wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ujian Topikal Bab 1 hingga Bab 4.

Total questions: 40

Worksheet time: 53mins

Name
Class
Date
1.

BIODIVERSITI secara tepatnya bermaksud....

a)

Kepelbagaian benda hidup.

b)

Kepelbagaian organisma sama ada mikroorganisma, haiwan atau tumbuhan.

c)

Kepelbagaian benda hidup dan bukan benda hidup yang saling berinteraksi

d)

Kepelbagaian benda hidup yang saling bersandar dan bergantung antara satu sama lain.

2.

Berikut adalah spesis endemik KECUALI..

a)
b)
c)
d)
3.

Homioterma adalah organisma yang suhu badannya.........................

a)

berubah - ubah mengikut suhu persekitaran.

b)

malar dan bebas dari suhu persekitaran.

4.

Kelas haiwan ini mempunyai ciri Homoioterma.

a)

Burung

b)

Amfibia

c)

Reptilia

d)

Ikan

5.

-poikiloterma

-anak bernafas melalui insang

-dewasa bernafas melalui paru-paru dan kulit

-telur berlendir dan tidak bercengkerang


Di atas adalah ciri-ciri haiwan vertebrata kelas.........

a)

Burung

b)

Reptilia

c)

Amfibia

d)

Ikan

6.

Satu-satunya haiwan mamalia yang bertelur ialah:

a)

Burung helang

b)

Ikan paus

c)

Platypus

d)

Koala

7.

Berikut adalah berkenaan tumbuhan dikotiledon KECUALI...........

a)

Daun berurat selari

b)

Batang berkayu

c)

Pokok tomato dan durian

d)

Berakar tunjang

8.

Manakah antara berikut adalah FUNGSI yang betul bagi KOTILEDON...

a)

Menjadi laluan untuk proses Respirasi berlaku.

b)

Melindungi biji benih.

c)

Akan berubah menjadi plumul semasa proses percambahan biji benih.

d)

Makanan simpanan untuk biji benih bercambah.

9.

Berikut adalah langkah pemeliharaan dan pemuliharaan Biodiversiti yang boleh dibuat oleh kita sebagai rakyat Malaysia KECUALI......

a)

Guru - melalui pendidikan di sekolah-sekolah.

b)

Kerajaan - penguatkuasaan undang-undang

c)

NGO - menyediakan pusat perlindungan haiwan liar dan tapak semaian tumbuhan

d)

Orang awam - memelihara spesis terancam di rumah masing-masing

10.

Pokok kelapa adalah contoh tumbuhan

a)

Monokotiledon

b)

Dikotiledon

11.

Pada tahun 2010, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah menjalankan kawalan populasi kera di Taman Tasik Perdana untuk mengatasi konflik antara kera dan manusia.

Kaedah yang digunakan adalah.........

a)

Memperkenalkan haiwan pemangsa kera di kawasan itu.

b)

Menembak kera-kera liar.

c)

Mengenakan denda kepada mereka yang membuang sampah terutama bekas makanan kepada masyarakat di kawasan itu.

d)

Menangkap dan memandulkan kera-kera jantan sebelum dilepaskan semula ke habitat asal.

12.

Pengguna primer adalah..

a)

Haiwan omnivor dan herbivor

b)

Haiwan herbivor dan karnivor

c)

Haiwan karnivor dan omnivor

d)

Haiwan herbivor sahaja

13.

Ada berapa rantai makanan dalam gambar rajah tersebut?

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

14.

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.


Dalam siratan makanan,.............................. merupakan sumber tenaga yang utama.

a)

Udara

b)

Tumbuhan

c)

Matahari

d)

Cahaya matahari

15.

Rajah menunjukkan Kitaran Air. Apakah nama bagi Proses X?

a)

Kondensasi

b)

Respirasi

c)

Transpirasi

d)

Fotosintesis

16.

Akar tumbuhan yang mencengkam tanah menyebabkan aliran air bawah tanah menjadi perlahan. Ini dapat mengelakkan.....

a)

Tanah runtuh

b)

Hakisan tanah

c)

Tanah menjadi kering

d)

Pokok tumbang

17.

Berikut adalah proses yang menggunakan oksigen KECUALI....

a)

Respirasi

b)

Fotosintesis

c)

Pembakaran

d)

Penguraian

18.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.


................ ........... mengekalkan kandungan gas karbon dioksida dan gas oksigen di dalam udara melalui proses fotosintesis yang menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen.

a)

Tumbuh tumbuhan

b)

Tumbuhan hijau

c)

Haiwan tumbuhan

d)

Bakteria kulat

19.

Berikut adalah faktor yang diperlukan untuk proses fotosintesis KECUALI........

a)

Oksigen

b)

Air

c)

Cahaya matahari

d)

Klorofil

20.

Antara usaha mudah yang boleh dilakukan oleh pelajar sekolah untuk membantu menyelesaikan masalah kepada gangguan kitaran nutrien ialah....

a)

Mewujudkan sistem pertanian terancang.

b)

Memperkenalkan undang-undang.

c)

Menggunakan kenderaan hybrid.

d)

Menanam pokok hijau.

21.

Berikan dua (2) proses perubahan jirim yang berlaku dalam Kitar Air.

a)

Pembekuan dan Peleburan

b)

Peleburan dan Penyejatan

c)

Penyejatan dan Kondensasi

d)

Kondensasi dan Pemejalwapan

22.

"Beberapa populasi organisma yang berbeza dan hidup bersama dalam satu habitat dan saling berinteraksi antara satu sama lain."


Pernyataan di atas adalah mengenai....

a)

Ekosistem

b)

Komuniti

c)

Populasi

d)

Spesis

23.

Satu eksperimen telah dibuat menggunakan kutu kayu seperti dalam gambar rajah tersebut. Apakah yang dapat diperhatikan selepas 5 minit?

a)

Kutu Kayu tersebar di semua bahagian piring petri.

b)

Bilangan Kutu Kayu lebih banyak berada di kawasan yang ada Kalsium Klorida Kontang.

c)

Bilangan Kutu Kayu lebih banyak berkumpul di kawasan yang ada air.

d)

Bilangan Kutu Kayu sama banyak di kedua-dua bahagian.

24.

Pada tahun 2015, wilayah selatan Rusia telah diserang oleh serangga perosak. Ladang jagung seluas 800 hektar telah musnah dalam beberapa jam sahaja. Apakah makhluk perosak yang dimaksudkan itu?

a)

Tikus

b)

Ulat beluncas

c)

Burung pipit

d)

Belalang

25.

Makanan yang dicerna dan diserap ke dalam vilus perlu sampai ke sel-sel badan. Molekul yang telah diserap ke dalam vilus akan mengalami ASIMILASI. Berikut adalah BENAR mengenai ASIMILASI KECUALI...

a)

Asimilasi adalah proses membawa hasil yang tidak dapat dicernakan ke rektum untuk disimpan sementara menunggu proses penyahtinjaan.

b)

Asid Amino akan digunakan untuk membentuk komponen sel-sel.

c)

Asid lemak dan Gliserol akan bergabung untuk membentuk lemak yang berfungsi sebagai penebat haba dan melindungi organ dalaman.

d)

Glukosa digunakan untuk menghasilkan tenaga dalam proses Respirasi.

26.

Encik Brian adalah seorang vegetarian iaitu hanya makan sayur-sayuran dan buah-buahan atas sebab-sebab peribadi. Beliau tidak makan daging, ikan dan ayam. Tetapi beliau boleh makan produk yang berasal dari haiwan seperti susu dan keju. Adakah amalan pemakanan Encik Brian itu sihat? Terangkan.

a)

Sihat, kerana kelas makanan yang tidak didapati dari pemakanan biasa telah digantikan dengan sumber dari susu dan keju.

b)

Sihat, kerana beliau mendapat semua kelas makanan dari pemakanan yang diamalkan.

c)

Tidak sihat. Kerana amalan pemakanan beliau tidak normal.

d)

Tidak sihat. Kerana tidak mendapat sumber kelas makanan karbohidrat. Maka tenaga yang didapati dari pemakanan beliau tidak dapat menampung untuk kegunaan aktiviti seharian.

27.

Apakah bahan yang diserap semula di dalam usus besar?

a)

Serat dan air.

b)

Garam mineral dan air.

c)

Serat dan garan mineral.

d)

Serat, garam mineral dan air.

28.

Madu telah diuji dengan menggunakan ujian Iodin dan ujian Benedict. Semasa ujian Iodin, warna Iodin tetap berwarna perang manakala di akhir ujian Benedict, terhasil mendakkan merah bata.

Apakah kesimpulan yang boleh dibuat mengenai MADU?

a)

Madu adalah kanji

b)

Madu adalah maltosa

c)

Madu adalah protein

d)

Madu adalah glukosa

29.

Ujian Millon sesuai digunakan untuk menguji makanan dari kelas.....

a)

Mineral

b)

Lemak

c)

Protein

d)

Karbohidrat

30.

Protease adalah enzim yang mencernakan protein. Berikut adalah organ yang akan merembeskan protease di sepanjang salur pencernaan KECUALI...

a)

Duodenum

b)

Pankrease

c)

Usus kecil

d)

Perut

31.

Berikut adalah produk akhir untuk karbohidrat, protein dan lemak dalam pencernaan, KECUALI...

a)

Maltosa

b)

Glukosa

c)

Asid lemak dan Gliserol

d)

Asid amino

32.

Berikut adalah penyakit bawaan air KECUALI..

a)

Cacar air

b)

Taun

c)

Demam kepialu

d)

Disentri

33.

Hipertensi juga dikenali sebagai penyakit.....

a)

Sakit jantung

b)

Kencing manis

c)

Kerosakan buah pinggang

d)

Tekanan darah tinggi

34.

- terhasil apabila seseorang sembuh dari serangan penyakit,

- Keimunan berpanjangan selepas jangkitan.


Kenyataan di atas merujuk kepada Keimunan....

a)

Pasif semula jadi

b)

Pasif buatan

c)

Aktif semulajadi

d)

Aktif Buatan

35.

Vaksin ini hanya diberikan di Sarawak. Apakah ia?

a)

DT (Difteria dan Tetanus)

b)

MR (Campak dan Rubella)

c)

Hib (Influenza type B)

d)

JE (Japanese Encephalitis)

36.

Mengapakah bayi perlu disuntik dengan beberapa jenis vaksin yang berbeza?

a)

Antigen tertentu hanya berfungsi merangsang sistem imun badan untuk membentuk Keimunan terhadap penyakit tertentu sahaja.

b)

Kerana selepas setiap pemvaksinan, bayi akan demam atau mengalami kesan sampingan. Oleh itu untuk mengurangkan kesan kepada bayi, pemvaksinan perlu dibuat beberapa kali.

37.

Ia memerlukan haiwan untuk memindahkannya dari satu hos ke hos yang baharu. Apakah ia?

a)

Antigen

b)

Vektor

c)

Virus

d)

Patogen

38.

Berdasarkan graf tersebut, pada hari yang ke berapakah antibodi akan mencapai aras Keimunan apabila terkena jangkitan?

a)

Antara 10 ke 15 hari.

b)

Antara 15 ke 20 hari.

c)

Antara 20 ke 25 hari.

d)

Antara 25 ke 30 hari.

39.

Berdasarkan rajah tersebut, berikan satu sebab aras antibodi menurun selepas mencapai aras Keimunan.

a)

Antibodi akan melemah selepas beberapa masa.

b)

Antibodi hanya bertindak apabila ada serangan penyakit.

c)

Virus telah dibunuh dan badan mendapat keimunan terhadap penyakit tersebut.

d)

Virus telah sebati dalam badan dan antibodi mula lemah.

40.

Amir tidak lagi dijangkiti penyakit Campak kerana pernah dijangkiti penyakit itu semasa usianya 7 tahun.

Apakah jenis keimunan ini?

a)

Pasif semulajadi

b)

Pasif buatan

c)

Aktif semulajadi

d)

Aktif buatan