengkung yang manakah merupakan bersuhu optimum?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

20.

Rajah di bawah menunjukkan tindakan suatu enzim. Apakah yang ditunjukkan melalui rajah ini?

a)

Enzim ialah satu protein.

b)

Enzim dan substrat adalah spesifik.

c)

Enzim ternyahasli oleh suhu.

d)

Enzim mempercepatkan tindak balas biokimia.