Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bahasa (kata ganda berimbuhan)

Total questions: 35

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Kita hendaklah sentiasa _____ketika memandu di jalan raya.

a)

berhati-hati

b)

berlumba-lumba

c)

berlambat-lambat

d)

teringat-ingat

2.

Pada cuti smester yang lepas, saya berkesempatan _______di Pulau Langkawi.

a)

melancong-lancong

b)

berlari-lari

c)

berjalan-jalan

d)

bersiar-siaran

3.

Kalau hanya _______, semua usaha anda tidak akan menghasilkan kejayaan.

a)

berkobar-kobar

b)

berangan-angan

c)

andai-andaian

d)

mengharap-harapkan

4.

Kepala budak itu _______ketika mendengar nasihat yang diberikan oleh datuknya

a)

terangguk-angguk

b)

terkulai-kulai

c)

tergeleng-geleng

d)

terangkat-angkat

5.

Walaupun sudah pukul 2 pagi, mata Nazli masih ______ tidak mahu tidur.

a)

Tercelik-celik

b)

Terbuka-buka

c)

Terngantuk-ngantuk

d)

Terkebil-kebil

6.

Mereka berjuang _______ bagi mempertahankan tanah air daripada ditawan musuh.

a)

Berperang-perangan

b)

Bermati-matian

c)

Bertembak-tembakan

d)

Berbunuh-bunuhan

7.

Walaupun Farah berada jauh di rantau orang, namun dia sentiasa _______akan keluarganya di kampong.

a)

Terkenang-kenang

b)

Tersedih-sedih

c)

Terlihat-lihat

d)

Terdengar-dengar

8.

Orang yang berkasih sayang sentiasa _______ antara satu sama lain.

a)

Rindu-rinduan

b)

Bayang-bayangan

c)

Suka-sukaan

d)

Ingat-ingatan

9.

Dia masih bersikap _______walaupun sudah berumur tiga puluh tahun.

a)

Keibu-ibuan

b)

Keanak-anakan

c)

Kemalu-maluan

d)

Kegila-gilaan

10.

Kejadian _____sering berlaku sekarang ini kerana kita semakin lalai.

a)

Tawan-menawan

b)

Kutuk-mengutuk

c)

Tipu-menipu

d)

Hina-menghina

11.

Para peserta _______keletihan setelah menghabiskan acara larian 5000 meter.

a)

Tercunggap-cunggap

b)

Terhengeh-hengeh

c)

Terjelir-jelir

d)

Terjatuh-jatuh

12.

Pak Long memperoleh rezeki yang banyak setelah lembu yang dipeliharanya ______.

a)

Beranak-anak

b)

Bersungguh-sungguh

c)

Bertambah-tambah

d)

Beranak-anak

13.

Majlis suai kenal itu diadakan bagi membolehkan para peserta projek itu ______dengan penduduk kampung.

a)

Bercakap-cakap

b)

Berpandang-pandang

c)

Berkenal-kenal

d)

Beramah-tamah

14.

Sang Kancil ______ untuk melepaskan diri setelah termasuk ke dalam perangkap.

a)

Meronta-ronta

b)

Menjerit-jerit

c)

Menangis-nangis

d)

Merayu-rayu

15.

Adik menangis ______ kerana duitnya hilang semasa bermain.

a)

Tersedu-sedan

b)

Terkedu-kedu

c)

Teresak-esak

d)

raung-raungan

16.

Sehingga ke hari ini , saya masih ______punca sebenar tragedi itu berlaku.

a)

Tersoal-soal

b)

Tertanya-tanya

c)

Terjawab-jawab

d)

Teragak-agak

17.

Semalam hujan turun dengan lebatnya dan kilat pula _____.

a)

Sambung-menyambung

b)

Terus-menerus

c)

Pancar-memancar

d)

Sabung-menyabung

18.

Hakimi memulakan perniagaan secara ______ di pekan.

a)

Besar-besaran

b)

Kecil-kecilan

c)

Mati-matian

d)

Habis-habisan

19.

Hari raya adalah kesempatan yang perlu diambil untuk ______ antara satu sama lain sambil memberi salam dan mengeratkan persaudaraan.

a)

Datang-mendatangi

b)

Kunjung-mengunjungi

c)

Usik-mengusik

d)

Puji-memuji

20.

Hidup berjiran mestilah ______setiap masa.

a)

Bantu-membantu

b)

Berjalan-jalan

c)

Bertandang-tandang

d)

Ziarah-menziarahi

21.

Sikap _____ merupakan amalan hidup masyarakat kita terutamanya di kampung-kampung.

a)

Berlepak-lepak

b)

Tandang-bertandang

c)

Tolong-menolong

d)

Bertegur-sapa

22.

Dia berada di rumahnya ______ tanpa pergi ke mana-mana.

a)

Sehari-hari

b)

Selama-lama

c)

Seelok-eloknya

d)

Sepuas-puasnya

23.

______ayah merestui juga perkahwinan kakak dengan pemuda Inggeris itu.

a)

Awal-awal

b)

Akhir-akhiran

c)

Lama-kelamaan

d)

Habis-habisan

24.

Tekadnya untuk melanjutkan pelajaran ke London telah bulat dan tidak boleh ______lagi.

a)

Diganggu-ganggu

b)

Diganggu-gugat

c)

Ditukar-tukar

d)

Dipecah-pecah

25.

Usahlah anda _____lagi, masa yang berlalu tidak akan berulang kembali. Baik kalau anda fikirkan langkah yang seterusnya untuk mengatasi masalah.

a)

Berlengah-lengah

b)

Terhegeh-hegeh

c)

Berdolak-dalik

d)

Bergegas-gegas

26.

Pengantin perempuan itu memakai pakaian yang ______ pada bahagian bawah kainnya.

a)

berbelang-belang

b)

berbunga-bunga

c)

beropol-ropol

d)

berlipat-lipat

27.

Rancangan drama yang disiarkan di televisyen itu sungguh membosankan kerana jalan ceritanya___________.

a)

melimpah-limpah

b)

meloncat-loncat

c)

menjerit-jerit

d)

meleret-leret

28.

Walaupun sudah _______ ditegur, Aiman masih melakukan kesilapan yang sama.

a)

berkobar-kobar

b)

beringat-ingat

c)

berpeluh-peluh

d)

berkali-kali

29.

Lembu itu ____ apabila hendak ditambat oleh ayah di batang pokok.

a)

menyembur-nyembur

b)

meraung-raung

c)

meronta-ronta

d)

menjerit-jerit

30.

Jason ____ untuk mengambil kunci rumah yang terletak di atas rak yang tinggi itu.

a)

terumbang-ambing

b)

terjengket-jengket

c)

terkekeh-kekeh

d)

terkinja-kinja

31.

Wajah Puan Aiman semakin _______ setelah mendapat seorang cahaya mata perempuan.

a)

bertompok-tompok

b)

berbalam-balam

c)

berkedut-kedut

d)

berseri-seri

32.

Pak Kasim menjual _____ pisang nipah kepada pengusaha kerepek yang berasal dari Johor itu.

a)

bertandan-tandan

b)

berbatang-batang

c)

berbilah-bilah

d)

berlapis-lapis

33.

Aslam tidak ____ biasiswa yang diberi oleh kerajaan semasa menuntut di luar negara.

a)

menyumbang-nyumbangkan

b)

menangguh-nangguhkan

c)

menakut-nakutkan

d)

mensia-siakan

34.

Bahagian yang _____ pada peta itu menujukkkan kawasan tadahan hujan.

a)

berlapis-lapis

b)

berbukit-bukit

c)

berlorek-lorek

d)

berconteng-conteng

35.

Kita harus menghargai jasa para pejuang kemerdekaan yang _______ menentang penjajah.

a)

berlanggar-langgar

b)

berkejar-kejaran

c)

berlari-larian

d)

bermati-matian