wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains KSSM Ting 4 Bab 2

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut yang manakah yang memerlukan kita lakukan resusitasi kardiopulmonari?

a)

Mangsa mengalami kekejangan kaki

b)

Mangsa diserang serangan jantung tiba-tiba

c)

Mangsa terjatuh tangga dan terseliuh kaki

d)

Mangsa sesak nafas tercekik tulang ikan

2.

Berikut menunjukkan prosedur yang terlibat dalam resusitasi kardiopulmonari. Yang manakah menunjukkan susunan prosedur yang betul?

a)

P=>S=>Q=>R

b)

R=>Q=>S=>P

c)

Q=>S=>P=>R

d)

Q=>P=>S=>R

3.

Bagaimanakah anda membuka laluan saluran pernafasan mangsa yg tidak sedarkan diri?

a)

Dongakkan kepala dan tolakkan dagu ke atas

b)

Dongakkan kepala dan tujahkan rahang

c)

Tolakkan dagu ke atas

d)

Tujahkan rahang

4.

Anda menghadapi seorang dewasa yg tidak sedarkan diri dan tidak bernafas, apakah yg perlu anda lakukan terlebih dahulu?

a)

mulakan CPR dengan 30 tekanan dada

b)

Berikan 5 kali bantuan pernafasan awal

c)

Berikan dua kali bantuan pernafasan awal

d)

Hubungi bantuan 999

5.

Mengapakah CPR penting?

a)

Ia menyediakan bekalan darah dan oksigen yg kecil ke otak dan organ penting

b)

Ia menghalang aorta daripada runtuh

c)

Ia mengekalkan degupan jantung

d)

Ia menghalang serangan jantung

6.

Berapakah kekerapan tekanan dada dilakukan yang diikuti dengan dua kali hembusan mulut ke mulut?

a)

10 kali

b)

20 kali

c)

30 kali

d)

40 kali

7.

Berapakah kedalaman yang perlu dilakukan semasa proses tekanan pada dada?

a)

sekurang-kurang 2.5cm

b)

sekurang-kurang 5 inci

c)

sekurang-kurang 5cm

d)

sekurang-kurang 7inci

8.

Rajah yang manakah betul bagi kedudukan tangan semasa tekanan di dada dilakukan?

a)
b)
c)
d)
9.

Apakah kadar tekanan pada dada dilakukan semasa mengendalikan CPR ini?

a)

40 tekanan perminit

b)

60 tekanan per minit

c)

80 tekanan per minit

d)

100 tekanan per minit

10.

Apakah objek yang boleh digunakan untuk pertolongan cemas jika tercekik sendirian?

a)

kerusi

b)

buku

c)

bantal

d)

beg