NEW
Font size
WorksheetsMENGUJI MINDA
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Antara berikut yang manakah produk reka bentuk dan teknologi berbentuk abstrak?
Arca
Lukisan
Peralatan
Pengangkutan
Apakah maksud rekabentuk?
Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk
Pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber untuk dijadikan alat atau sistem
Proses menghasilkanproduk atau perkhidmatan yang baharu serta belum pernah wujud
Proses pengubahsuaian produk sedia ada supaya menjadi lebih baik
Penerangan yang manakah BENAR mengenai konsep SMART?
S : Boleh dilaksanakan dan dicapai
M : Pengukuran pengagihan kewangan
A : Masa dan sumber kewangan mencukupi
T : Penetapan tujuan atau objektif projek
Rajah 1 menunjukkan lakaran sebuah objek.
Apakah nama lakaran itu?
Lakaran isometrik
Lakaran oblik kavalier
Lakaran perspektif dua titik
Lakaran perspektif satu titik
"Melalui lakaran pereka dapat menunjukkan imej secara terus dengan lebih mudah kepada pelanggan untuk pertimbangan dan persetujuan"
Apakah peranan lakaran dalam reka bentuk berdasarkan pernyataan di atas?
Asas komposisi untuk ilustrasi
Eksplorasi visual perkembangan idea
Mempercepatkan pembangunan konsep
Medium komunikasi antara pereka dengan pelanggan
"Sistem pengeluaran tanaman yang menggunakan sistem pengairan pembajaan yang rapi. Larutan baja dalam air dibekalkan ke zon pengakaran secara serentak dengan menggunakan sistem pengairan."
Pernyataan di atas merujuk kepada…….
Sistem RAFT
Sistem Fertigasi
Sistem Akuaponik
Sistem EBB & Flow
Apakah kelemahan sistem fertigasi?
Hasil tanaman yang tidak seragam
Tidak memerlukan sumber bekalan
Masalah rumpai yang tinggi
Memerlukan pengetahuan teknikal yang tinggi
Alatan manakah yang digunakan untuk mengukur kepekatan larutan baja?
Pam air
Pam udara
EC meter
pH meter
Aapakah yang dimaksudkan dengan fesyen?
Gaya atau stail serta tingkah laku yang diterima dan menjadi popular pada satu-satu masa
Proses menterjemah idea dan kreativiti bagi menghasilkan satu produk
Proses yang mengaplikasikan idea pada sesuatu reka bentuk atau rekaan pereka atau aksesori
Penghasilan reka bentuk yang melibatkan proses pengulangan, peniruan dan inovasi
Rajah 2 menunjukkan carta alir langkah menghasilkan reka bentuk fesyen.
Apakah langkah X?
Pembinaan mock-up
Penghasilan jadual kerja
Penilaian produk
Pengiraan kos
Berikut adalah senarai tugas bagi suatu bidang dalam reka bentuk fesyen
Apakah bidang kerjaya yang berkaitan dengan tugas di atas?
Pereka fesyen
Perunding imej
Pelukis fesyen
Tenaga pengajar fesyen
Apakah alatan yang digunakan untuk menghasilkan model di atas?
Pensil 2B
Pen 3D
Plaster of Paris
Pencetak 3D
Apakah proses selepas proses kerja mengenal pasti masalah dalam carta alir proses penyelesaian masalah bukan inventif?
Membuat pilihan
Melaksanakan pilihan
Menilai penyelesaian masalah
Menyenaraikan pilihan untuk menyelesaikan masalah
"Sesuatu proses mengubah bentuk menjadi bentuk baharu yang boleh digunakan untuk menghasilkan produk."
Apakah teknik pembuatan yang dimaksudkan?
Pembentukan
Tuangan
Pemesinan
Acuan
Apakah fungsi pergerakan mekanikal?
Membantu komponen yang lain untuk bergerak
Memindahkan sumber gerakan kepada gerakan yang lain
Menggabungkan empat komponen mekanikal
Produk untuk kegunaan pada masa ini.
Apakah mikropengawal?
Peranti pemprosesan mikro dalam satu cip
Peranti kawalan dalam satu cip
Kekutuban yang bersentuhan dengan magnet
Penggunaan alat kawalan jauh
Antara berikut, yang manakah betul mengenai peranti input analog?
Menggunakan cahaya infra merah untuk mengesan objek penghalang.
Isyarat digital yang diterima berdasarkan perubahan kecerahan
Peranti memainkan peranan memproses maklumat
Contoh peranti input analog ialah LED (light emitting diode)
"Beg udara di dalam kereta direka untuk mengurangkan kecederaan ketika kemalangan jalan raya"
Apakah prinsip inventif itu?
Tindakan awal
Tindakan berkala
Tindakan berterusan
Tindakan kedinamikan
Berapakan bilangan komponen mekanikal yang anda pelajari semasa di tingkatan 2?
12
11
10
13
Berapakah elemen yang terdapat dalam sistem mekatronik?
3
5
7
4
