wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji BM 4

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Rumah yang ________ itu sudah lama tidak berpenghuni sejak pemiliknya berpindah ke bandar.

a)

buruk

b)

lemah

c)

usang

d)

lusuh

2.

“Bakul yang cantik _______ diperbuat daripada bemban,” kata Puan Julia sambil memegang sebuah bakul.

a)

ini

b)

sini

c)

itu

d)

sana

3.

Petani itu sedang bercadang untuk membina sebuah rumah di atas se________ tanah di tepi sawahnya.

a)

bidang

b)

batang

c)

lembar

d)

keping

4.

Pak Cik Fitri ________ beberapa batang buluh sambil ________ seberkas kayu api.

a)

menjunjung ….. mengepit

b)

memikul ….. mengelek

c)

menjulang ….. mengelek

d)

mengandar ….. mengelek

5.

Badan pencuri itu ________ ketika melalui semak-samun untuk menyelamatkan diri daripada dikejar orang kampung.

a)

comot-momot

b)

bengkak-bengkil

c)

calar-balar

d)

bolak-balik

6.

Semua dokumen di pejabat itu sedang __________ oleh kerani supaya urusan pengurusan berjalan lancar.

a)

disusun atur

b)

dikemas kini

c)

dicampur aduk

d)

dibaik pulih

7.

Wartawan tidak dibenarkan memasuki bangunan itu. __________, mereka berusaha untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa.

A Akhirnya

B Namun begitu

C Sebaliknya

D Lebih-lebih lagi

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

8.

Pembuat keris itu sedang bertungkus-lumus ________ sebilah keris yang ________ khas oleh seorang menteri.

A ditempa ….. ditempah

B penempa ….. menempah

C penempaan …..menempah

D menempa ….. ditempah

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

9.

Peniaga ayam itu menggunakan dacing untuk mengetahui berat ayam yang hendak dibeli oleh pelanggannya.


Berikan perkataan seerti bagi perkataan dacing.

A penyukat

B penimbang

C pengukur

D pemotong

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

10.

Theresa berasa gembira kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran.


Perkataan berlawan bagi gembira adalah ________.

A lemah

B suka

C sedih

D benci

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

11.

(Putera Tajul itu dipatuk ular semasa keluar berburu rusa bersama-sama pengikutnya dan hulubalang.)


Apakah yang terjadi kepada putera raja itu?

a)

mangkat

b)

beradu

c)

bersiram

d)

gering

12.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I Jacky mendiang diri setelah dimarahi ayah kerana mengganggu adik

bermain.

II Florence mendiang pakaian di bawah cahaya matahari yang sangat terik.

III Kami terpaksa mendiang ikan ketika berkhemah di hutan untuk dijadikan lauk.

IV Mendiang Arumugam merupakan seorang penjaga gol yang terkenal.

a)

I dan II sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

III dan IV sahaja

d)

I dan IV sahaja

13.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


“Belajarlah bersungguh-sungguh supaya lulus dengan cemerlang dalam ujian nanti,” kata Cikgu Ali kepada Jacks.

a)

Cikgu Ali menasihati Jacks agar belajar dengan rajin supaya lulus dengan cemerlang dalam ujian.

b)

Cikgu Ali menasihati Jacks supaya rajin belajar untuk memperoleh keputusan yang cemerlang.

c)

Nasihat Cikgu Ali kepada Jacks agar belajar dengan tekun untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

d)

Jacks dinasihati oleh Cikgu Ali supaya rajin belajar agar lulus dengan cemerlang dalam ujian.

14.

Simpulan bahasa yang sesuai dengan perbuatan pemuda tersebut ialah ________.

a)

A curi tulang

b)

B berat tulang

c)

C hidung tinggi

d)

D hisap darah

15.

Pilih ayatyang betul.


A Pramugara itu kelihatan segak ketika memandu kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing.

B Saya membeli dua kilogram gula dan sebungkus garam di kedai itu.

C Kakak memiliki koleksi minyak wangi-minyak wangi yang pelbagai dari luar negara.

D Jenau makan empat biji roti canai telur pagi tadi bersama-sama dengan rakannya.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D