WorksheetsEkonomi T4 Bab 1
Total questions: 22
Worksheet time: 12mins
Ilmu ekonomi ialah satu bidang.................. yang mengkaji cara manusia menggunakan sumber ekonomi yang...................untuk memenuhi...................... yang tidak terhad.
sains sosial, tidak terhad, kehendak
sains ekonomi, terhad, kehendak
Ekonomi ialah kajian berkaitan bagaimana….
Sumber yang terhad digunakan untuk memuaskan kehendak yang tidak terhad.
Sumber yang tidak terhad digunakan untuk memuaskan kehendak yang terhad.
Sumber yang terhad digunakan untuk memenuhi kehendak yang terhad.
Sumber yang tidak terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad
Apakah yang dikaji dalam ilmu ekonomi ?
Menyelesaikan masalah kehendak dan keperluan manusia dalam kehidupan
Menjalankan projek pembangunan untuk kebajikan rakyat
Mengimbangi tingkat keuntungan dengan kos pengeluaran
Menggunakan faktor pengeluaran yang terhad bagi memenuhi kehendak yang tidak terhad
Faktor pengeluaran yang manakah betul?
Buruh, Tanah, Duit, Penjaja
Kos lepas, Kekurangan, Pilihan
Buruh, Tanah, Modal, Usahawan
Isi rumah, Firma, Kerajaan
Pernyataan manakah benar mengenai buruh?
sanggup menanggung semua risiko
mempunyai mobiliti pekerjaan yang tinggi
bertanggungjawab menggabungkan semua faktor pengeluaran dalam proses pengeluaran
terbahagi kepada sumber yang boleh diperbaharui dan sumber tidak boleh diperbaharui
Pasangan manakah yang betul tentang faktor pengeluaran?
Tanah
Buruh
Usahawan
Modal
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Puan Rozita
Gaji bulanan Puan Rozita ialah RM5,000. Namun begitu, beliau masih menghadapi masalah kekurangan.
Kekurangan tersebut berlaku kerana…
Tiada tabungan
Terlalu memilih
Tidak bijak berbelanja
Kehendak yang pelbagai
Pernyataan yang berikut berkaitan dengan satu masalah ekonomi
Kekurangan sumber hasil Negara mewujudkan pilihan
Matlamat pilihan tersebut dibuat untuk memaksimumkan…
Kepuasan
Kebajikan
keuntungan
Keluaran
9. Maklumat yang berikut merupakan ciri suatu sumber ekonomi.
● Tiada mobiliti geografi tetapi ada mobiliti kegunaan
● Penawaran sumber adalah terhad
Apakah sumber ekonomi tersebut?
Buruh
Modal
Tanah
Usahawan
Pernyataan di bawah ini menunjukkan suatu sumber ekonomi.
saya melakukan inovasi saya berani mengambil risiko
Buruh
Tanah
Modal
Usahawan
Firma coklat perlu menggunakan lebih banyak mesin daripada buruh untuk mengurangkan kos pengeluaran.
Pernyataan di atas merujuk kepada…
Apa yang hendak dikeluarkan.
Untuk siapa dikeluarkan
Bagaimana hendak dikeluarkan
Berapa hendak dikeluarkan
12. Pernyataan yang berikut merujuk kepada suatu masalah kos lepas.
Output kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan akibat memilih sumber ekonomi yang mendatangkan keuntungan maksimum
Unit ekonomi manakah yang mengalami kos lepas itu?
Keluarga Aris
Pemilik kilang
Majlis Amanah Rakyat
Kementerian Sumber dan Tenaga Manusia
13. Apakah kos lepas bagi firma?
Perbelanjaan yang ditanggung untuk menghasilkan barangan
Pilihan input yang digunakan dalam proses pengeluaran
Output yang tidak dipilih bagi mendapatkan output terbaik
Bayaran untuk mengeluarkan seunit output
Berapakah kos lepas sekiranya fiema XY menukar teknik pengeluaran dari A ke B?
35 helai baju jersey
85 helai baju jersey
40 unit kasut sukan
110 unit kasut sukan
14. Apakah tujuan isi rumah membuat pilihan dalam menyelesaikan masalah ekonomi?
Mengutamakan kehendak
Mengutamakan keselesaan
Memaksimumkan kepuasan
Memaksimumkan perbelanjaan
1. Apakah tujuan firma membuat pilihan apabila mengeluarkan sesuatu keluaran?
Memenuhi kehendak manusia
Meminimumkan kos pengeluaran
Mengurangkan masalah pembaziran
Memaksimumkan kepuasan pengguna
Titik manakah yang wujud kos lepas?
w & x
x & z
y & z
w & y
Berapakah kos lepas per unit jika syarikat Y & Z Sdn. Bhd. mengubah kombinasi pengeluaran daripada titik M ke titik N?
0.7
1.5
1.3
2.0
Mengapakah pilihan terpaksa dilakukan?
Kekurangan faktor faktor pengeluaran
Kehendak manusia yang terbatas
Pengeluaran dilakukan oleh firma
Semua barang melibatkan kos lepas
Titik A menunjukkan...
Ketidakupayaan pengeluaran
Wujud pembaziran sumber dan pengangguran
Kombinasi pengeluaran yang tidak cekap
Sumber ekonomi tidak digunakan sepenuhnya
Pernyataan manakah yang betul?
Titik B dan D merupakan titik pengeluaran yang cekap
Titik C wujud masalah ketidakupayaan ekonomi
Titik A ekonomi mencapai guna tenaga penuh
Andaian Keluk Kemungkinan Pengeluaran yang manakah yang benar?
Ekonomi mengeluarkan pelbagai jenis barang
Ekonomi mencapai guna tenaga penuh
Ekonomi mengeluarkan 2 jenis barang
Sumber ekonomi terhad dan tetap
Tingkat teknologi tetap
