NEW
Font size
WorksheetsKuiz Sejarah BAB 1 (Tingkatan 4)
Total questions: 20
Worksheet time: 5mins
Antara berikut yang manakah ciri-ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu?
I Raja
II Kerajaan
III Kedaulatan
IV Rakyat
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Antara berikut yang manakah ciri-ciri Negara Bangsa Kesulatan Melayu Melaka?
I Kerajaan
II Rakyat
III Wilayah Pengaruh
IV Lambang Kebesaran
I, II dan III
II, III dan IV
I, III dan IV
Semua di atas
Keunggulan bererti _________________
Kesempurnaan dan keunikan yang dimiliki oleh sesebuah kerajaan
Keistimewaan dan kesungguhan yang dimiliki oleh sesebuah kerajaan
Kesempurnaan dan keistimewaan yang dimiliki oleh sesebuah kerajaan
Kelebihan dan keistimewaan yang dimiliki oleh sesebuah kerajaan
Sultan Melaka juga memberikan kuasa memerintah atau mentadbir sesuatu wilayah, sungai atau pulau kepada para Pembesar Berempat. Setiap kawasan pentadbiran ini dikenali sebagai ________________________________.
Kawasan jajahan
Kawasan pegangan
Kawasan makanan
Kawasan cukai
Apakah tugas Bendahara?
I Menjalankan tugas sebagai ketua tadbir
II Menjaga keselamatan Kota Melaka
III Menasihati Sultan dalam pelbagai hal
IV Ketua turus angkatan tentera
I, II dan III
II, III dan IV
I, III dan IV
Semua di atas
Apakah beza antara Syahbandar dengan pembesar lain?
Perbezaan penguasaan kawasan mentadbir
Syahbandar hanya menjaga kawasan Kota Melaka manakala pembesar lain menjaga perairan kawasan Melaka
Perbezaan kawasan pentadbiran pusat
Perbezaan kawasan kutipan cukai
Sistem pentadbiran yang tersusun dalam Kesultanan Melayu Melaka dikenali sebagai ________________.
Sistem Pembesar Berempat
Sistem Pembesar Empat Lipatan
Sistem Empat Lipatan
Sistem Pembesar Lipatan
Apakah undang-undang yang terdapat dalam Kesultanan Melayu Melaya?
Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Melaka
Undang-undang Laut Melaka dan Misa Melayu
Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka
Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Tubuh Melaka
Hukum Kanun Melaka mempunyai 44 fasal. Apakah fasal tersebut
I Jenayah
II Percukaian
III Pelayaran
IV Ekonomi
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Dalam Fasal 26 iaitu berkaitan pernikahan, siapakah dua orang yang tidak boleh menjadi saksi?
Hamba abdi dan wanita
Kanak-kanak yang belum baligh dan wanita
Hamba abdi dan anak tidak sah taraf
Hamba abdi dan lelaki yang belum merdeka
Siapakah nakhoda Melaka
I Nakhoda Jenal
II Nakhoda Diri
III Nakhoda Sanak
III Nakhoda Malim
I, II dan III
I, III dan IV
II, III dan IV
Semua di atas
Undang-undang Laut Melaka mengandungi antaranya termasuklah perkara berkaitan dengan
I Perairan
II Pelayaran
III Jenayah
IV Ekonomi
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Apakah peranan nakhoda?
Ketua angkatan tentera laut
Ketua kapal
Pegawai yang menentukan arah
Sida-sida di dalam kapal
Apakah peranan jurumudi?
Pegawai khas dalam kapal yang tertanggung terus kepada nakhoda
"Raja" di dalam kapal
Pagawai yang mengukur kedalaman laut
Pegawai yang menentukan arah
Apakah perkataan yang boleh digunakan oleh raja?
Rakyat tidak dibenarkan mempersendakan dan menuturkan perkataan tersebut.
I titah
II anugerah
III murka
IV bersemayam
I dan II
I, II dan III
I, III dan IV
II, III dan IV
Siapakah golongan pemerintah?
I sultan
II pembesar
III ulama
IV bangsawan
I dan II
I, II dan III
I, III dan IV
II, III dan IV
Peranan Sultan adalah untuk
I menaungi dan menjaga keselamatan rakyat negeri baginda
II memelihara keamanan dan kebajikan rakyat di kawasan pegangan
III mewujudkan perpaduan rakyat
IV bertanggungjawab terhadap kemakmuran serta kestabilan kerajaan
I, II dan III
I, III dan IV
II, III dan IV
Semua di atas
Apakah peranan rakyat?
I menjadi tentera
II menyumbang tenaga kerja melalui sistem kerah
III mematuhi segala arahan pemerintah
IV menghadiri majlis umum seperti gotong-royong
I, II dan III
I, III dan IV
II, III dan IV
Semua di atas
Apakah maksud waadat?
Undang-undang
Perjanjian
Ttiah perintah
Kecelakaan
Semua di bawah merupakah peranan pembesar kecuali
Memelihara keamanan dan kebajikan rakyat di kawasan pegangan
Menjadi perantara antara sultan dengan rakyat
Menunjukkan taat setia kepada pemerintah
Mengutip hasil melalui sistem serah dan membekalkan tenaga tentera melalui sistem kerah
