wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Novel Di Sebalik Dinara

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah nama penulis Novel Di Sebalik Dinara?

a)

Dayang Nur

b)

Dayang sayang kamu

c)

Dayang Noor

d)

Dayang Nor

2.

Watak utama dalam novel ini ialah

a)

Karl

b)

Medina

c)

Shida

d)

Farisha

3.

Novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor mengisahkan tentang persaingan dalam dunia sains antara Karl dan Medina sehingga melupakan nilai-nilai kemanusiaan. Antara berikut yang manakah benar tentang peristiwa novel ini?


a)

Peristiwa pengakuan Aqram tentang asal-usul dirinya yang dulunya bernama Khairul Anwar dan merupakan adik kepada Karl.

b)

Peristiwa Azraai terkenang kembali peristiwa 26 tahun yang lalu apabila datangnya dua orang lelaki menyerahkan Farisha yang berusia 10 tahun untuk dijaga oleh keluarganya.

c)

Peristiwa ketaasuban Karl untuk membuktikan kehebatannya dalam ciptaan sains menyebabkan dia menyiksa dan mengorbankan ramai orang.

d)

Marilyn berasa marah terhadap Karl kerana telah mengkhianatinya dengan mengahwini Alia

4.

Robot android yang bermain skuasy bersama Shida ialah

a)

YUYU

b)

JUJU

c)

JOJO

d)

JEDI

5.

Tindakan Azraai memasang retinal scanner dan interkom di pintu rumah Farisha membuktikan bahawa dia

a)

seorang yang suka mengawal adiknya

b)

seorang yang kaya

c)

seorang yang bertanggungjawab

d)

seorang yang menyukai peralatan teknologi canggih

6.

Antara berikut yang manakah bukan perwatakan Farisha

a)

seorang yang genius dan pakar penggodam IT

b)

seorang adik yang penyayang

c)

seorang yang amat mementingkan kesempurnaan

d)

seorang saintis yang mencipta Sistem Dinara

7.

Farisha bertemu buat kali kedua dengan Aqram semasa di

a)

Balai Berlepas Lapangan Terbang Senai

b)

dalam pesawat menuju ke Kuala Lumpur

c)

Hotel Renaissance

d)

Soft Lab

8.

Antara berikut yang manakah tidak benar

a)

Syarikat Farisha mendapat tawaran sebanyak 1.5 juta untuk menggodam Sistem Dinara di Soft Lab

b)

Alia merupakan manusia cyborg yang dicipta oleh Karl

c)

Marilyn atau Medina merupakan ibu kandung Farisha yang berketurunan Portugal

d)

Karl telah menanam pelbagai implan dan memasukkan ubat-ubatan ke dalam tubuh Farisha semasa Farisha berusia 5 tahun

9.

Antara peristiwa berikut, yang manakah tidak menunjukkan nilai kasih sayang

a)

Farisha berasa sedih dan menangis teresak-esak apabila mengetahui abangnya Azraai menghidap penyakit jantung.

b)

Karl memasang implan dan memasukkan pelbagai jenis ubat ke dalam tubuh Farisha agar dia menjadi seorang yang pintar.

c)

Azraai memasang pengimbas retina dan alat interkom di pintu rumah Farisha untuk memastikan keselamatan adiknya.

d)

Marilyn melarikan Farisha kerana tidak sanggup melihat anaknya mati akibat uji kaji oleh Karl dan diserahkan kepada keluarga Azraai

10.

Pilih pengajaran yang betul berdasarkan peristiwa:

Farisha tidak tergesa-gesa menerima tawaran Aqram dan Soft Lab untuk projek mini bernilai tinggi. Sebaliknya, Farisha meminta pandangan abangnya yang lebih berpengalaman iaitu Azraai.

a)

Kita hendaklah berfikir sebelum membuat keputusan.

b)

Kita hendaklah memanfaatkan teknologi untuk kesejahteraan manusia.

c)

Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita

d)

Kita haruslah menyempurnakan amanah yang diberikan kepada kita dengan baik

11.

Berikut adalah benar tentang Karl kecuali

a)

Karl seorang yang pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan

b)

Karl telah mensabotaj fikiran Marilyn menggunakan fikiran seorang bekas banduan dan akibatnya Marilyn/Medina menjadi separuh gila dan cuba mencekik Farisha.

c)

Dia sangat taasub akan penciptaan sains dan teknologi sehingga menyebabkan dia pemarah dan tidak suka akan kekalahan.

d)

Karl seorang yang kejam kerana sanggup mendera isterinya Rusmina sehingga mati.

12.

Peristiwa berikut menggambarkan latar masyarakat:


Karl dan Medina gigih berusaha untuk mencipta pelbagai rekaan demi kepuasan diri mereka.

a)

Masyarakat yang celik ilmu teknologi maklumat

b)

Masyarakat yang bijak

c)

Masyarakat saintis yang taasub akan teknologi

d)

Masyarakat yang rajin

13.

Siapakah antara watak berikut yang bukan cyborg?

a)

Alia

b)

Aqram

c)

Medina

d)

JUJU

14.

Yang manakah benar tentang latar tempat berikut

a)

Hotel Residence- tempat Farisha dan Rosman menghadiri simposium yang akan dirasmikan oleh Phillips Young, Presiden Persatuan Penggodam Antarabangsa.

b)

Secured Shell - Makmal komputer milik Karl tempat letaknya Sistem Dinara

c)

Stesen Monorel Bukit Jalil - tempat Farisha berbual-bual ringkas dengan seorang wanita separuh umur yang memakai gelang getah berwarna ungu yang menandakan dirinya pesakit kanser.

d)

Lapangan Terbang Senai- Tempat Farisha menunggu penerbangan ke Kuala Lumpur

15.

Berikut adalah benar tentang Shida kecuali

a)

Shida ialah seorang yang prihatin

b)

Shida berkelulusan undang-undang

c)

Shida ialah seorang peguam

d)

Shida ialah rakan serumah Farisha