NEW
Font size
WorksheetsKuiz Bahasa (kata kerja)
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Semua pihak perlu bekerjasama dalam usaha untuk ___________ masalah penagihan.
menegah
menolak
mengetepikan
mencegah
Para pelajar diminta _________ dalam kumpulan untuk menyenaraikan isi-isi penting.
bertanya
bercakap
berbincang
berbual
Chef Wan ___________ cara-cara membuat kek berlapis kepada peserta kursus masakan.
mempamerkan
melihatkan
menayangkan
menunjukkan
Pegawai daerah itu __________ pelbagai pertanyaan daripada orang ramai tentang subsidi yang telah dijanjikan.
dilontari
dihujani
dihampiri
dicurahi
Pihak Kastam berjaya ___________ kegiatan penyeludupan di perairan Selat Melaka.
menundukkan
menghapuskan
menumpaskan
menumbangkan
Pawang Ali mahir ____________ pesakit mental walaupun tanpa kelulusan kedoktoran.
memulih
merawat
membaiki
membetulkan
Pustakawan itu ___________ buku yang tidak mahu kami pinjam itu di atas rak semula.
menyusunkan
menegakkan
menghimpunkan
meletakkan
Azizah mengucapkan terima kasih kepada jiran-jiran yang telah datang ____________ majlis perkahwinan anaknya.
meriuhkan
membanyakkan
menggamatkan
memeriahkan
Datuk ketawa ________ apabila disindir kerana berjalan berpasangan dengan nenek.
teresak-esak
terjerit-jerit
terpinga-pinga
terbahak-bahak
_________ nya menjadi kabur semenjak dia menghidap penyakit kencing manis.
pengamatan
penglihatan
Pemerhatian
Pengecaman
Pak Kasim _____ sebuah lubang yang besar untuk menimbus bangkai haiwan.
mencabut
mencakar
menggali
mengais
“ Saya yakin dapat _____ bahasa Melayu dalam masa dua bulan ini”, kata Wen Bin.
menyertai
menguasai
meminati
mengenali
Penjual itu sedang _____ berat seekor ayam yang hendak dibeli oleh pelanggannya.
menimbang
mengira
menghitung
mencatat
Pelayan restoran ______ dulang yang berisi minuman dengan berhati-hati.
menjinjing
menatang
memegang
menggalas
Murid itu _____ pintu sebelum masuk ke dalam bilik guru besar.
memalu
memukul
mengetuk
menghentam
Datuk sedang ____ rumput yang panjang di belakang rumah.
menggunting
menyabit
mengasah
menoreh
Matahari ____ di sebelah barat.
terhempap
terbenam
terhempas
termasuk
Para nelayan _____ jala yang rosak pada musim tengkujuh
menampal
menyulam
menenun
menyirat
Encik Lai ____ perniagaan runcit secara kecil-kecilan.
mengadakan
menjalankan
menerbitkan
menjelaskan
Datuk dan nenek sedang ______ tentang kehidupan mereka pada zaman pendudukan Jepun dahulu.
bersembang
berpesan
berhubung
berkata
Puan Mei ling ____ jus oren yang segar itu ke dalam gelasnya.
memercik
melimpah
menuang
merenjis
Longkang di tepi jalan itu _____ akibat pembuangan sampah sarap.
terdesak
terhimpit
tersumbat
terbantut
Amin ____ di hadapan pintu rumah sementara menunggu ibunya membukakan pintu.
terjatuh
tercegat
terhenti
terduduk
Bawang merah itu ____ nipis sebelum dimasukkan ke dalam kuali.
dibedah
dibelah
disiang
dihiris
Kakak sedang ____ nasi manakala ibu sedang menggoreng sayur.
menyalai
menjerang
menanak
memanggang
Emak sibuk _____ baju di ruang tamu.
mengukur
melipat
menggosok
menjahit
Adik _____lilin yang terletak di atas kek hari jadinya.
mematikan
menyalakan
memasangkan
menghembuskan
Aisyah ____ halaman buku teks itu dengan cermat.
menyelak
menampal
membalut
mengalas
Abang _______motosikal bapa ke sekolah pada setiap pagi .
membonceng
menunggang
mengayuh
menaiki
Ketua pasukan Rumah Merah ____ piala yang dimenangi pada Hari Sukan.
memikul
mengelek
menjulang
mengandar
