wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB4:KOMPOSISI KIMIA DALAM SEL-PROTIEN/LIPID/ASID NUKLEIK

Total questions: 40

Worksheet time: 32mins

Name
Class
Date
1.

Unsur-unsur yang membina protein ialah

a)

karbon

b)

hidrogen

c)

oksigen

d)

nitrogen

2.

Dipeptida+ Air ---> asid amino+ asid amino


Berikut adalah proses

a)

kondensasi

b)

hidrolisis

c)

pengoksidaan

3.

Jenis ikatan yang merangkaikan monomer-monomer dalam protein ialah

a)

ikatan ionik

b)

ikatan kovalen

c)

ikatan peptida

4.

Perbezaan antara lemak tepu dengan lemak tak tepu ialah

a)

Lemak tepu tidak mempunyai ikatan ganda dua antara atom-atom karbon asid lemak sedangkan lemak tidak tepu mempunyai ikatan ganda dua

b)

Lemak tepu berbentuk cecair dalam keadaan suhu bilik manakala lemak tak tepu berbentuk pepejal

c)

Contoh lemak tepu ialah mentega manakala lemak tak tepu ialah minyak zaitun

d)

Sumber lemak tepu adalah dari haiwan manakala lemak tak tepu bersumber dari tumbuhan

5.

Gambar berikut menunjukkan

a)

Unit asas bagi asid nukleik

b)

Rantaian DNA

c)

Rantaian RNA

6.

DNA membawa maklumat genetik sesuatu organisma. Antara berikut yang manakah tidak terdapat dalam DNA?

a)

Gula deoksiribosa

b)

Bes bernitrogen

c)

Kumpulan fosfat

d)

Kumpulan Sulfur

7.

Semua penyataan berikut adalah benar tentang protein kecuali

a)

Polipeptida dibina oleh rangkaian asid amino.

b)

Dipeptida adalah dua molekul asid amino yang dirangkai bersama oleh ikatan hidrogen.

c)

Terdapat 20 jenis asid amino yang wujud secara semula jadi.

d)

Protein penting untuk sintesis enzim, hormon, antibodi dan hemoglobin.

8.

Apakah perbezaan antara karbohidrat dengan lipid?

a)

Nisbah atom hidrogen kepada atom oksigen dalam lipid lebih tinggi berbanding karbohidrat.

b)

Nisbah atom hidrogen kepada atom oksigen dalam karbohidrat lebih tinggi berbanding lipid.

c)

Nisbah atom karbon kepada atom hidrogen dalam lipid lebih tinggi berbanding karbohidrat.

9.

Nyatakan apakah P, Q dan R?

a)

P : Trigliserida. Q : Gliserol R : Asid lemak

b)

P : Gliserol Q : Trigliserida R : Asid lemak

c)

P : Asid lemak Q : Trigliserida R : Gliserol

d)

P : Gliserol Q : Asid lemak R : Trigliserida

10.

Antara berikut yang manakah benar tentang lemak tepu dan lemak tak tepu.

a)

Kedua-duanya terdiri daripada unsur karbon, hidrogen dan oksigen.

b)

Kedua-duanya adalah molekul berkutub.

c)

Lemak tepu adalah dalam bentuk cecair pada suhu bilik.

d)

Lemak tepu hanya mempunyai ikatan tunggal antara karbon.

11.

Antara berikut yang manakah unsur yang terdapat dalam asid nukleik?

a)

Nitrogen

b)

Fosforus

c)

Sulfur

d)

Ferum

12.

Apakah S?

a)

Kumpulan fosfat

b)

Bes bernitrogen

c)

Gula pentosa

13.

Antara berikut, penyataan manakah yang benar?

a)

DNA adalah satu rantai polinukleotida tunggal.

b)

RNA mengandungi gula ribosa manakala DNA mengandungi gula deoksiribosa.

c)

Bes bernitrogen bagi RNA ialah adenina, guanina, sitosina dan urasil.

d)

Bes bernitrogen urasil berpasangan dengan adenina dalam DNA .

14.

Antara berikut yang manakah penyataan yang tidak benar?

a)

Struktur RNA adalah sama seperti struktur DNA.

b)

DNA penting sebagai pembawa maklumat perwarisan.

c)

Kromosom terbentuk daripada rantaian polinukleotida RNA yang berpintal dengan histon.

d)

Kod genetik dibawa oleh oleh bes bernitrogen untuk sintesis protein.

e)

Urutan nukleotida dalam DNA menentukan urutan asid amino dalam rantai polipeptida.

15.

Monomer yang membina protein dikenali sebagai ...................

a)

monosakarida

b)

asid amino

c)

asid lemak

d)

gliserol

16.

Kondensasi antara dua asid amino yang menyingkirkan molekul air akan membentuk ........................

a)

dipeptida

b)

peptida

c)

polipetida

d)

ikatan hidrogen

17.

Antara berikut, yang manakah BUKAN fungsi protein di dalam sel?

a)

Membentuk protein pembawa dan liang pd membran plasma

b)

Sintesis antibodi

c)

Sintesis enzim

d)

Membina sel baru

e)

Menjanakan tenaga

18.

Urutan asid amino yang panjang dalam rantaian dikenali sebagai ............................

a)

polimer

b)

polipeptida

c)

polisakarida

d)

politeknik

19.

Asid amino yang perlu diambil daripada gizi dikenali sebagai ..............................

a)

asid amino perlu

b)

asid amino tak perlu

20.

Mengapakah alanina merupakan asid amino tak perlu?

a)

Boleh disintesis sendiri oleh sel

b)

Tidak boleh disintesis

c)

Terdapat pada protein kelas kedua

d)

Tidak diperlukan oleh sel

21.

Antara berikut, yang manakah BUKAN fungsi lipid?

a)

Membekalkan tenaga lebih banyak

b)

Melindungi organ dalaman

c)

Penebat utk mengekalkan suhu badan

d)

Sintesis hormon dan membran plasma

e)

Membina sel-sel baru

22.

Lipid dibina daripada 1 molekul gliserol dan 3 molekul .................................

a)

asid lemak

b)

asid amino

c)

glukosa

d)

air

23.

Antara berikut, yang manakah BUKAN contoh lipid?

a)

Steroid

b)

Lilin

c)

Minyak

d)

Kitin

e)

Kolesterol

24.

Pilih jenis-jenis lemak yang wujud.

a)

Lemak tepu

b)

Lemak tak tepu

c)

Lemak larut

d)

Lemak tak larut

e)

Lemak degil

25.

Nyatakan jenis lemak berdasarkan rajah molekul .

a)

Lemak tepu

b)

Lemak tak tepu

26.

Berdasarkan rajah, mengapakah lemak seperti minyak sayuran dikatakan tidak tepu?

a)

Mempunyai ikatan ganda dua yang mudah terurai

b)

Mempunyai unsur hidrogen yang maksimum

c)

Tidak membahayakan kesihatan

d)

Mudah terenap pada lumen salur darah

27.

Antara berikut, yang manakah ciri-ciri lemak tepu?

a)

Cecair pada suhu bilik

b)

Mempunyai sekurangnya 1 ikatan ganda dua

c)

Mempunyai atom hidrogen yang maksimum

d)

Mengandungi kolesterol yang tinggi

e)

Mudah terurai

28.

Rajah menunjukkan struktur nukleotida yang membina asid nukleik. Apakah struktur berwarna biru?

a)

Kumpulan gula pentosa

b)

Kumpulan fosfat

c)

Kumpulan fosfolipid

d)

Kumpulan bes

29.

Antara berikut, yang manakah merupakan 2 jenis asid nukleik?

a)

Polinukleotida

b)

Asid deoksiribonukleik (DNA)

c)

Kromosom

d)

Asid ribonukleik (RNA)

e)

Gen

30.

Rajah menunjukkan struktur DNA terdapat pada kromosom. Nyatakan unit asas binaan bagi DNA.

a)

Asid nukleik

b)

Nukleotida

c)

Polinukleotida

d)

Kromatin

31.

Hormon seperti testosteron dan estrogen adalah lipid.

Apakah jenis lipid dalam testosteron dan estrogen?

a)

Lilin

b)

Lemak

c)

Fosfolipid

d)

Steroid

32.

Manakah mengandungi LEMAK TEPU?

a)

Marjerin

b)

Minyak Jagung

c)

Mentega

d)

Minyak Kelapa

33.

Antara pernyataan berikut,yang manakah betul mengenai lemak tepu dan lemak tak tepu?

a)

II,III

b)

II,IV

c)

I,III

d)

I,IV

34.

** Pelopor untuk sintesis steroid

** Komponen membran plasma


Maklumat di atas adalah tentang S.Apakah S?

a)

Glikoprotein

b)

Trigliserida

c)

Fosfolipid

d)

Kolesterol

35.

Antara berikut yang manakah mewakili hidrolisis protein?

a)

Polipeptida-->air + dipeptida

b)

Dipeptida-->air+ polipeptida

c)

Dipeptida + air --> polipeptida

d)

Polipeptida + air --> dipeptida

36.

Trigliserida terbentuk daripada kondensasi

a)

1 molekul asid lemak dan 3 molekul gliserol

b)

2 molekul gliserol dan 3 molekul asid lemak

c)

1 molekul gliserol dan 3 molekul asid lemak

d)

2 molekul asid lemak dan 3 molekul gliserol

37.

Antara berikut yang manakah padanan yang BETUL tentang jenis-jenis lipid.

a)

Lilin - komponen membran plasma

b)

fosfolipid - komponen kolesterol

c)

trigliserida- tempat menyimpan tenaga

d)

steroid-lapisan kutikel yang menutupi epidermis daun

38.

Berikut menunjukkan unsur-unsur yang terdapat dalam kelas makanan X dan Y


Kelas Makanan X- Unsur C,H,O

Kelas Makanan Y - Unsor C,H,O,N


Apakah kelas makanan X dan Y?

a)

X-Karbohidrat Y-Lipid

b)

X- Lipid Y- Protein

c)

X-Protein Y- Karbohidrat

d)

X-Protein Y-Lipid

39.

APAKAH KEPENTINGAN ASID NUKLEIK

a)

MEMBAIKI SEL SEMASA PERTUMBUHAN

b)

MEMBAWA BAHAN GENETIK

c)

DIPERLUKAN DALAM SINTESIS ANTIBODI

d)

SUMBER UTAMA TENAGA DALAM SEL

40.

Antara berikut, yang manakah contoh makanan yang mengandungi lemak tak tepu?

a)

Mentega

b)

Marjerin

c)

Lemak haiwan

d)

Kuning telur