WorksheetsBAHASA MELAYU
Total questions: 10
Worksheet time: 4mins
Cikgu Tan mudah mengajar Kelas 5 Gigih kerana murid-muridnya _______
rambang mata
otak udang
tajam akal
tanda mata
Bacaan ayat-ayat suci al-Quran menjadi _____ Hani di tengah malam yang sunyi.
halwa telinga
telinga kuali
hati terbuka
lapik perut
Orang yang sangat rajin melakukan sesuatu.
Peribahasa yang sesuai dengan penyataan di atas ialah
habis kapak berganti beliung.
hati hendak, semua jadi.
awal dibuat akhir diingat.
air dicencang tiada putus.
Saya tidak mahu menegur Shima yang ______ itu kerana dia akan melenting sesuka hatinya.
berat sebelah
kepala angin
ambil angin
tin kosong
Harga barang-barang yang dijual di pasar raya itu ______ dan tidak boleh dirunding lagi.
hisap darah
makan duit
paku belanda
tangkai jering
Malam itu sungguh _________ kerana tiada kenderaan yang lalu-lalang.
gelap
nyaman
hening
bising
Budak yang ________ itu tersipu-sipu apabila diusik oleh rakan-rakannya.
pendiam
pemalu
periang
peramah
Ah Meng dan kawan-kawannya sedang mengepam bola-bola yang _______itu di dalam stor sukan.
lonjong
kempis
kemik
bujur
Lukisan Wei Bin amat ______ .
tercantik
cantik sekali
tercantik sekali
paling cantik sekali
Bau daging kambing biasanya ________________.
hamis
hapak
hancing
hanyir
