NEW
Font size
WorksheetsKata Kerja
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Mak Kiah sedang _____ bakul yang ditempah oleh para pelanggannya.
menekat
menganyam
menyulam
Kak Hana _____ songket menggunakan beberapa lembar benang emas.
menjahit
mencanting
menenun
Tukang kebun itu ______ ranting pokok yang tumbuh merimbun.
menghiris
menebas
memangkas
Ibu ____ daging yang baru dibelinya sehingga lumat untuk dibuat bebola daging.
mencencang
memotong
menghiris
Cik Farah ____ batik menggunakan lilin yang telah dicairkan.
melukis
mencanting
mewarna
Pak Abu sedang ____ jala kerana tidak dapat turun ke laut pada musim tengkujuh.
menjahit
menyirat
membetulkan
Diana ____ kuih pau untuk tetamu yang datang ke rumahnya.
membakar
merebus
mengukus
Nani ____ sup daging untuk kakaknya yang sedang demam.
menanak
mengukus
mereneh
Datuk ____ buluh untuk dijadikan wau yang menarik bentuknya.
memotong
mencantas
meraut
Barang-barang perhiasan tembaga itu ___________ oleh Puan Suraya sehingga berkilat.
dilap
disapu
digilap
Kakak ______ air di dapur untuk membancuh kopi.
menjerang
memasak
mendidih
Emak __________ nasi menggunakan periuk nasi elektrik.
memasak
menanak
mengukus
Dia ___________ ketupat daun kelapa di dalam sebuah periuk yang besar.
meyalai
mengukus
merebus
Daging ayam itu telah __________ menggunakan halia, serbuk cili, garam dan kicap selama beberapa jam.
diperap
digaul
dicampur
Pak Abu menjual ______________ di sebuah gerai tepi jalan untuk menyara hidup keluarganya.
pisang goreng
goreng pisang
