NEW
Font size
Worksheetsbahasa melayu kertas 1 (objektif)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
1. Syahirah ___________ Amirul sebuah buku tentang angkasa lepas untuk menambahkan pengetahuannya.
A membelikan
B menyerahkan
C menawarkan
D menghadiahkan
Mereka sedang ____________ barangan makanan dari lori untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa tsunami itu.
A. memasukkan
B memunggah
C memungut
D memuat
Encik Azim _______________ ke tempat kerja kerana sudah terlewat.
A terkocoh-kocoh
B terpingkal-pingkal
C terhuyung-hayang
D terkulat-kulat
Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I Emak mengadu bahawa beberapa anggota
badannya sakit-sakit
II Lapan orang anggota bomba dikejarkan ke tempat kemalangan itu.
III Suzy memasukkan semua anggota masakan ke dalam periuk itu,
IV Haji Halid ialah anggota ketua kampung yang disegani oleh masyarakat tempatan.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I Kapal itu melayari kembali ke pangkalan.
II beberapa kali fikirannya melayari peristiwa enam tahun lampau.
III tiga hari sudah mereka melayari laut lepas.
IV tugasan itu memerlukan mereka melayari internet bagi mendapatkan maklumat.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Siapa yang telah melanggar peraturan sekolah akan dihukum.
A Siapa-siapa yang akan melanggar
B Siapa-siapa yang telah melanggar
C Siapa yang akan melanggar
D Siapa yang telah melanggar
Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Liana murid yang paling terpintar sekali di kelas Tingkatan 3 Baiduri.
A paling pintar
B paling terpintar
C terpintar sekali
D paling terpintar sekali
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal
Aktiviti bersenam diamalkan setiap hari pada hakikatnya dapat menstabilkan emosi seseorang
A Kestabilan emosi seseorang diperoleh daripada aktiviti bersenam
B Amalan bersenam dapat menstabilkan emosi seseorang jika dilakukan sehari sekali
C Amalan aktiviti bersenam pada setiap hari tidak dinafikan dapat menstabilkan emosi seseorang
D Setiap hari emosi seseorang dapat distabilkan jika aktiviti bersenam sering diamalkan
Pilih ayat yang betul
I Sesetengah kilang membuang sisa toksik yang berbahaya ke dalam sungai.
II Natasha menaiki kapal terbang ke selatan Semenanjung Malaysia.
III Setengah-setengah murid gemar ke perpustakaan pada waktu rehat.
IV Aiman bertolak ke tempat kerjanya pada pukul lapan pagi tiap hari.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
Pilih ayat yang betul
I Sejak dari kematian ayahnya, Umar mengalami masalah kemurungan.
II Surat itu diterimanya daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
III Guli-guli itu dibahagikan kepada dua bahagian.
IV Campuran bahan kimia itu mengubah air dari warna biru kepada warna hijau.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.
Sikap Akmal yang suka berkebun pada masa lapang sama seperti sikap ayahnya ketika muda dahulu.
A Bagaimana acuan begitulah kuihnya.
B Lembu punya susu, sapi dapat nama
C Dimakan mati emak, diluah mati bapa.
D Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.
Peribahasa “alah membeli menang memakai” bermaksud
A berpadanan dengan harga
B mahal tetapi tahan dipakai
C memuaskan hati apabila dibeli
D harga yang mahal dan berjenama
Bapa saudara Marzuki yang __________ yuran sekolahnya selepas kematian ibu dan bapanya.
A biayai
B membiaya
C membiayai
D membiayakan
Berpuluh-puluh ekor lembu akan ___________ pagi ini sempena menyambut Hari Raya Aidiladha.
A dihiris
B dilapah
C dipotong
D disembelih
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
Sejak emas dijumpai di Kota Bharu, tempat itu menjadi tumpuan orang ramai, bak kata pepatah________
A ada gula, ada semut
B adakah buaya menolak bangkai
C di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
D untung sabut timbul, untung batu tenggelam
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Kata-kata aluan dalam buku program ‘Seluhur Budi Setulus Bakti’ itu membawa mesej yang sungguh bermakna.
A kata alu-aluan
B kata-kata alu-aluan
C kata aluan-kata aluan
D kata-kata aluan
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Jika kita memanfaatkan waktu dengan berkesan, sudah tentu kita akan berjaya dalam peperiksaan dan kehidupan.
A Jikalau kita bermanfaatkan waktu
B Jika kita bermanfaatkan waktu
C Jika kita memanfaat waktu
D Jika kita memanfaatkan waktu
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I Jurulatih hoki mengarahkan pemain simpanan itu menggantikan rakannya yang tercedera.
II Semua wang simpanan abang telah dikeluarkannya untuk membeli sebuah pangsapuri.
III Peti besi di dalam bilik itu merupakan simpanan barang-barang kemas kepunyaan ibu saya.
IV “Cenderamata yang sangat berharga itu saya jadikan barang simpanan,” kata Umair.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I Berita itu sampai oleh Azlina.
II Puan Noraini tidak sampai hati meninggalkan anaknya.
III Jarak rumah saya dari masjid itu tidak sampai 500 meter.
IV Dia menyuruh saya mencapai buah rambutan itu kerana dia tidak sampai.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
Puan Sheila menggoreng pisang _____________ menanti kepulangan suaminya dari pejabatnya.
A sementara
B apabila
C sambil
D lalu
