wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM Penjodoh Bilangan

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pak Karim menebang pokok itu dengan __________ kapak yang tajam.

a)

sebatang

b)

sebilah

c)

sebuah

2.

Saya terjumpa __________ cincin yang sangat cantik di bawah meja makan.

a)

seutas

b)

sebentuk

c)

sebiji

3.

Encik Jasmil mempunyai ___________ tanah yang terletak di hujung kampung.

a)

sebidang

b)

secarik

c)

sebaris

4.

Di bandar itu terdapat banyak ___________ bangunan yang mencakar langit.

a)

blok

b)

bidang

c)

bongkah

5.

Kak Salmah memberikan beberapa _______ gula-gula kepada adiknya.

a)

ulas

b)

ketul

c)

biji

6.

Ayah membeli dua ________ beras di kedai Pak Adam.

a)

kampit

b)

kotak

c)

bakul

7.

Ezzah sedang memanggang sepuluh _________ sate untuk pelanggannya.

a)

potong

b)

cucuk

c)

gugus

8.

Kami duduk di atas ___________ tikar sambil menikmati minum petang.

a)

sekeping

b)

sebidang

c)

selembar

9.

Di tepi perhentian bas itu terdapat _________ tiang lampu.

a)

sebatang

b)

sebaris

c)

sebilah

10.

Zain menjerit kerana terduduk di atas _________ jarum.

a)

sebuku

b)

secebis

c)

sebilah

11.

Dua ________kerusi di bahagian hadapan itu dikhaskan untuk tetamu jemputan.

a)

baris

b)

batang

c)

longgok

12.

Aleya memasukkan _________ garam ke dalam masakannya

a)

secekak

b)

sebiji

c)

secubit

13.

Hannah mengambil ___________ kain perca untuk menampal kain yang koyak.

a)

secarik

b)

secolek

c)

sebidang

14.

Syazwan mengasah dua ________ pisau sehingga tajam.

a)

helai

b)

bilah

c)

keping

15.

Asyraf kekenyangan setelah menghabiskan ____________ buah durian.

a)

setandan

b)

seikat

c)

sebiji

16.

Gajah itu sedang mengangkat ___________ kayu balak menggunakan belalainya.

a)

sebatang

b)

sebuah

c)

sebongkah

17.

Banjir kilat telah menyebabkan beberapa _______ rumah ditenggelami air.

a)

buah

b)

blok

c)

batang

18.

Hajar membeli _________ sabun di kedai Farris

a)

sebuku

b)

sebiji

c)

sepotong

19.

Amir telah menghadiahkan ____________ rantai kepada ibunya.

a)

seutas

b)

sebentuk

c)

sebiji

20.

Ibu membeli lima ________ telur di kedai Pak Alief.

a)

butir

b)

bentuk

c)

buah